Khamis, 1 Jun 2023

KUMPULAN WAGNER


AMERIKA ADA

BLACKWATER

TUKAR NAMA JADI

ACADEMI

AMIN

RUSIA ADA

WAGNER

AMIN

CHINA MERAH

ADA 14K

AMIN

KHALAS

ADA TOK ARAB JADI BROKER HARI ?


ADA TOK ARAB

JADI BROKER HADI

DARI

 LUAR NEGARA?

KHALAS

MELAYU BUKAN ARAB


Pakatan tidak sesuai jadi kerajaan kerana dikuasai bukan Melayu, kata Hadi Awang

PAKATAN Harapan (PH) tidak sesuai jadi kerajaan dan memimpin negara kerana gabungan itu dikuasai parti bukan Islam, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Katanya, kerajaan hari ini lemah kerana tidak diterajui parti Melayu Islam untuk memimpin Malaysia yang majoriti rakyatnya Melayu dan beragama Islam.

“PH ini tak ada harapan sebab kedudukannya sangat lemah. Parti terbesar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ialah PN, iaitu PAS dapat 43 kerusi, Bersatu 34 kerusi.

“Manakala DAP dapat 49 kerusi, PKR pula 39 kerusi, 11 daripadanya bukan Melayu. Jadi kalau campur PH sebenarnya didominasi bukan Islam.

“Ia satu pakatan yang tak sesuai dengan masyarakat Malaysia yang majoritinya Melayu Islam,” katanya pada sidang media selepas program Majlis Persidangan Antarabangsa di Kuala Terengganu, hari ini.

Hadi mengulas kenyataannya sebelum ini mengenai tawaran kepada PAS untuk menyertai kerajaan perpaduan.

Mempertahankan kenyataannya, Hadi berkata tawaran itu datang padanya selepas PRU15 dan bukannya baru-baru ini.

Namun Hadi mendakwa, sebagai parti yang mempunyai kekuatan sokongan pengundi Melayu dan beragama Islam terbesar, beliau sering didatangi broker politik yang membuat tawaran kerjasama.

“Memang banyak broker politik datang, dari dalam negara dan luar negara pun ada. Tapi mereka tak nak mengaku.

“Dan saya tolak broker politik luar ini sebab mereka tak faham dasar negara kita yang majoritinya Melayu Islam,” katanya.

Hadi berkata pada masa ini hanya Perikatan Nasional (PN) yang mempunyai kekuatan politik.

“PAS sangat fleksibel untuk bekerjasama asal dasarnya Malaysia perlu dipimpin Melayu Islam, tak boleh bukan Islam.

“Sedangkan dia (PH) mereka buat konsep Malaysian Malaysia… konsep ini sangat bercanggah dengan prinsip PAS,” katanya.

Penganalisis politik sebelum ini berkata tanpa tunjang sebuah parti Melayu, pentadbiran kerajaan tidak akan stabil kerana majoriti penduduk di negara ini terdiri daripada orang Melayu.

Mereka berkata sebelum ini Umno yang menjadi tunjang kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu memberikan kestabilan kepada pentadbiran kerajaan.

Namun parti itu semakin kehilangan sokongan orang Melayu, termasuk pada PRU15 tahun lalu.

Anggaran penduduk semasa Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan pada Julai 2022 menunjukkan Melayu berjumlah 57.7%, Cina 22.8%, Bumiputera 12.2% sementara India 6.6%.

Statistik itu juga menunjukkan peningkatan jumlah penduduk Bumiputera sementara penduduk Cina dan India menurun.

Selepas PRU15, PH membentuk kerajaan perpaduan bersama BN dan parti di Sabah dan Sarawak.

Gabungan itu bagaimanapun dilihat tidak mempunyai dukungan majoriti Melayu yang kini dikuasai pembangkang Bersatu dan PAS dalam PN. – 1 Jun, 2023.

