Rabu, 17 September 2014

SIAPA DIA AZMIN ALI








Chegubard tuduh 

Azmin cuba lobi 

istana untuk

jadi MB 

Ahli PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang digantung keahlian parti terus mengasak Mohamed Azmin Ali apabila menuduh timbalan presiden PKR itu cuba melobi Istana Selangor untuk menjadi menteri besar (BM) Selangor.

Badrul berkata mengetahui cubaan Azmin mengadakan pertemuan dengan beberapa individu untuk mendapat akses ke istana.

"Azmin dan kartelnya secara konsisten memberikan tekanan kepada pimpinan PKR kononnya memilih jalan salah mencipta konfrontasi dengan istana kerana tidak mengemukakan namanya.


"Tidak terhenti di situ, Azmin sendiri bertemu beberapa individu untuk mendapat akses melobi ke istana," katanya dalam satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor hari ini.
Usaha menghubungi Azmin bagi mendapatkan maklum balas terhadap dakwaan tersebut bagaimanapun masih gagal setakat ini.

Tidak cukup dengan tuduhan tersebut, Badrul juga mencabar Azmin supaya mempersembahkan surat kepada istana, tidak akan menerima jawatan MB sekiranya dicalonkan.

"Azmin dicabar mempersembahkan surat ke istana segera, maklumkan beliau tidak akan menerima jika dinamakan sebagai MB dan mempertahankan keputusan parti mencalonkan Dr Wan Azizah ( Dr Wan Azizah Wan Ismail) sebagai calon MB," katanya.

Beliau juga mendakwa pemimpin PKR tersebut sebagai punca kekalutan krisis Pakatan Rakyat di Selangor berlaku ketika ini.

"Di hadapan umum dia bersetuju Dr Wan Azizah sebagai calon MB, malah kononnya menolak pencalonan tetapi umum perlu mengetahui lobinya untuk menjadi MB secara sulit sebagai punca kekalutan PKR, Pakatan dan Selangor ini," katanya.

Tindakan tersebut bagi Badrul tidak menghairankan kerana Azmin sememangnya sudah lama mengintai jawatan penting di negeri terkaya itu.

"Memang sejak awal dia impikan jawatan MB Selangor.

"Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Azmin menjaja cerita kononnya Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjanjikan dia jawatan MB tetapi menipu dan tidak melantik dia," katanya.

Badrul digantung kerana membuat kenyataan kepada media dengan menyatakan proses pemilihan PKR kotor dan tidak telus.

Beliau juga didapati bersalah kerana membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan, "petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali".

Krisis MB Selangor bermula sejak PKR memperkenalkan “Langkah Kajang” yang bertujuan menjadikan Anwar sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid.

Bagaimanapun, Khalid berdegil sehingga menyebabkan kepada pemecatannya.

Pakatan juga berpecah dan berbeza pendapat dalam isu MB Selangor apabila PAS secara terbuka menolak Dr Wan Azizah sebagai calon MB.

Istana Selangor sehingga kini masih belum memuktamadkan untuk melantik siapa yang layak sebagai pengganti Khalid. – 13 September, 2014.

- See more at:

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/chegubard-tuduh-azmin-cuba-lobi-istana-untuk-jadi-mb#sthash.c2gV8hkd.dpuf



rest my case

mi lord


------------

4 ulasan:

Wan Shamsudin berkata...

Saya yakin Azmin lagi teru dari Wan Azizah. Kita sudah tahu perangai Anwar, tapi Azmin, Nauzubillah....Orang GILA NAK JADI MB....Saya tak percaya pada Azmin...Khalid lebih baik 1000 kali dari Azmin....

kijfd berkata...


chegu bard perlu dipecat pkr bukanya digantung,,

dendam kesumat beliau terhadap azmin telah menyebabkan pkr menerima persepsi yang buruk dimata umum,,

sebagai penyokong pkr dan azmin ali,
aku anggap azmin seorang pemimpin yang istimewa dan berhati mulia,,..

tidak ada lagi pemimpin pembangkang yang serba lengkap seperti azmin ali.seorang yang kuat pendirian,berpendidikan tinggi,tak mudah goyah diserang lawan,ikhlas dalam memimpin gerakan perubahan rakyat,

sumbangan azmin terhadap pembangunan pkr dan keluarga anwar begitu banyak,,tak mungkin ada lagi pemimpin pkr lain yang sanggup berkorban seperti azmin ali.

azmin tak pernah mengejar jawatan,walaupun aku sebagai penyokong pkr mahu azmin ambil alih jawatan presiden pkr,tetapi azmin sendiri menolak untuk dicalonkan sebagai presiden,walaupun kedudukan sebenar beliau adalah presiden bukanya timbalan presiden,

Tanpa Nama berkata...

Biar la wakil pas jd mb..blh gak cover2 keterlanjuran prmainan politik tghh n the gang..klau dh trmakan budi ni memang suka main u turn..klau selama ni tski tiap2 minggu bg report tpdgn dswa x leh dpt mcm tu lg la..aku respect bila tghh bg tazkirah tntg agama tp ttng berpolitik lari tune dibuatnya..

Tanpa Nama berkata...

Aku berasal dr sekolah agama. Dr sekolah rendah hinggalah habis master universiti. Tapi aku àmik juga Degree IT supaya tak ketinggalan, ada juga aku tau sikik2 peredaran dunia skrg. Tambah sikik amik MCSE dan CCNA sbg persediaan kot2 susah cari makan bhg agama. Mmg payah pun. Akhirnya aku tersangkut IT sehingga skrg dan agak sukar utk aku kembali jadi ulamak walaupun asasnya aku dididik utk lebih berminat dgn bidang ini.

Pemerhatian aku, 99% org yg belajar agama ni, x boleh ditegur dan suka mengongkong orang bilamana dia saja yg betul. Sbb inilah aku xnak jadi aku saja yg betul dan bagi ruang pendapat kpd org lain.

Lihatlah skrg, PAS masih sibuk dgn tahaluf untuk dikaji semula. Ulamak PAS ni bukan paham politik. Mereka ni cuma nak jajah org supaya ikut cakap mereka saja. Ada yg tak segan silu mengaku dirinya mewarisi nabi dan dia ulamak jalan rasulullah. Phui..sejak 3 tahun lepas, semakin terserlah ketololan ulamak dlm PAS, udahle xleh tegur, dia saja pulak yg betul. Kalo dulu PAS for All. Skrg PAS for Ulamak.

Saya sudah muak dgn orang yg claim dia kuat agama lalu cuba mengongkong orang lain untuk pilih jalan agama. Dalam masa sama, kebebalan dia nak bertolak ansur masalah org lain adalah minimum sekali.

Boleh mengaku partinya survive. Mmg survive, tapi orang meluat sbb ulamaknya bebal dan berasa pandai sangat dah. Bila masyarakat bagi sokongan, dia ingat dia boleh kontrol orang. Keluarlah dari PR, dan pergilah hidup didalam hutan sana bersama orang asli. Takder sapa pun nak kacau. Duduk sama2, kot2 boleh minta tolong, rupanya lebih jelik drpd UMNO.