Jumaat, 12 Jun 2026
YUSOFF RAWTHER SUAKA POLITIK DI LONDON
MEMINTA
PERLINDUNGAN
POLITIK AMAT
JARANG BERLAKU
DARI WARGA
MALAYSIA
AMIN
YUSOFF PASTI
AKAN DI BERI
SUAKA POLITIK
KHALAS
Bimbang keselamatan diri, Yusoff Rawther mohon suaka di UK
Muhammed Yusoff Rawther, pemuda yang menuduh Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyerangnya secara seksual, telah memohon suaka di United Kingdom kerana bimbang dengan keselamatan dirinya, kata peguam Rafique Rashid.
"Dia benar-benar berada dalam ketakutan, benar-benar risau tentang keselamatan diri dia dan beliau risau akan diapa-apakan.
"Ketakutan ini adalah kerana Yusoff telah melalui satu proses yang amat menakutkan dan amat menyakitkan dan amat merisaukan," kata Rafique, merujuk kepada insiden serbuan penuh kontroversi dilakukan polis ke atas anak guamnya pada September 2024, yang menyebabkan beliau dipenjarakan selama sembilan bulan sebelum dilepaskan pada Jun 2025.
Rafique berkata proses permohonan suaka di UK memerlukan Yusoff menyerahkan pasportnya kepada pihak berkuasa, di samping tidak meninggalkan negara itu.
Menurutnya, perkara itu dirahsiakan daripada orang ramai atas dasar keselamatan, sambil memetik beberapa kejadian yang masih belum selesai seperti kehilangan wanita bernama Pamela Ling ketika menuju ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu, dan "kematian misteri" seorang pegawai Perbendaharaan yang dijumpai mati di pejabatnya.
"Apabila ada senario begini, dia rasa dirinya tidak selamat."
"Yusoff bukan melarikan diri," kata Rafique.
Mahkamah Rayuan akan bersidang pada 15 Jun untuk mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada Jun 2025 membebaskan Yusoff daripada pertuduhan memiliki senjata dan dadah.
"Yusoff juga tidak memohon supaya rayuannya ditangguhkan dan dibatalkan tanpa melalui proses pendengaran. Yusoff menyatakan mahu jalankan rayuan tersebut dan kita akan hadir ke mahkamah pada 15 Jun 2026."
Rafique berkata beliau telah menulis kepada peguam negara dan juga presiden Mahkamah Rayuan mengenai situasi Yusoff, dan berharap anak guamnya dibenarkan tidak perlu hadir pada perbicaraan rayuan itu, seperti mana diperuntukkan Seksyen 314 Kanun Prosedur Jenayah.
'Apa jadi laporan polis terhadap Farhash, Anwar?'
Sementara itu, Rafique sekali lagi mengulangi gesaannya terhadap Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail mengenai status laporan polis Yusoff yang menamakan beberapa individu yang menurutnya bertanggungjawab memerangkapnya dengan senjata dan dadah pada September 2025.
Antara individu itu termasuk Anwar dan bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador.
"Banyak kali dah kita minta, apa jadi dengan laporan polis Yusoff?"
Yusoff pertama kali menuduh Anwar dalam satu akuan berkanun pada November 2019, diikuti laporan polis.
Dalam samannya, Yusoff, yang pernah bertugas di pejabat banglo Anwar di Petaling Jaya, mendakwa pemimpin PKR itu menyerangnya secara seksual pada 2 Oktober 2018, beberapa hari sebelum beliau memenangi pilihan raya kecil Port Dickson.
Ia disusuli siasatan polis yang menyaksikan Bukit Aman menjalankan ujian poligraf terhadap Yusoff, manakala Anwar memilih untuk menolak ujian pengesan pembohongan itu dengan alasan tuduhan terhadapnya tidak berasas.
Pada 6 September 2024, polis mendakwa menemui dadah dan senjata dalam kenderaan milik Yusoff di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Kes itu mendapat perhatian selepas timbul pelbagai tanda tanya mengenai cara Yusoff diserbu dan ditangkap sekumpulan anggota polis.
Serbuan itu berlaku seminggu selepas Yusoff memfailkan senarai saksi dalam samannya terhadap Anwar.
Yusoff, cucu aktivis pengguna terkenal Pulau Pinang, Allahyarham SM Idris, bertegas beliau menjadi mangsa "orang berkuasa" yang mahu memerangkapnya sebagai balas dendam terhadap saman serangan seksual terhadap Anwar.