WOIT

SAPA JADI

KERAJAAN 

BERGANTUNG

PADA 

SOKONGAN MELAYU

AMIN

BERANTUNG PADA

RAJA RAJA

MELAYU

AMIN

KALAU PAS

TERUS TALIBAN

AMIN

GANGGU  CARA

HIDUP MELAYU

AMIN

PAKSA MELAYU

JADI ARAB

PAS AKAN

DITOLAK 

OLEH MELAYU

OLEH RAJA RAJA

MELAYU

AMIN

MELAYU INI MELAYU

MELAYU BUKAN ARAB

AMIN

KHALAS

AJEN SINGAPURA AJAK PAS MASUK KERAJAAN



Zahid tak buat ‘homework’, Kit Siang jemput masuk kerajaan, kata PAS


PAS menyifatkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tidak buat “homework” atau kerja rumah dalam menjawab isu pelawaan terhadap parti Islam itu bagi menyertai kerajaan campuran pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ketua Perangan PAS Khairil Nizam Khirudin dalam satu kenyataan berkata, hakikatnya Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang terlebih dahulu menjemput mereka menyertai kerajaan campuran kerana kedudukan amat genting ketika ini dan Umno tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu.

“Zahid perlu berhenti daripada menipu dan terus menipu ahli Umno mahupun rakyat.

"Penipuan terbesarnya adalah propaganda tidak bersama DAP dan Anwar tetapi akhirnya bersama parti yang dibenci ahli Umno itu sejak sekian lama," katanya.

Ahad lalu, Zahid mengecam kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mendakwa “sesetengah orang“ mencadangkan parti Islam itu untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan.

“(Hadi) jangan terlalu sepenuh hati hingga menyangka (PAS) akan ditawarkan menyertai kerajaan perpaduan,” kata Zahid.

Pada 15 Mei, Lim mencadangkan supaya kerajaan campuran menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan PAS menjelang pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.

Sebelum ini, satu kajian yang dilakukan oleh firma penyelidikan, O2 dengan kerjasama beberapa organisasi media mendapati, 71% responden Melayu menyatakan rasa tidak puas hati dengan kerajaan baru, dalam memenuhi manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Isu sokongan Melayu baru-baru turut diperkatakan oleh Anwar apabila beliau menolak dapatan kajian penganalisis Bridget Welsh yang menyatakan sokongan Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) hanya pada kadar 11%. 

Menurut Anwar, kaji selidik oleh PKR sendiri mendapati sokongan Melayu kepada PH berada pada tahap 31%.

KAH KAH KAH

RAMAI LUPA

RAMAI TAK BACA

KAH KAH KAH

KIT SIANG YG

MULAKAN SEMUA

KAH KAH KAH

PROJEK APA INI

PROJEK AGAR

TALIBAN MASUK

KERAJAAN

AMIN

KHALAS






NASI CAMPUR NAIK HARGA


NASI CAMPUR

23 RINGGIT 

SEPINGAN

AMIN

Nasi Champor Hantu Pari Lewat pagi tadi di Pasar PJ Old Town, saja  nak bungkus nasi champor... nasi, dua ketul ikan pari asam pedas dan sedikit taugeh dan peria.Al Jumlah RM23....rupanya ikan pari seketul pun       RM 10, bukan besar dan dari gerai merket, bukan kedai makan.....itu lah gara gara kos sara hidop.Dok sebok mendeklamasi istilah Madani dan menu Rahmah...The humble Ikan Pari now ranks pari passu with Salmon and  Cod (not too long ago!)          Kah kah kah

POLIS KATA MATI MENGEJUT


Kematian sekutu Jho Low tiada unsur jenayah, kata polis


Polis mengklasifikasikan kematian seorang ahli perniagaan yang terlibat dalam siasatan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC) pada Isnin lalu, sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata kematian Kee Kok Thiam, 56, yang merupakan sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low itu, disebabkan faktor kesihatan.

“Kes ini polis siasat sebagai SDR (mati mengejut) dan tiada unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Terdahulu Firma Guaman Valen, Oh & Partners yang mewakili Kee dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan, anak guam mereka meninggal dunia pada Isnin di sebuah hospital akibat angin ahmar.

Kee yang sedang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima wang hasil daripada penyelewengan dana 1MDB serta SRC, telah menghilangkan diri sejak 2018, tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 3.30 pagi 3 Mei lepas.

Beliau kemudian hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 10 pagi hari yang sama, selepas diberikan Notis Perintah.

Semalam sebuah media antarabangsa melaporkan, Kee ada mendedahkan dia telah bertemu Jho Low dan buruan kes 1MDB lain termasuk Eric Tan Kim Loong, Casey Tang Keng Chee, Geh Choh Heng dan Nik Faisal Ariff Kamil di Macau.I

POLIS KATA

MATI MENGEJUT

AMIN

WARGANET TANYA

HOSPITAL MANA?

AMIN

POST MORTEM

BUAT DIMANA?

AMIN

KHALAS