Rabu, 20 Ogos 2008

DUIT BELANJA SUDAH SAMPAI

Malam tadi saya merayau ke seluruh Permatang Pauh. Saya temui banyak anak-anak muda lelaki sedang bekerja keras memanjat tiang letrik dan talipon untuk memasang bendera Barisan Nasional.

Mereka ini pastilah anak-anak muda tempatan yang tahu dimana bendera-bendera ini hendak dipasang.

Dua hari dahulu hanya ada beberapa kerat sahaja bendera dan kain rentang Barisan Nasional. Kalau orang baru masuk ke kawasan ini pasti hairan dan bertanya - apa sudah jadi dengan calon United Malays National Organisation?

Kini perang poster semakin rancak.

BILIK GERAKAN PKR KOSONG

Saya juga ternampak banyak bilik gerakan PKR yang kosong. Yang ada hanya dua atau tiga buah meja plastik dan tujuh lapan buah kerusi. Lampu terpasang tetapi satu susuk manusia pun tidak kelihatan.

Apa yang menjadikan lebih pelik ialah bilik-bilik gerakan ini amat rapat antara satu dengan yang lain.

Bilik Gerakan ini seharusnya dijadikan pusat berkumpul dan berkempen tetapi dari apa yang saya difahamkan Bilik Gerakan ini juga adalah alat 'bodek' untuk menunjukkan kepada pemimpim bahawa ' boss saya buat kerja... ada bajet...'

Pusing punya pusing saya ternampak sebuah bilik gerakan di tepi jalan di Permatang Pasir yang di kerumuni orang. Bukan ceramah tetapi menayangkan vcd Reformasi. Mat Motor pun ikut sama tersadai menonton dengan topi keledar di kepala dan bontot di atas motor.

JAMUAN MAKAN MALAM

Muhyidin Yassin telah mengadakan satu jamuan makan malam di kawasan Seberang Jaya. Ini sudah pasti jamuan Nasi Kandar satu masakan yang cukup “top” di sini.

Dari apa yang saya di fahamkam hanya 50 orang sahaja yang datang ke jamuan ini. Kekurangan tetamu ini mungkin kerana kad jemputan tidak sempat diedar atau tukang masak ini bukan tukang masak yang 'top' di Permatang Pauh.

NAJIB BERLEGAR-LEGAR

Kelmarin di sebelah petang Najib Razak telah berlegar-legar di kawasan kampung. Dia kemudian berhenti satu dua minit untuk bertemu bual dengan sesiapa sahaja yang ada di jalan raya.

Di sebelah malam Najib telah memberi satu ceramah di Permatang Pasir. Para pendengar cukup intim lagi khusyuk sehinggakan Najib tidak memerlukan alat pembesar suara.

SMS YANG DI TERIMA

Banyak jenis teks SMS yang berlegar-legar di Permatang Pauh. SMS telah menjadi senjata untuk berkempen.

Tiga hari dulu saya terima SMS tentang Musa Hassan masuk hospital kerana tekanan jantung. SMS ini terbukti sahih apabila media kelmarin telah melaporkan berita yang sama.

SMS terbaru ialah : Imam yang terima sumpah Saiful bernama Ramlang Porigi. Ahli Umno Cawangan Sri Macang Bukit Mertajam dalam Parlimen Permatang Pauh. Nombor keahlian 03405843.





7 ulasan:

Danielle_Corleone berkata...

haha! yang lagi best bro. Ramlang tu bukan imam dier pembantu hal ehwal Islam je (sumber laman web JAKIM) dan dia jugak pengundi permatang pauh dan macam sms yg lu dapat tu, dier ahli PEKEMBAR. hahaha.

Tanpa Nama berkata...

Di TranungKite Ramlang Porigi ni dah famous daaah..

Berkenaan Musa Hassan pun ada....
Dengan doa dr Pembangkang semoga kesihatannya sembuh....

Tanpa Nama berkata...

alooooooo.. ang isham.

Kere Tiaw berkata...

Waduh, kenapa sih bilik gerakannya
bisa kosong aje

Tanpa Nama berkata...

sesekali singgah blog saya.. ada konsep jolok sarang tebuan

Tanpa Nama berkata...

Sapa yang tak kenai dengan UMNO/BN, mesti upah punya, tapi bayaq setengah dulu, kalau menang dpt ler full, kalau tak melompong ler jawabnya.

aku da melihat najib punya ceramah kat TV, ada meja makan lagi tapi kosong .....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Tanpa Nama berkata...

abg isham,

Ramlang Porigi dulu ngaji kat pondok Kubang Ulu, Penanti.