Pada 12 Jun 2025, mahkamah membebaskan Yusoff daripada tuduhan tersebut, selepas perbicaraan yang menyaksikan saksi pendakwaan membuat kenyataan bercanggah ketika pemeriksaan balas, sekali gus menguatkan spekulasi beliau merupakan mangsa konspirasi oleh individu yang mempunyai hubungan politik.
AKAN WUJUD - MENUNGGU BILA >
AKAN WUJUD
HANYA MENUNGGU
BILA ?
AMIN
Unknown commented on
"PAS DIKUTUK PETANDA BAIK"
PAS bakal memimpin Malaysia?! LOL.
"Hari ini menang, esok negara republik!"
Islamic Republic of Malaysia
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
JUMAAT 12 JUN 2026
PERANG HARI KE 105
GENCATAN SENJATA JALAN KEMBAI
38 – TIGA PULUH LAPAN – THIRTY EIGHT
DAH 38 KALI MAT TERAM KATA PERJANJIAN DAMAI AKAN DI TANDA TANGANI – ini bukan Tukar Tiub yang kira ini CNN yang kira – kah kah kah
PERANG TERHENTI
Lepas 4 hari berperang – Mat Teram undur. Mat Teram kata Iran nak runding damai – Akan ada PERTEMUAN DI EROPAH – PULAAAAAK... kah kah kah ... bukan lagi Pakistan – kah kah kah.
Mat Teram klim Iran dah terima semua perkara. Kah kah kah
PALING COOL – wartawan tanya apakah Pemimpin Besar Iran dah setuju?
Mat Teram jawab : Ayatollah dah setuju – kah kah kah.
MAT Teram lupa PEMIMPIN BESAR IRAN – belum ada gelaran AYATOLLAH .
KAH KAH KAH
KEMUDIAN
MENTERI LUAR IRAN KATA
BELUM ADA APA APA KEPUTUSAN DARI TEHRAN kah kah kah.
Mat Teram kata Selat Hormuz telah di buka. Tapi takda kapal KELAUR MASUK kerana IRAN KATA SELAT HORMUZ masih di tutup.
HAKIKATNYA MAT TERAM NAK TAMATKAN PERANG INI DENGAN SACEPAT MUNGKIN – tapi Iran tahu lagi lama perang ini berjalan – lagi baik untuk Iran – YANG PERIT ialah EKONOMI DUNIA .
ISAP VAPE YANG ZOMBIE
Dulu di masyhurkan : Isap vape akan berhenti merokok. Nampaknya ini semua propaganda kosong.
Hari ini vape dah jadi saluran dadah sintetik – dadah kimia buatan manusia – rokok tembakau tanaman – daun semula jadi tapi PIU PIU adalah bahan kimia.
Gua dah henti merokok semenjak 26 DISEMBER 2008 – tapi gua tahu nikmat rokok – Rokok paling nikmat dalam dunia ialah Keretek - Suria dan Lucky Strike - Tembakau gulung DRUM – cuba tak cuba belum tahu.
HOKKIEN
Pagi ini kering sejuk berangin. Angin sejuk agak kuat Langit di lihat kelam dan ada awan mendung. Matahari belum bersinar. KL & KL Sentral berjerebu nipis.
Suara Terkukur disana sini – Pagi ini milik Terkukur – tapi dari Kwantung gua dengar Gagak menangis.
Pagi ini keluarga Siti tak ramai. Siti datang – dia tahu gua beri dia spesial. Puppy Hitam pun makan bersama Tiong yang datang solo.
Gua harap hari ini akan panas.
Ha ha ha – Berjalan pulang sampai di Lif ada Kucing Oren menunggu tepi tangga – Tak Tak memandang - Sang Oren jadi marah – dia membesarkan badan – gua ketawa – kah kah kah – Badan Tak Tak terikat dengan gua – Jantan Oren Selamat. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI JUMAAT
BRO
Pagi ini bila lu bangun tidur - syukurlah kita masih hidup segar – boleh berfikir – boleh ketawa dan boleh jadi sayang.
BRO
Setiap pagi lu sedarkan kesedaran untuk melayari permulaan hidup.
BRO
Lalui pagi ini dengan penuh harapan dengan penuh kegembiraan. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT
Khamis, 11 Jun 2026
PERANG JENIS BARU
AMERIKA GUNA
TOMAHAWK HARGA
2 JUTA DOLAR
AMIN
IRAN GUNA DRONE
HARGA
20 RIBU DOLAR
AMIN
TERBARAI
EKONOMI AMERIKA
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)






