Berita telah mula muncul tentang perselisihan antara 'klik dan camp' dalam United Malays National Organisation di Permatang Pauh.
Calon BN Ariff Shah Omar yang dikatakan fasih berbahasa Cina itu tidak mendapat sokongan penuh daripada para gedebe Permatang Pauh.
Hasil 'gaduh' ini dapat dilihat jelas hinggakan poster, kain rentang dan Bilik Gerakan Barisan Nasional menjadi malap.
Bekas ketua bahagian Permatang Pauh, Mat Saat telah menjual sebahagian daripada harta tanahnya untuk dijadikan berjuta-juta ringgit modal. Mat Saat bercita-cita untuk kembali berkuasa di Permatang Pauh.
Dalam masa yang sama gerombolan yang pro Dato Jalil tidak mengerakkan tenaga mereka.
Ezam Mat Nor yang juga ingin bertanding untuk melawan 'boss lamanya' terbukti sebagai pemain politik kecilan sahaja di Permatang Pauh, malah tidak pun termasuk dalam team 'reserve'.
PEMANTAU TIMBUL BANTAHAN
Sebuah badan pemantau National Institute for Electoral Integrity -NIEI - yang memiliki jaringan antarabangsa telah memberikan pandangan awal terhadap beberapa perkara yang dianggap tidak seharusnya berlaku di pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Antaranya :
1 - Kehadiran helikopter PDRM dalam setiap ceramah Anwar Ibrahim.
2 - Penyalahgunaan 'outriders' untuk membawa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk berkempen.
3 - Kehadiran FRU dan anggota polis yang yang ramai sebagai satu ancaman.
NIEI telah mendatangkan 16 pemantau ke Permatang Pauh. Dua belas orang dari Malaysia, 4 wakil dari Taiwan, Thailand, Indonesia dan Amerika Syarikat.
Ketika ini NIEI masih lagi menjalankan pemantauan.
BANGUN PAGI
Pagi ini saya lakukan satu perkara yang amat susah untuk dilakukan - saya bangun pagi
Hasilnya, ketika minum pagi saya ternampak pemain bulu tangkis Malaysia yang baru pulang dari Beijing minum di tempat yang sama. Dia diiringi oleh Menteri Belia & Sukan.
Pemain ini telah didatangkan ke Permatang Pauh atas anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Malam kelmarin pemain bulu tangkis yang gagal untuk mendapat pingat emas ini telah diberi jamuan makan malam di Seberang Jaya.
Jika ini sebahagian dari kempen Barisan Nasional maka warga Permatang Pauh wajib bertanya di Parlimen - bajet membawa pemain bulu tangkis ini dari mana datangnya? Kalau berkempen bajet wajib datang dari parti politik.

8 ulasan:
Alamak. lagi mau gaduh ka. hehe.
dah tau minyak mahal pasal apa dok membazir lg round naik heli dgn FRU pi balik pi balik... bkn ada rusuhan pn..ingat kita ni kat selatan thailand ka.. warga permatang pauh bukan samseng.. sblm ni pn aman saja.. dok kempen apa la perabih duit saja kalo org dah x suka memang orang x undi la..kalo duit dah byk sgt bagi la dekat program bersamamu.. ni dah nk dekat posa islam xsuka pembaziran... hutang kempen 2004 pn xsettle lg.. satgi along mai cari baru tau..hahahaha
dengaq cerita ada orang atasan UMNO mau boikot ini mengundi, aiya banyak susah ler ini orang, tapi banyak senang dalam hati kurang undi UMNO....
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Tetapi KJ dah datang so I rasa problem ni dah diselesaikan. Semua orang tau kalau KJ turun padang, kedua dua pihak akan berhenti bertempur dan bekerja sekuat mungkin untuk menunjukkan kebolehan masing masing kepada KJ!
padedoh.wordpress.coom
Tahniah....biar dia orang bergaduh supaya cepat UMNO/BN bungkus. Tidak dinafikan ianya satu cara untuk mereka terjerumus.
Asalamualaikum
the chinese are 100% solidly supporting DSAI to be the next PM of Malaysia.
to my malay and indian friends
come let us together show and prove our solidarity and rally
behind DSAI.
forget about saiful sinful or whatever fool .
Alhamdulilah everything went smoothly during nomination day.
just go all out and vote DSAI for he will not only be our MP but also our next PM for all Malaysian.
long live DSAI and may ALLAH bless you and your family.
Ameen
...Kamu dituduh liwat.. kami tidak percaya. Mengapa?
Hati kami diliputi benci kepada BN yang teramat-sangat. Kami benci dengan penyalah-gunaan kuasa, monopoli, cakap menipu, dasar kronisme yang berlindung disebalik DEB, penindasan, dasar ekonomi berat sebelah rakyat vs korporat dan banyak lagi..
Dan kami harapkan kamu dapat mengubahnya kesemua karut-marut itu..
http://cekka.wordpress.com/2008/08/22/anwar-perlukah-nasihat-pemimpin-amerika/
Salam.
Apa jua keputusan 26 Ogos ini kita berharap rakyat tidak akan berpecah belah.
Atau negara musnah kerana politik.
Sedangkan politik adalah untuk membina negara agar lebih baik dari masa ke semasa.
Pesan Nabi kita :Ingat mati...untuk menghidupkan/bersihkan hati.
Jika hati hidup/bersih pasti tiada ahli politik mahu 'cakap bohong' lagi.
http://beritamalaysiakini.wordpress.com/
Catat Ulasan