Rabu, 15 Februari 2023
MUHYIDIN TAK FAHAM
Kerajaan Anwar sengaja cari kesalahan yang tak wujud, kata Muhyiddin
MUHYIDDIN Yassin memberi amaran tindakan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang cuba memburuk-burukkan imej Perikatan Nasional (PN) akan mencetus kritikan dan kemarahan rakyat menjelang pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri.
Beliau berkata tuduhan ke atas dirinya dan PN berniat jahat dan sengaja diada-adakan untuk menghasut rakyat.
“Saya perhatikan kepimpinan kerajaan hari ini agak cenderung mengambil tindakan berbentuk ‘witch hunting’. Kesalahan kerajaan terdahulu yang tak wujud dicari-cari. Mungkin kerana ada enam PRN kita akan hadapi.
“Sekarang ini kalau boleh dihitamkan muka saya, dia kata kita semua ini perompak dan lanun supaya rakyat tak sokong kita tapi saya percaya gelombang Perikatan Nasional yang sudahpun kita lihat PRU15 akan terus melanda enam buah negeri. Kita akan tarah.
“There will be backlash. Saya nak beri amaran. Jadi jangan main-main, ini sentimen rakyat, bukan kami sahaja. Rakyat berjuta sana melihat telatah kerajaan hari ini bersikap niat jahat,” kata ahli Parlimen Pagoh itu ketika membahaskan titah Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Muhyiddin dalam pada itu berkata tumpuan kerajaan waktu ini harus tertumpu kepada usaha untuk membantu rakyat terutamanya golongan rentan menghadapi beban kos sara hidup yang tinggi.
Beliau menyorot kembali kepada kenyataan Anwar ketika awal penubuhan kerajaan perpaduan yang berjanji akan mengemukakan langkah-langkah komprehensif untuk menangani masalah kos sara hidup dalam tempoh dua minggu.
“Sekarang ini dah menjangkau hampir tiga bulan, Tuan Yang Dipertua. Saya masih belum nampak sebarang langkah yang konkrit dan komprehensif yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup rakyat.
“Dengarlah suara rakyat yang mahukan pembelaan. Misalnya, apalah salahnya kalau kerajaan mempertimbangkan sekali lagi pengeluaran wang KWSP secara bersasar sekiranya ini adalah kehendak rakyat untuk membantu meringankan beban mereka di kala susah. Bukan duit kerajaan, (tetapi) duit rakyat,” katanya. – 15 Februari 2023.
MUHYIDIN
TAK FAHAM
ATAU BUAT BUAT
TAK FAHAM
AMIN
INI CARA TERBAIK
UNTUK SELAMAT
AMIN
SERANG DULU
SEBELUM DISERANG
AMIN
GEMPAQ BERI
MUSUH TAKUT
DULU
AMIN
YANG LAIN
BELAKANG KIRA
AMIN
ABAH NI
TAK BACA
BUKU TAKTIK
PERANG MAO
AMIN
KALAU PMX
TAK SERANG
PH AKAN DISERANG
KAH KAH KAH
BILA PN TAK SERANG
MAKA PN AKAN
KENA SERANG
AMIN
INI POLITIK
REALPOLITIK
KHALAS
HADI MALAS DATANG PARLIMEN
HADI MALAS
DATANG PARLIMEN
KHALAS
Unknown commented on
"MELAYU MALAS"
Laaa.... Mahaded dah berapa kali dok kata melayu malas... Patut depa ni suruh lucut kelaktayaan mahaded dulu... Apa ra.... Kalau aku kata anak aku malas dia lucut aku punya kebapaan la kalo diikutkang lojiknya... Haiya.. hati kecik betul... Ka ada udang sebalik keris? Aku sarankan DBP hapuskan perkataan malas dari kamus.... Senang...
ZAID IBRAHIM TAK FAHAM
Hadi buat kenyataan politik, tak perlu buka kertas siasatan – Zaid
KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tidak bersetuju tindakan DAP membuat laporan polis dan kertas siasatan telah dibuka ke atas Hadi Al-Kawahli
Malah, katanya, polis telah memaklumkan sedang menunggu arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk ‘mengheret’ Presiden Pas itu ke muka pengadilan atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap parti itu.
Kata beliau, Ahli Parlimen Marang itu membuat kenyataan politik dan seharusnya diselesai secara politik oleh parti yang dikaitkan dengan fahaman komunis, anti raja serta anti tuhan itu.
“Lagi pun, dalam ucapan kempen Abdul Hadi, dia tak kata DAP parti komunis pun. Dia hanya kata, ada sesetengah ahli parti itu bersimpati dengan fahaman komunis. Kalau DAP parti komunis, sudah lama Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (RoS) tidak lulus.
