Jumaat, 28 Januari 2022

VIRUS WUHAN TERUS MENGGANAS

 




743 pelajar di Negeri Sembilan positif Covid-19, kata MB

SERAMAI 743 pelajar sekolah dan institusi pendidikan di Negeri Sembilan positif Covid-19 membabitkan 11 kluster pendidikan di negeri itu setakat semalam, kata Menteri Besar Aminuddin Harun.

Beliau berkata 11 kluster aktif di negeri itu melibatkan lapan institusi pendidikan berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, manakala tiga lagi membabitkan institusi swasta.

“Keadaan masih terkawal dan pemantauan serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) akan diperketatkan dalam usaha mengekang penularan Covid-19 di institusi pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan pascamesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Covid-19 Negeri Sembilan di Seremban, hari ini.

Sementara itu, Aminuddin berkata pelajar yang dikategorikan sebagai kontak rapat dan diarahkan menjalani kuarantin di sekolah, tidak dibenarkan pulang sehingga tamat tempoh kuarantin walaupun ketika cuti Tahun Baharu Cina, minggu hadapan.

Selain itu, Aminuddin berkata pelajar tingkatan lima yang tinggal di asrama juga tidak digalakkan untuk pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baharu Cina minggu hadapan.

“Kita harap ibu bapa memberi kerjasama mengenai hal ini, bagi memastikan anak-anak ini sihat dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, yang akan diadakan tidak lama lagi,” katanya.

Aminuddin berkata sekiranya terdapat kluster baharu di sekolah harian, maka kontak rapat akan dihantar ke stesen kuarantin (QS) di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek yang disediakan oleh kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kes Covid-19 khususnya pada minggu kedua dan minggu ketiga bulan ini, disebabkan kluster tempat kerja, kluster pendidikan dan kontak rapat.

“Semalam, 311 kes baharu Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negeri ini sebanyak 117,962 kes dengan 1,334 kematian. Terdapat 16 kluster yang masih aktif iaitu 11 kluster pendidikan, empat kluster tempat kerja dan satu kluster pusat tahanan setakat ini,” katanya.

Aminuddin berkata pihaknya akan menyediakan Rumah Peranginan Kerajaan Negeri sebagai lokasi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), sebagai persediaan menghadapi gelombang penularan wabak itu di Negeri Sembilan. – Bernama, 27 Januari, 2022. 


AWAL DULU

ANAK MUDA

DIKATAKAN

BUKAN DALAM 

BAHAYA

AMIN

KINI VIRUS WUHAN

MULA MENYERANG

GULUNGAN MUDA

AMIN

PROJEK KURANGKAN

WARGA DUNIA

MASIH BERJALAN

AMIN

TERBAIK UNTUK DAPAT TELO PENYU

 




Tiada ruang untuk Warisan, Pejuang dalam Pakatan, kata sumber

WARISAN dan Pejuang tidak akan menjadi sebahagian daripada “khemah besar” Pakatan Harapan (PH) semasa pilihan raya negeri (PRN) Johor, sumber memberitahu The Malaysian Insight.

Pakatan pembangkang utama bagaimanapun terbuka untuk berkongsi beberapa kerusi dengan parti berasaskan belia, Muda, tambah mereka.

“Sukar untuk sertakan Warisan dan Pejuang kerana kedua-duanya dilihat tidak berminat untuk berkongsi kerusi,” kata sumber dari Majlis Presiden PH.

“Komen awal kedua-dua parti adalah tidak munasabah kerana mereka mahu bertanding kerusi majoriti. Apa yang tinggal untuk kita?” tambahnya.

Susulan pembubaran DUN Johor pada 22 Januari, ketua Pejuang negeri Sharuddin Md Salleh berkata parti itu merancang bertanding untuk 42 kerusi manakala Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata parti itu mahu membuat penampilan sulung di Semenanjung Malaysia pada PRN Johor.

Bagaimanapun awal minggu ini, Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata pakatan itu akan mengajak semua parti pembangkang, termasuk Pejuang, Warisan dan Muda, untuk bertanding di semua 56 kerusi DUN pada PRN Johor akan datang.

Anwar berkata ini adalah untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) akan ditewaskan dalam pilihan raya, bermula dengan PRN Johor.

“Persetujuan awal telah dibuat yang mana kita akan membuka ruang mengajak semua pembangkang dan masyarakat sivil untuk memastikan ada perubahan. Ia tidak akan membantu jika terdapat keretakan (dalam pembangkang).”

