Khamis, 7 November 2024

TEL AVIV TERUS DI SERANG


TEL AVIV 

TERUS DI SERANG

AMIN

LONDEH JANGAN TAK LONDEH


LONDEH

JANGAN TAK LONDEH

KAH KAH KAH

AMIN

MCA DAH BERANI DUKU RAFIZI



MCA DAH BERANI

DUKU RAFIZI

AMIN

NAJIB KENA KENCING



Kerajaan kekal pendirian titah adendum Najib hanya cakap-cakap – Saifuddin

LAYSIA, 17 OKTOBER 2024.
KUALA LUMPUR – Isu adendum terhadap bekas perdana menteri, Najib kembali hangat di Dewan Rakyat apabila Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail enggan memanjangkan pertanyaan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).

Saifuddin Nasution ketika menggulungkan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan di peringkat kementerianya tidak memberikan jawapan kukuh sama ada wujud adendum tersebut atau tidak.

“Sebagai kerajaan, apabila wujud isu adendum, boleh kerajaan jelasnya ada atau tidak adendum itu. Bukan masalah ‘hearsay’, menteri atau perdana menteri boleh menghadap Yang di-Pertuan Agong dan tanya wujud atau tidak adendum tersebut,” kata Takiyuddin.

Bagaimanapun, Saifuddin menjawab sekiranya ada pertikaian dalam isu tersebut, jalan yang wajar diambil adalah menerusi insitusi mahkamah dan mahkamah telah membuat keputusan mengenai perkara berkenaan.

“Kalau ada pertikaian antara kerajaan dengan rakyat, institusi mana yang membuat keputusan, ia adalah institusi mahkamah.

“Kalau mahkamah kata itu hanya ‘hearsay’, Kota Bharu faham apa maksudnya itu.

“Jadi ia sudah selesai, pandangan Kota Bharu adalah kerajaan kena tanya Lembaga Pengampunan, itu pandangan YB.

“Oleh kerana ada pertikaian, baik mahkamah yang tentukan apabila ada kaitan dengan undang-undang,” jelas Saifuddin.

Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan menetapkan 5 Disember depan untuk mendengar rayuan Najib berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar kewujudan Titah Adendum.

Adendum itu didakwa dititah oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.

Pada 3 Julai lepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib, 71, untuk memulakan prosiding semakan kehakiman ke atas lapan responden bagi mencabar kewujudan titah adendum itu, selepas berpendapat empat afidavit bagi menyokong permohonan Najib, termasuk oleh Presiden UMNO  Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presidennya  Wan Rosdy Wan Ismail adalah bersifat dengar cakap atau khabar angin.

Najib kemudiannya menfailkan notis rayuan pada 9 Julai.

Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Pesuruhjaya Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam permohonannya.

Menerusi permohonan yang difailkan April lepas, Najib, memohon perintah mandamus bagi memaksa sama ada semua atau satu daripada responden, menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan itu yang bertarikh 29 Jan tahun ini.

Beliau turut memohon perintah mandamus bahawa jika dekri tambahan itu wujud, kesemua atau satu daripada responden harus menguatkuasakan ia serta-merta dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.

Najib telah menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 2 September 2022, beliau memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja dan Lembaga Pengampunan telah mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. – 

KAH KAH KAH

NAJIB KENA

KENCING

KAH KAH KAH

UMNO JANJI

NAK HANTAR

DELEGASI JUMPA

SULATAN PAHANG

KAH KAH KAH

SAMPAI HARI INI

EEELEEEK

KAH KAH KAH

WOIT 

INI KEPUTUSAN 

PAU 

APA SUDAH JADI

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

BICARA INI PENTING



Kerabat Pahang tidak mengaku bersalah cederakan lelaki di bangsal kuda

KUANTAN – Kerabat diraja Pahang dan anggota polis antara lima individu yang dituduh mencederakan seorang lelaki dengan sebilah pisau pada kejadian 6 Jun lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1 di Kuantan hari ini.

Kelima-lima tertuduh berusia 20 hingga 44 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan majistret Raja Norshuzianna Raja Mamat selepas mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan.

Lima tertuduh itu merupakan Tengku Eddie Akasya Tengku Abdul Rahman, 20; Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani,39; Mohd Fouzi Md Nur, 44; Mohd Taufik Daud,32; dan Khairul Azhar Rosli, 38.

Mengikut pertuduhan kelima-lima tertuduh dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan di bahagian paha kanan mangsa di kawasan lot tanah bangsal kuda di Jalan Teluk Sisek di Kuantan dalam kejadian 12.20 pagi.

Bagi kesalahan tersebut mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan hukuman pemenjaraan boleh sampai 10 tahun atau dengan denda dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu.

Sesi pendakwaan dijalankan oleh Pengarah Pendakwa Negeri Sharizat Ismail, Noor Aishah Mohd Amin dan Deevagaran Naidu Baskaran.

Pihak pembelaan kemudiannya memohon rayuan pengurangan wang jaminan terhadap semua tertuduh dengan kadar RM5,000 seorang.

Nik Norhisham Affendi yang merupakan anggota polis yang kini digantung tugas diwakili peguam Mohamed Badruzzaman Abu Bakar.

Manakala empat lagi tertuduh lain diwakili empat peguam yang diketuai Y.Sheelan Samugam.

Mahkamah kemudiaannya menetapkan wang jaminan RM7,000 setiap seorang.

Selain itu kesemua tertuduh perlu melaporkan diri setiap bukan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) setiap bulan dan tidak dibenarkan mengacau ganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 11 Disember hadapan. – 

MENGAKU

TAK BERSALAH

INI PERKARA BIASA

AMIN

YANG PENTING

KES DI BAWA

KE MAHKAMAH

AMIN

BUKAN SOROK

BAWAH BANTAL

KHALAS

SABSIDI DITARIK - DUIT HILANG ?


SABSIDI DITARIK

DUIT INI KE MANA

HILANG?

AMIN