Rabu, 3 Julai 2024
SUARA BAKAL PM MALAYSIA
'Aku kena potong hospital'? Pakar persoal alasan Rafizi pertahan penyertaan firma BlackRock
Hujah terbaru kerajaan dalam mempertahankan penyertaan sebuah firma kontroversi dalam konsortium menguruskan lapangan terbang dipertikai pakar ekonomi dan penerbangan.
Ia selepas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata pengurusan lapangan terbang memerlukan perbelanjaan yang tinggi sehingga menimbulkan dilema kepada kerajaan sama ada perlu memotong peruntukan ratusan juta ringgit untuk hospital dan sekolah.
"Tiap-tiap tahun mesti ada permintaan nak buat lapangan terbang baru, mesti ada permintaan nak naik taraf lapangan terbang. Satu naik taraf selalunya RM2-3 bilion, lapangan terbang kecil pun RM700 juta," katanya berucap dalam siri kempen Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap.
Sambil menggunakan kata ganti diri pertama, Rafizi berkata jika beliau "bagi lapangan terbang", kerajaan terpaksa memotong peruntukan lain untuk rakyat.
"Saya kena potong sekolah. Satu sekolah RM40-50 juta. Satu hospital RM500 juta.
"Kalau naik taraf satu lapangan terbang atau buat baru habis RM2 bilion, maksudnya aku kena potong empat hospital," tambahnya.
Rafizi berkata kekangan kewangan memerlukan Malaysia Airports Holdings (MAHB) - syarikat kerajaan yang kini menguruskan lebih 30 lapangan terbang seluruh negara - mencari lebih banyak dana dan tidak lagi boleh menjadi syarikat awam yang disenaraikan.
Beberapa pakar dihubungi MalaysiaNow mempersoalkan "dilema" Rafizi itu, dan berkata ada banyak kaedah lain untuk mendapatkan dana menaik taraf infrastruktur tanpa mengganggu peruntukan kepada perkara lebih asas.
"Tidak sepatutnya ada dilema di pihak kerajaan. Kesihatan dan pendidikan sama pentingnya dan saya faham bahawa kerajaan telah memperuntukkan bajet terbesar untuk dua bidang ini," kata Amanda Yeo, penyelidik dan felo kanan di Pacific Research Center, sebuah badan pemikir yang menawarkan khidmat perundingan dalam bidang geopolitik, sosioekonomi, trend pembangunan, serta pengurusan risiko dan krisis.
Yeo berkata dana untuk lapangan terbang boleh didapati menerusi model kerjasama awam-swasta.
"Untuk mendapatkan lebih banyak pelancong datang ke Malaysia untuk mengembara, kerajaan boleh mempertimbangkan mencari pelabur yang berminat dengan pelancongan," katanya.
Putrajaya kini berdepan bantahan keras dari pelbagai pihak yang mempersoalkan keperluan membawa masuk Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah syarikat milik penuh BlackRock yang terkenal dengan peranannya memperkasakan jentera perang Israel.
Di bawah rancangan diumumkan pada Mei, GIP akan membeli 30% kepentingan dalam sebuah konsortium menguruskan MAHB, bersama-sama Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dua entiti di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
GIP menguruskan beberapa lapangan terbang antaranya Lapangan Terbang Edinburgh di Scotland, selain Gatwick di United Kingdom dan Sydney di Australia.
Bagaimanapun, prestasi GIP menjadi persoalan disebabkan mutu perkhidmatan di lapangan terbang di bawah kelolaannya.
Pengkritik turut berkata Putrajaya mempunyai lebih banyak pilihan mendapatkan rakan kongsi khususnya di rantau Asia yang mempunyai lapangan terbang yang disenaraikan sebagai terbaik di dunia.
Alasan kekurangan dana yang diberikan Rafizi dikecam pengguna media sosial.
Rafizi sebelum ini memberikan alasan serupa dalam mempertahankan langkah kerajaan menarik balik subsidi diesel sehingga menyebabkan harga bahan api itu melonjak 56%.