“Kita perlu ada satu suara, satu tindakan dan satu strategi untuk memastikan Umno/BN ditewaskan, bermula di Johor,” kata ketua Pembangkang itu selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden selama dua jam.

Seorang lagi pemimpin H, yang enggan namanya disiarkan berkata kenyataan Warisan baru-baru ini menyebabkan mustahil untuk bekerjasama dengan parti Sabah dalam PRN Johor.

“Satu perkara bagi Warisan untuk mengambil beberapa bekas pemimpin dan ahli Parlimen kami selepas melancarkan parti mereka di sini, satu lagi kerana membuat kenyataan menyerang kawasan pilihan raya kami,” kata pemimpin itu.

Warisan menjalankan usaha untuk menambah keahlian di semenanjung dengan sebahagian besarnya adalah daripada DAP.

Hanya beberapa hari selepas mengumumkan mereka menyertai Warisan, bekas ahli Parlimen DAP Jelutong Jeff Ooi berkata parti itu merancang untuk bertanding di semua kerusi negeri dan Parlimen di Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Selain Ooi, bekas pemimpin DAP lain yang menyertai parti Sabah itu termasuk bekas exco Pulau Pinang Danny Law dan Adun Teratai Bryan Lai, yang keluar parti tahun lepas.

Pemimpin parti itu berkata beberapa peristiwa menjelang pilihan raya negeri Sabah pada 2020 juga meninggalkan kesan.

“Warisan sangat tidak pedulikan PH, terutamanya PKR, semasa rundingan kerusi (di Sabah),” tambahnya.

Sementara itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata PH sudah memuktamadkan rundingan kerusi mereka dengan PKR untuk PRN, dengan Amanah dan PKR masing-masing bertanding 20 kerusi, manakala DAP akan bersaing untuk 16 kerusi.

Ini selepas parti itu membahagikan 18 kerusi yang ditandingi Bersatu sebelum ini, dengan PKR dan Amanah masing-masing mengambil lapan kerusi tambahan dan DAP tambahan dua dalam 56 kerusi DUN Johor.

Mohamad bagaimanapun berkata, pintu masih terbuka kepada Muda dan rundingan masih diteruskan.

Pada pilihan raya 2018, Bersatu (ketika itu sebahagian daripada gabungan PH) bertanding di 18 kerusi manakala DAP bertanding untuk 14 kerusi dengan PKR dan Amanah mendapat 12 kerusi.

Sebelum pembubaran itu, Umno dan DAP mempunyai bilangan kerusi terbanyak di DUN Johor dengan masing-masing 14 diikuti Bersatu (11), PKR (7), Amanah (6), MIC (2) dan PAS (1), berjumlah 55. selepas kematian Adun Kempas Osman Sapian Disember lalu.

Pada 2018, gabungan PH menyingkirkan BN selepas memenangi 36 daripada 56 kerusi manakala BN dan PAS masing-masing hanya mempunyai 19 dan satu kerusi.

Namun berikutan pembelotan oleh Bersatu dan wakil rakyat PKR yang dipilih pada 2020, BN bekerjasama dengan Perikatan Nasional untuk memerintah negeri itu dengan majoriti mudah 29 kerusi DUN.

Majoriti mudah itu, bagaimanapun, dikurangkan kepada 28 selepas kematian Osman pada 22 Disember. – 28 Januari, 2022.

OTAK BANGANG

POLITIKUS

AMIN

CARA BANGANG

POLITIKUS

BERFIKIR

KAH KAH KAH

TERJAMIN SEMUA

AKAN DAPAT

ANUGERH

TELOR PENYU

KAH KAH KAH

BURUNG HOW WOW

 


BURUNG 

HOW  WOW

SEWAH TAHU

GUA DENGAR SETIAP PAGI DI HOKKIEN
NAMANYA BURUNG SEWAH TAHU
ATAU 
BURUNG KOEL

GUA TAK PERNAH  NAMPAK
HANYA MENDENGAR SUARA
SEOLAH OLAH BEKATA - 
HOW WOW - HOW WOW
YANG KAUT
KERANA ITU GUA PANGGIL DIA
BURUNG HOW WOW
AMIN

HARI HARI AKHIR SAEKOR MAT SONGEL

 



HARI HARI AKHIR

SAEKOR MAT SONGEL

KHALAS

Unknown commented on

 "PAKATAN AKAN LEBIH MANTAP

 TANPA ANWAR"

Mat songel nak kena macam world series di US.....strike 1 strike 2 strike 3 you're OUT! Masaalah nya songel dah kena banyak strike PKR kerusi terbang WAWI Izzajanda pun dan sepi backip dia tuh pun masih degil.....kulit muka dia sama brand ngan kulit muka bosscow ke?


