Selasa, 5 Januari 2010

KENYATAAN RESMI PAS



KENYATAAN RESMI PAS


PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11
Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.




26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ha. . . inilah kenyataan yang benar, sang tuhan mau yang benar saja.


kan senang begini , kasi tibai sama umno sampai mati.

mosabit berkata...

abis tu kenapa si nasarudin kata lain ha??

lain di hati...lain di perut...lain di mulut ker.....atau ada lain lain agenda?

kah kah kah kah kah kah

Ez Puella Sapiens berkata...

PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Explain me your stand about Ayah Pin?It's their own choice,anyway?So are you trying to say that religions are only Islam,and non-Islam?

Expecting religious fascists response after this,hik hik!

wakmeli berkata...

masalahnya skrg, adakah agama kristian tu termasuk agama samawi? apa yg dikatakan agama samawi? klau ikutkan agama samawi merujuk kpd kitab taurat dan injil tapi skrg isi kandungannya dah berubah seperti yg diberitahu dalam alquran. xde lak nabi isa ajar pasal trinity, confession dan sebagainya. kristian adalah ajaran samawi yg dah disesatkan oleh st paul. sama gak cam imam kahar dan ayah pin yg menyelewengkan agama islam, boleh ke kita katakan imam kahar ngn ayah pin tu samawi gak?

Tanpa Nama berkata...

ALLAH=TUHAN=GOD=BETOL
JESUS[NABI ISA]=ALLAH=GOD=SALAH

Suara Hati berkata...

Di hati bila kita berdoa dan bersolat
Dengan sungguh-sungguh
Tidak kira dalam bentuk agama mana
Suara hati kita sampai
Kepada Tuhan yang Satu dan yang Sama saja

Buat apa bergaduh antara agama yang berbeza-beza?
Corak dan caranya lain, bagai sungai-sungai yang berbeza
Tapi mengalir ke Laut yang sama juga

mh-j berkata...

Thank you for posting this....I have more respect and confidence for PAS for making this stand and very quickly!!!

Tanpa Nama berkata...

Ez Puella.

Tiada paksaan bermakna tiada paksaan ke atas penganut agama lain menganut agama Islam.

Ayah Pin adalah versi Islam sesat sama saja seperti sesatnya puak-puak yang mengaku keluar Islam selepas kewafatan Rasululllah SAW yang ditentang oleh Khalifah Abu Bakar R.A.

-kuda hitam-

Tanpa Nama berkata...

Wakmeli,

Agama Samawi (langit) itu adalah agama Yahudi, Kristian dan Islam yang dibawa oleh rasul pilihan.

Jika Kristian percaya trinity, confession dan sebagainya sesat adakah wajar kita mengaku pula ugama Yahudi itu benar kerana percaya pada satu tuhan, berkhatan dan makan makanan khosher (halal)yang hampir sama dengan Islam?

Ajarannya berasalkan dari Nabi Isa a.s maka sebab itu digolongkan dalam agama Samawi. Campurtangan Paul itu adalah masalah lain.

-kuda hitam-

Tanpa Nama berkata...

Umno sering menggunakan agama mencari publisiti dan sokongan politik mereka sejak zaman sebelum merdeka...tu sebab jadi gerombolan/lanun/agen imprealis Inggeris...

Hanya susuk tubuhnya Islam tetapi jiwa nurani tidak pun mengamalkan cara Islamik...gi haji pun sbb ada duit n cukup syarat rukun islam..tp penghayatan takde...hampeh...lompong..

Tanpa Nama berkata...

Allah itu esa jadi wahai umat islam allah untuk islam bukan untuk kafir kerana segi tauhid pun dia org dah terpesong. mana boleh allah untuk kristian yg menyokong tu mengucap lah balik kerana jika kita menyokong kekufuran maka kita juga akan kufur.jangan kelirukan rakyat untuk politik jaaa kerana nanti dipadang mahsar kita akan terpinga-pinga kenapa aku tak masuk surga sedangkan aku bergelar tuan guru.... allah hanya pada mereka yang beriman dengan nya

Jebat_Musibat berkata...

Woi bro TT. berita terhot tak pos ke? :D

aku nak gelak dulu..
KAH KAH KAH KAHHHH!!!!


curi enjin jet punya kes :

Hanya pegawai pangkat rendah terlibat: Gani

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6327893.asp

Aku yang Tanpa Nama berkata...