“Biasalah, dalam kempen pilihan raya, macam-macam orang politik akan kata. Ada yang betul, ada yang tidak betul. Takkan kes seperti ini pun nak buat laporan dan polis pun tidak usahlah ambil berat.
“Biarkan mereka selesai sesama politik. DAP boleh guna khidmat peguam ambil tindakan sivil ke atas Abdul Hadi, bukan jadikan ia kes polis. Polis banyak kerja nak selesai masalah jenayah lain,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim dilaporkan berkata, kertas siasatan membabitkan kes Abdul Hadi yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan masih menunggu tindakan arahan lanjut DPP.
Beliau berkata, siasatan sudah lengkap dan kertas siasatan kes juga sudah dimajukan untuk perhatian pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Pada 5 Disember lalu, Abdul Hadi tiba hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memberi keterangan susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.
Mengulas lanjut, Zaid berkata, sebelum ini, pemimpin dari Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi pembangkang pernah menggelar Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Firaun, Maha Firaun dan Mahazalim.
Bagaimanapun, katanya, mantan Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu tidak pernah membuat laporan polis minta siasat dan hadap mereka yang mengecam dengan kata-kata itu ke mahkamah.
“Begitu juga mantan Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak dituduh penyangak, penyamun. Beliau tidak pun buat laporan polis atau minta polis membuka kertas siasatan untuk mendakwa pemimpin PH.
“Saya harap pemimpin kerajaan sekarang bertolak ansurlah sikit. Tidak usahlah ambil berat dengan kenyataan pembangkang sekarang, sebagaimana mereka ketika menjadi kerajaan tidak peduli apa kamu tuduh mereka ketika kamu pembangkang dahulu.
“Sekarang ini zaman media sosial, berbeza dengan zaman dulu. Kita kena terimalah apa orang kata pada kita. Kalau tidak puas hati, guna peguam sendiri, jangan guna polis,” katanya.
Beliau berharap, pihak berkenaan menarik balik tindakan yang dikenakan kepada Abdul Hadi kerana ia tidak berbaloi malah boleh menambahkan lagi kemarahan orang ramai. –
WOIT
ZAID NI PUN
SATU HAL
AMIN
AL KAWAHLI
WAJIB DI TIBAI
KALAU TAK DIA
NAIK TOCANG
AMIN
TALIBAN BERKUASA
SUSAH SATU
NEGARA
AMIN
ZAID SENDIRI
SUSAH NAK BERKUDA
SUSAH NAK
BERHARIMAU
KAH KAH KAH
INI POLITIK
MUSUH JATUH
KITA TIBAI
BAGI MATI
KHALAS
MUHYIDIN DARI ABAH JADI MAT TARAH
Henti cipta tuduhan, jika tak mahu PN ‘tarah’ 6 negeri – Muhyiddin
KUALA LUMPUR – Rakyat akan bertindak balas kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sekiranya aktiviti mencipta pelbagai tuduhan terhadap Perikatan Nasional (PN) tidak dihentikan segera.
Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu akan berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sekaligus menyaksikan PN merampas enam negeri berkenaan.
Keenam-enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.
“Sekarang ini kalau boleh dihitamkan muka saya dan semua (pemimpin PN) ini, kata (kita ini) perompak dan lanun supaya rakyat tak sokong kita.
“Tapi saya percaya gelombang PN yang sudah pun kita lihat (pada) PRU lalu akan terus melanda negara ini (dan) enam buah negeri ini akan tarah. There will be backlash (akan ada tindak balas). Saya nak bagi amaran,” kata Muhyiddin dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, tuduhan dibuat Anwar kononnya berlaku penyelewengan dana semasa beliau menjadi perdana menteri hanya ciptaan demi menghasut rakyat membenci PN.
Mengulas lanjut, Muhhyiddin turut mendakwa pentadbiran kerajaan hari ini nampak berniat jahat dengan membuat tuduhan yang tidak berlaku kononnya berlaku pelbagai penyelewengan semasa beliau menjadi perdana menteri.
“Saya perhatikan kepimpinan kerajaan hari ini cenderung untuk mengambil tindakan-tindakan berbentuk, dengan izin, witch-hunting atau mencari kesalahan kerajaan dahulu yang sebenarnya tidak wujud,” katanya lagi. –
WOIT
BELUM SEMPAT
ABAH JADI
MAT TARAH
SPRM AKAN
MASUK
KAH KAH KAH
BELUM SEMPAT
PRN BERMULA
SPRM AKAN
BERTINDAK
AMIN
DULU ADA SPR
SEKARANG ADA
AZAM BAKI YANG
BERMASALAH
PASTI IKUT
ARAHAN
AMIN
KAH KAH KAH
ABAH AKAN
TEGOLEK DOG
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)