HADIS SAHEH

 



HADIS SAHIH

AMIN

Unknown commented on 

"PAKATAN AKAN LEBIH MANTAP

 TANPA ANWAR"

Betul! Pakatan Harapan memang ada HARAPAN tanpa Anwar. PRU14 Pakatan Harapan menang kerana tiada Anwar. Kerajaan Pakatan Harapan hancur selepas hanya 22 bulan kerana ada Anwar.


BERKHALWAT HARI KE 678

 






KHALWAT KE 678

JUMAAT  28/1/2022
KITA MASUK KE HARI 678
BERKHALWAT

ANGKA 678
AMAT MENARIK
BOLEH BELI 
TIKET KAYA
HARI INI
KAH KAH KAH

PKP 4.0
ANGKA NAIK
KINI 5000+++
OMICRON SEDANG
MEREBAK
AWAS BERJAGA JAGA
MAKIN RAMAI MASUK OSPITAL

DAH DEKAT RAYA CHINA
SELALUNYA PANAS
SEKARANG ADA UJAN PULAK
SERI MUDA MACAM NAK BANJIR
INI TANDA
PEMENASAN DUNIA

PRN JOHOR HEBOH
UMNO GADUH DENGAN PAS
PKR TAK MAHU PAKATAN
BERSATU TAK TENTU HALA
NAMPKNYA
PRN JOHOR TAK BAWA APA APA
YANG MENJANJIKAN
AMIN

PAGI INI HOKKIEN INDAH
MATAHARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS

MASUK MASUK
DISAMBUT OLEH SIMPONI CENGKERIK
PAGI INI  DI HOKKIEN
SEMUA UNGGAS  BERLAGU


DI JALAN KE TEPI SUNGAI
TIGA JANTAN BERKOKOK
 DARI  TIGA BUKIT

DI TEBING SUNGAI
DI POKOK TERAP SEKUMPULAN
BURUNG BERCEKAK
GUA PERHATIKAN 
TAK PASTI BURUNG APA
BISING TAPI INDAH

TU TUK TUK
BURUNG TUKANG BERLAGU
DENGAN TERKUKUR
LAGU LATAR BELAKANG

BURUNG HOW WOW
DUA EKOR BERLAGU JAUH
SAEKOR AGAK DEKAT
SUARA KUAT
BAYANGKAN SUARA HOW  WOW
MEMECAH HOKKIEN


DAN MURAI
BERKICAU KUAT
OH  PAGI YANG INDAH
DENGAN UDARA YANG SEGAR
AMIN

BRO
TERIMA KASEH DAUN KELADI
KALAU BOLEH NAK LAGI

SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI
PANDAI CAKAP BOHONG BOLEH JADI YB

PECAH KACA PECAH GELAS
SUDAH BACA HARAP BALAS  

EMAS PERAK TEMBAGA SUASA
MALAS BERGERAK TIDAK MERASA

PAGI PETANG SIANG MALAM
HATI TERANG SENANG FAHAM

KUMBANG JARAK KUMBANG JAGUNG
BERANI BUAT BERANI TANGGUNG 

TUNGGU DURIAN TELUK EMAS
SAPA KEMUDIAN TOLONG KEMAS

BUAH CEMPEDAK DALAM GANTANG
SAPA HENDAK SILA DATANG


PERIUK BELANGA PASU KUALI
BUSUK NAMA MENIPU MENCURI

SATU KATA ITIK SATU KATA AYAM
MAKIN KITA  CERDIK MAKIN KITA DIAM

KAKI TERPIJAK BATANG ROBOH
ORANG BIJAK TAK PERLU HEBOH


RUMAH HODOH KENA ROBOH
ORANG BODOH SELALU HEBOH

BRO
NAK KURIK IALAH KUNDI
NAN MERAH IALAH SAGO
NAN BAIK ILAH BUDI
NAN INDAH IALAH BAHASO

LAKUKAN HARI  INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERKHALWAT