Selasa, 11 Mei 2010

DOA WARGA SATU MALAYSIA




SAKIT MACAM INI LEBIH BAIK MATI - MENGHABISKAN OXYGEN SAHAJA !





KEADAAN ADUN KERDAU STABIL TETAPI MASIH KRITIKAL
- minsider

Adnan Yaakob berkata keadaan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kerdau, Zaharuddin Abu Kassim yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) petang semalam kini berada keadaan stabil tetapi masih kritikal.

Beliau berkata Zaharuddin, 63, dipindahkan ke IJN selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya setelah menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas).

nota:

diharapkan zaharuddin akan sehat dan kembali
menjalankan tugas.


nota:
kepada para adun dan mp yang sakit, yang mamai
yang keluar masuk hospital, yang ada kencing manis.
yang telah dibedah , yang telah bypass – hendaklah mereka
sedar bahawa sumbangan yang paling tinggi yang dapat mereka
lakukan terhadap kawasan mereka ialah mereka mati atau berhenti.

jika mereka mati maka kawasan mereka akan mengadakan pilihanraya kecil.
bila ada pilihanraya kecil nanti maka semua pengundi di kawasan itu akan
mendapat manafaat. manafaat ini tidak akan tercapai atau dapat
diberi oleh para adun jika mereka terus hidup.

lihat sahaja apabila mp hulu selangor meninggal dunia. lihat bagaimana sekolah china
di rasa mendapat sumbangan 3 juta ringgit. lihat bagaimana semua peneroka felda dapat seribu ringgit – dan baki 49 ribu akan sampai bila ada lagi adun atau mp mati dari kawasann ini. lihat pula peneroka felda di sungai buaya mendapat janji yang masaalah tanah mereka akan diselesaikan.

kalau adun atau mp ini mati maka kawasan ini akan mengadakan kenduri kendara tidak putuss putus. leterik akan sampai. air pipa akan sampai. jalan akan diturap.
anak sekolah akan dapat komputer. semua ini tidak mungkin tercapai jika adun atau
mp ini hidup.

justeru setiap adun dan mp hendaklah sedar bahawa kematian mereka amat-amat
dialu- alukan sebagai sumbangan untuk pembangunan kawasan.

lihat sahaja disibu hari ini. bukan sahaja sibu yang mendapat untung – satu serawak akan ditambah dengan doktor. gaji pegawai kerajaan akan dinaikan. kadang-kadang bila adun atau mp mati – kawasan itu akan dapat universiti atau kolej.

jadi - secara jujur - adalah baik jika adun atau mp mati di setiap kawasan. jika ini berlaku maka pembangunan. jalan raya, hospital, penurapan jalan kan berlaku dengan
serta merta.

nota:
untung untung bila adun atau mp mati
ada chan melihat anak gajah masuk
kampong. tapi jaga jaga anak gajah
ini boleh bawa gempa bumi kah kah kah


8 ulasan:

TEKONG DARAT berkata...

hakhakhakhak...
tang anak gajah yang berderau adrenalin tu

shahrul berkata...

TT, bkn hulu langat la, hulu selangor..small mistake, big different woo haha.

MP tmpt aku ni Tian Chua..harap2 dia sehat2 la yer.

Tanpa Nama berkata...

Tugas rakyat ialah setiap malam berdoa agar wakil rakyat mati. Baru projek masuuuukkk.

noel berkata...

"kini berada keadaan stabil tetapi masih kritikal." ..????

Tanpa Nama berkata...

abg Sham.
lu buat wa ketawa lah.
boringlah cerita pasal umno, bawa cerita lain pulak.

dariana berkata...

Ya Allah...jikalah hidup YB-YB memberi kebaikan kepada rakyatnya, hidupkanlah dan panjangkan usia mereka. Semoga yang beriman terus mendapat pahala.
Namun ya Allah jikalah kematian YB-YB lebih memberi kebaikan kepada rakyatnya, pendekkanlah usia mereka.
Semua itu ada dalam Ilmu, Iradat dan Qudrat-Mu ya Allah.

Lang berkata...

ni yang namanya mati bawa rezki... bila mati rezki, bila idup yang idup tu sambar rezki... ini baru dipanggil wang ehsan

nampaknya mcm bola sudah berada dipihak satu lagi... lepas ni nak passing kat sapa?

Tanpa Nama berkata...

MP tempat aku Nurul Izzah.takkan nk minah cun mcm ni mati??? kah kah kah