Isnin, 26 September 2011
KENAPA TAK SIASAT SAMPAI MATI
MATI KERANA DISIASAT
NOTA:
kalau dalam kes pakatan rakyat
kena siasat sampai mati macam teoh beng hock
kenapa tiga malaon ini tidak
disiasat sampai mati?
TIGA PEGAWAI SPRM DITUDUH SAMUN DITUKAR KE BAHAGIAN PENTABIRAN - meloya
KOTA BAHARU 25 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan tegas menukar tiga pegawainya yang disyaki menyamun pengurup wang rakyat asing pada 15 Sept lepas, ke bahagian pentadbiran jabatan itu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Zakaria Jaffar berkata pertukaran itu bagi memastikan ketiga-tiga pegawai berusia 20 hingga 35 tahun itu tidak terlibat dalam kes penyiasatan sepanjang siasatan polis.
"SPRM memandang serius kes ini dan tidak akan melindungi pegawai-pegawai berkenaan yang didakwa terlibat dalam perbuatan jenayah.
"Justeru tindakan telah diambil untuk menukar pegawai-pegawai berkenaan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berkuatkuasa serta merta dan hanya akan menjalankan tugasan pentadbiran sepanjang siasatan polis,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penyerahan Kompleks Pejabat SPRM Kelantan di sini hari ini.
Tiga pegawai SPRM yang dilaporkan bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sebelum ini ditahan kerana disyaki menyamun seorang pengurup wang rakyat asing kira-kira RM900,000 pada 15 Sept lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Zakaria berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kes itu bagi menentukan sebarang pelanggaran peraturan yang serius dan jika terdapat pelanggaran, SPRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih berat dan setimpal.
Beliau berkata ketiga-tiga pegawai terbabit terdiri daripada pegawai berpangkat Pemangku Penolong Pesuruhjaya (Gred P48), Penolong Kanan Penguasa (Gred P32) dan Penolong Penguasa (Gred P29). – TIEWNAMA
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... INI BETUL BETUL PELIK.... kah kah kah...
kah kah kah...INI KES SAMUN BESAR.... kah kah kah..
kah kah kah...TAPI SEMASA SIASATAN PENYAMU TERTUDIH HANYA TUKAR BAHAGIAN.... kah kah kah..
kah kah kah... DIMANA MANA DALAM DUNIA INI...MALAON 3 MALAON INI AKAN DIGANTUNG SEMENTARA....kah kah kah...
kah kah kah...TAPI DI MALAYSIA..... SEMUA BOLEH.... kah kah kah...
kah kah kah...ENTAH ENTAH MALAOAN 3 ORANG INI SUDAH RASUAH PEGAWAI YANG TERTINGGI...kah kah kah
kah kah kah...TU PASAL TAK GANTUNG KERJA SEMASA POLIS SIASAT...kah kah kah...
kah jkah klah...ATAU POLIS PUN SUDAH MASYUUUUK.... kah kah kah
JANGAN LUPA JUMAAT INI
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
SPRM....Suruhanjaya Pembunuh dan sekarang Suruhanjaya Penyamun.Di 1Malaysia pembunuh dan penyamun pakai uniform dan di bayar gaji.
Yang membunuh dan menyamun bebas tetapi yang disiasat semua terjun bangunan.
Kalau judi ada yang halal dan haram maka sekarang ni pembunuh dan penyamun pun ada yang dah di beri lesen.
Adakah sebab "pendatang Asing" ? sebab itu bunuh pendatang asing seakan tiada value.. mungkin sebab itu kita beri kerakyatan supaya mereka punya hak sama rata?
pencuri/penyamun kalo dalam hukum allah (hudud) setelah didapati bersalah bleh dihukum kene potong tangan..hukum hudud ciptaan allah adalah utk diguna pakai oleh semua manusia..
Catat Ulasan