I Love Pas , Kristian , Muslim , Budhha , Hinddu , .. yang dok riak sibuk pasal Allah pesal ? sembahyang cukup ka? puasa pernuh ka? semangat je lebih tapi hampeh , itu Melayu Islam Sekarang! . Bagus Pas! dan juga 1Malaysia! biarlah depa nak pakai Allah ke x , yang penting kita kuatkan iman je.

GOLIDEN berkata...

Mana kenyataan resmi PKR...?
Hua..Hua..Hua...ada berani?

Harris berkata...

Bravo PAS!!!Gua sokong kenyataan n pendirian parti PAS skang!Tapi pehal ngan mamat 2 orang tuh?Haron din n nasa..Hmm??

wakmeli berkata...

kuda hitam ,thank for reply.

sebab tu dlm surah al fatihah ada sebut 'tunjukkanlah kami kejalan yg lurus, iaitu jalan yg Engkau bagi nikmat kpd mereka, bukannya jalan yg org2 yg dmurkai dan bukan pula jlan org2 yg tersesat'. Ayat tersebut merujuk kepada yahudi kerana mereka tahu kebenaran tapi menyembunyikannya manakala org2 tersesat tu merujuk kpd nasrani kerana sesat drp kebenaran yg Allah turunkan. sebab tu amalan yahudi xjauh beza dgn islam berbanding penganut kristian. st paul sendiri adalah seorang yahudi yg menyelewengkan ajaran nabi isa...wallahualam..
satu lagi herald tribune perlu rujuk vatican city kat rome tu pasal apa nak guna nama suci Allah dalam buku dorang, adakah org2 disana dah menggunakannya dalam kitab dorang? atau ada tujuan tersirat..

SMT03 berkata...

ni sume mainan politik bro hisham ! aku rasa kputusan mhkamah dh di rancang. bila jadik mcm ni, 1malaysia kna tipu....kah kah kah. bini rosmah wat2 lah ngadap agong! nmpak lah ke"islam" nya .....knon2 dia lah pjuang islam.... pastu menda ni dia akan kata, hah tgk tu! pkatan blom perintah pun, isu agama dh kelam kbut..nasib baik ada gerombolan yang merayu Agong... aku dah bole bc dah skrip politik gerombolan ni!

ha ha ha berkata...

Ez Puella..

Kes Ayah Pin tu kira lain macam kes Waco di US..kita kira AyahPin tu Islam sesat atau menggunakan nama Islam tetapi amalan jauh menyimpang dari islam..macam kes Waco USA, menggunakan ajaran Kristian tetapi menyempang dari Kristian.

Dalam Hal nama Allah ini secara dasarnya saya lebih setuju dengan pendapat TG Nik Aziz dan saya juga setuju, issue ini sengaja di adakan untuk megalih tumpuan kita tentang isu yang lebih panas.

Apapun hasilnya, kita perlu me,perkuatkan lagi ilmu tauhid dalam masyrakat Islam kita terutamanya keluarga kita agar tidak sesat dalam dakwah orang bukan Islam..Sesungguhnya Allah itu maha mengatahui..One good point is, Kengkawan Kristian kita yakin tuhan itu Allah, moga Allah memberi petunjuk kepada mereka untuk mengenalinya kebenaranya..insyaallah

P/S : TT budak kecik curi enjin F5E, pegawai tutup mata..ha ha ha ha ha..

kawan berkata...

Saudara Wakmeli,

Kitab Inji itu adalah dulu kini dan selamanya. Tidak ada yg berubah.

Supaya anda tidak keliru adalah lebih baik merujuk ke www.arabicbible.com

Disitu ada Jalan, Benar dan Hidup. Semoga anda mendapat rahmat cahaya Yang Maha Esa.

Salam.

blogtakterbatas berkata...

Gua benci btol dgn alasan sensitif ni.Sensitif tu apa?Macam mana dia tafsir sensitif?Pak Menteri bila menjawab berkenaan isu2 begini,benda pertama dia cakap isu ini sensitif.Kepala hotak sensitif!Hujah lawan lah dengan hujah.Nampak sangat kurang keyakinan.Dia tak yakin org ramai dapat terima sesuatu isu walhal dia seorang saja yg rasa begitu.Sensitif,sensitif,itu haram,ini haram kepala butoh!Bila rasuah,salahguna wang,Pak menteri senyap pulak.Semua kecut kote.Alahai pak montoghi...

Tanpa Nama berkata...

Korang semua ni memanglah ngok!

Korang sedar tak, wujud pakatan dalaman antara 2 pihak dalam isu ini dengan tujuan bagi melupakan isu yang terdahulu.