Ia termasuk kenyataan seperti "kerajaan tidak ada duit", selain "hutang tinggi" yang menuntut penjimatan.
Penganalisis Adilah Zafirah Mohd Suberi turut mempersoalkan hujah Rafizi.
Menurutnya terdapat pelbagai cara lain mendapatkan wang menaik taraf lapangan terbang tanpa perlu membabitkan bajet kerajaan.
Sambil mengingatkan keuntungan besar MAHB pada tahun lepas, iaitu sebanyak RM500 juta - kenaikan daripada RM187 juta pada tahun sebelumnya - Adilah turut mempersoalkan sikap dwistandard kerajaan dalam memberikan alasan kekurangan dana.
Menurutnya, tidak timbul pula persoalan itu dalam meluluskan sistem LRT Pulau Pinang bernilai RM10 bilion dalam bajet 2024, tetapi pada masa sama enggan meluluskan pembinaan lapangan terbang Kulim di Kedah walaupun kerajaan negeri mengatakan ia berjaya mengumpulkan dana.
"Ia mempunyai dana yang diperlukan dan hanya menunggu kelulusan Kementerian Pengangkutan," kata Adilah dari Institut IRIS kepada MalaysiaNow.
"Ini menghantar isyarat dwistandard. Adakah kerajaan benar-benar serius dalam mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah dalam negara? Mengapa hanya memfokuskan pembangunan di satu kawasan, tidak membangunkan keseluruhan koridor utara?"
Pakar industri penerbangan Shukor Yusof mengakui keperluan untuk menaik taraf lapangan terbang yang memakan belanja besar.
"Tetapi ia harus mengambil kira model perniagaan manakah yang paling efektif. Kerajaan tiada duit untuk membangunkan KLIA tetapi ada pilihan lain, bukan sahaja diswastakan," kata Syukor dari Endau Analytics, yang merujuk langkah kontroversi penswastaan MAHB.
"Penswastaan adalah jalan mudah tanpa mengambil kira landskap unik penerbangan Malaysia yang juga merangkumi Sarawak dan Sabah," katanya.
NAJIB TERUS DI KAJANG
Kerajaan Perpaduan perlu nyatakan pendirian Titah Adendum Najib – UMNO Kedah
KUALA LUMPUR – UMNO Kedah kecewa dengan keputusan Mahkahah Tinggi yang menolak kebenaran bekas Perdana Menteri, Najib Razak untuk menyemak kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Justeru itu, Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyeru agar kerajaan perpaduan menyatakan pendirian akan kewujudan surat titah tersebut.
“UMNO Kedah percaya, pendirian ini penting bagi memastikan hak i Najib sebagai warganegara untuk mendapat keadilan dan status tersebut dapat diberikan seadil-adilnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Awal hari ini, Najib gagal mendapat kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16, supaya beliau menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.
Mahkamah Tinggi melalui hakim bicara, Amarjeet Singh membuat keputusan itu selepas mendapati semua afidavit yang difailkan untuk menyokong permohonan Najib hanya sekadar ‘dengar cakap’ dan khabar angin sahaja.
Ia termasuk afidavit Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presideni Wan Rosdy Wan Ismail.
Dalam pada itu, Shaiful Hazizy menggesa agar pihak yang mempunyai bukti terhadap adendum tersebut tampil ke hadapan.
“UMNO Negeri Kedah menggesa dan merayu agar pihak-pihak yang mempunyai bukti dan pengetahuan tertentu akan kewujudan perintah tersebut untuk tampil dan pada masa yang sama merungkaikan persoalan dan dilema yang besar ini,” katanya.
Sebelum ini, Najib memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Januari 2024.
Najib juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti menguatkuasakannya serta-merta dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan di rumah.
Beliau kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. –
WOIT
KES INI MUDAH
SELESAI
AMIN
KENAPA TAK TANYA
DARI MANA
PUNCA TITAH INI
AMIN
SILA TANYA
BADAN YANG
BERI TITAH
HABIS CERITA
AMIN
TAK PERLU
BERGASAK
DI MAHKAMAH
KHALAS
AMIN
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)


