Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Sabtu, 25 Jun 2011

SEBARIS BERGERAK MENDOBRAK GEROMBOLAN




LAPAN TUNTUTAN BERSIH




HADI MAHU AHLI , PENYOKONG PAS SERTAI BERSIH 2.0 – harakah daily

Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar menyertai Himpunan Bersih 2.0 yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai ini di ibu negara.

Menurut Presiden PAS itu, perhimpunan yang dianjurkan itu mempunyai matlamat murni dan perlu disokong semua pihak.

“Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Difahamkan PAS mempunyai sekitar sejuta ahli.

Bagaimanapun beliau mengingatkan ahli dan penyokong parti akan tidak menimbulkan kekacauan yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta kerosakan harta benda.

“Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis,” katanya.

Tegas Hadi, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, ia disebabkan provokasi yang dilakukan pihak tertentu dan bukan peserta Himpunan Bersih 2.0.

NOTA
sesudah mati mamat yang bernama yu gi
maka jelas kelihatan suara dan gerak parti pas
kini parti pas bukan sahaja dilihat sebagai induk pakatan
tetapi sebagai parti yang akan menggantikan
united malays national organisation kah kah kah


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seingat saya ketika Bersih 1, PPMSI dan Mansuh ISA, 3 himpunan ini Hadi arahkan benda yang sama dan dia sendiri turun berjalan kaki bersama rakyat dan turut di sembur gas pemedih mata..tak timbul ug tak ug nak kata baru jelas pendirian Pas. Adil la sikit kawan...

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong BERSIH tapi hadi ini manusia kuat temberang....

semua pakat turun atas dasar keadilan.....bukan sebab arahan,,,,,

mat sondol berkata...

Presiden PAS arah semua ahli PAS turun keperhimpunan Bersih pada 9hb Julai ini.Ketua Pemuda PAS pulak masih nak berunding dengan pihak SPR,begitu juga Ketua Penerangan PAS.Apa sudah jadi ni? Kepada Ketua Pemuda dan Kertua Penerangan,dinasihatkan jika tak ada apa nak dicakapkan,lebih baik diam aje.Jangan tunjukkan sangat kebebalan dan kebodohan.

serenity9260 berkata...

go go go!!

Ni best bro!!!
Cool Aje : Pelajar Sekolah Berjaya Mencipta Kereta Jimat Minyak Sehingga 2000 BatuPer Gellen
Pelik Aje : Lelaki Amerika Di Kanada Dipenjara 1 Tahun Kerana Memiliki Komik Jepun
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

Tanpa Nama berkata...

HIDUP..HIDUP,
HIDUP RAKYAT,
HIDUP..HIDUP..
HIDUP PAKATAN RAKYAT..

ImNeO berkata...

Pak Isyam,
Saya sudah jatuh cinta ngan PAS for All.ini hari saya akan join PAS for All. Saya non-muslim, cina pendatang bangga join PAS for All. Negara berkebajikan tu lah killer tag.