Isu ini bagi gua hanyalah umpama seorang anak kecik yang suka tukar tajuk perbualan setelah melakukan banyak kesalahan!

Kalau memang diarang ikhlas tentang isu sebesar ini, cukupkah hanya membawanya ke mahkamah???? Bagaimana jika mahkamah tidak menyebelahi mereka????

Kenapa tidak gunakan mufti??? kenapa cuma serah kat jakim saja??? Jakim boleh keluarkan fatwa ke??? Suruhlah mufti-mufti keluarkan fatwa halal haram supaya orang islam tak gaduh sesama sendiri! Tak cukup mufti 14 negeri, gunalah mufti negara lain. Tanya pendapat mereka. Itu pun tak boleh nak buat ke?? Benda lain boleh buat! Boleh tiru!

Kadang-kadang aku rasa aku pun ikut jadi ngok jugak sejak akhir-akhir ini.

Korang suma macamana? Korang rasa tak kena ngokkan ker?

MAT LENDIR KG LONEK berkata...

Bagi aku, UMNO PAS dan PKR dalam dua persimpangan. Dilema ini boleh saja menggugat politik mana-mana parti.

1. Ditentang - akan kehilangan undi bukan melayu.

2. Disokong - akan hilang undi melayu.

*****Ditelan mati anak, diluah mati bapak!

Bagaimanapun, pihak yang bijak mengeksploitasi isu ini dengan sempurna bakal memenangi hati semua rakyat!!! (Tidak kira sama ada kaedah eksploitasi itu betul atau pun sebaliknya)

Tanpa Nama berkata...

Since UMNO is so keen to get the appeal court to act must as well they request a court order for all other religion not to use SYAITAN after all UMNO likes to be a champion . Syaitan and ALLAH are both mentioned in the Quaran . SO TAKE THAT SYAITAN ALONG WITH THEM.

Tanpa Nama berkata...

depa guna nama tuhan kite...kite marah tapi lupa kah kite.kite slalu temberang tuhan kite.kite slalu perlekeh tuhan kite.kite salu main2 dgn tuhan kite...

- slalu tinggal solat
- slalu tinggal posa
- kerap ke pasar mlm dari ke masjid
- kerap tengok wayang dari ke masjid
- hadir majlis maal hijrah tapi hadir jgk majlis smbut tahun baru
- sronok tengok 'malika' drpd halaqah
- sronok tgk dvd dari baca quran
- kite, anak kite, bini kite sampai mati x brtudung
- sronok bangga tonggang arak
- langgan betina
- berzina/main buntut/langgan jantan/melancap
- hari raya baju mlayu...p pantai sluar pendek
- siang mlm maki org
- siang mlm umpat org
- siang mlm dok pikir mcm mana nak pedajai kawan.mcm mana nak tambah nikmat dunia
- bagi bantuan pada masjid tapi kite makan rasuah
- tiap tahun pergi haji tapi saban tahun jugk kite tipu rakyat...lesapkan duit rakyat
- tipu bini,tipu laki,tipu anak...tipu diri sendri

Tanpa Nama berkata...

//Ayah Pin adalah versi Islam sesat sama saja seperti sesatnya puak-puak yang mengaku keluar Islam selepas kewafatan Rasululllah SAW yang ditentang oleh Khalifah Abu Bakar R.A.

-kuda hitam//

so wat about islam hadhari?islam kelentong para lunggi yg pandai berbuih hadis,tapi berbisik dgn umno dlm gelap?Sudahlah..jgn nak tipu lagi

wakmeli berkata...

kawan berkata...
Saudara Wakmeli,

Kitab Inji itu adalah dulu kini dan selamanya. Tidak ada yg berubah.

Supaya anda tidak keliru adalah lebih baik merujuk ke www.arabicbible.com

Disitu ada Jalan, Benar dan Hidup. Semoga anda mendapat rahmat cahaya Yang Maha Esa.

Salam.

saudara,selepas alquran diturunkan utk umat muhammad saw, kitab2 sblomnya termansuh sudah. dlam alquran sendiri telah dijelaskan tangan2 manusia yg mengubah kalimah2 Allah hanya utk kepentingan duniawi.injil tiada jaminan tidak berubah. kita tdk akan terkeliru sekiranya alquran dan sunnah menjadi panduan sperti yg disuruh oleh Rsullullah saw...bacalah alquran dan maksudnya setiap hari, jgn jadikan 'bible' sebagai panduan dan bahan bacaan..