Sabtu, 26 Mac 2022

INGAT CARA BACA MEDIA

 



Menteri Umno nafi bincang bubar Parlimen

KEHADIRAN beberapa menteri Umno di sebuah hotel di Putrajaya pagi tadi adalah secara spontan untuk bersarapan, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Noh Omar.

“Itu sarapan pagi secara spontan apabila Mesyuarat Kabinet tangguh pukul 10 pagi sebab Perdana Menteri (PM) Ismail Sabri (Yaakob) ada program Hari Polis (Peringatan Hari Polis ke-215 ),” katanya ketika ditanya mengenai pertemuan beberapa menteri Umno di hotel itu pagi tadi.

Noh yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Selangor berkata beliau merasa hairan tindakan mereka bersarapan boleh dijadikan isu, sedangkan tiada apa-apa yang berlaku.

“Hari ini mesyuarat Kabinet bermula lewat, hari ini Jumaat selalu kita bermula pukul 9 pagi sebab kita nak habiskan sebelum 1 tengah hari,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah penerima bantuan zakat di Parit 4, di Tanjung Karang hari ini.

“Tapi hari ni oleh kerana PM menghadiri Hari Polis, mesyuarat mula 10 pagi jadi kami yang sampai awal, kami pergi sarapan pagi  dekat hotel di depan bangunan Jabatan Perdana Menteri sahaja,” katanya lagi sambil menambah tiada mana-mana timbalan menteri yang hadir ketika itu.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa dalam ciapan di Twitter beliau turut memperakui perkara yang sama.

”Pagi ini mesyuarat Kabinet lewat satu jam kerana YAB PM hadiri Hari Polis. Sementara menunggu, kami bersarapan capati di Hotel Pulse Grande Putrajaya, YB Reezal Merican (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Reezal Merican Naina Merican) belanja,” ciapnya. 

Di Kuala Lumpur, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menafikan terdapat perbincangan berkenaan pembubaran Parlimen dalam pertemuan melibatkan jemaah menteri dan timbalan menteri Umno di Putrajaya pagi tadi.

“Kita hanya bersarapan pagi sahaja. Reezal (Merican) belanja sebab kita dah lama tak jumpa. Tiada (perbincangan) pembubaran Parlimen,” katanya dalam sidang media selepas lawatan kerja ke Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). – Bernama, 25 Mac, 2022.

HANYA SARAPAN

HANYA MINUM KOPI

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

JUMPA GENG

KERANA DAH

LAMA TAK JUMPA

KAH KAH KAH

HANG GI MANA

TAK DATANG

PARLIMEN KE?

KAH KAH KAH

JANGAN LUPA

CARI BACA

MEDIA KITA

AMIN

 BILA DINAFI

APA MAKNANYA

KAH KAH  KAH

KHALAS

Tiada ulasan: