Tidak wajar bubar Parlimen sekarang, kata PAS
Anthony, selepas
Deepavali ada lagi
alasan tak buat PRU?
tanya Asyraf
Mahfuz jangka PM bubar Parlimen Jumaat ini
KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) menjangkakan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob membubarkan Dewan Rakyat Jumaat ini iaitu pada tarikh pembentangan Bajet 2023.
Naib Presidennya, Mahfuz Omar mendakwa, Ismail Sabri terpaksa berbuat demikian kerana hendak menjaga hati kepimpinan partinya.
Beliau bagaimanapun melahirkan rasa simpati kepada Perdana Menteri kerana didesak oleh pucuk pimpinan UMNO supaya mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih awal iaitu dalam tahun ini juga.
“Kasihan kat PM, demi nak jaga hati kawan-kawan, Jumaat ini nak kena bubar juga Parlimen.
“Tak apa YAB, bubar pun bubarlah, asalkan ada ketentuan. Duk dindong dindong menyusahkan rakyat saja, selamat membubar,” ciapnya menerusi Twitternya pagi ini.
1 ulasan:
Kalu mael bubar parlimen kompom lah mael lembik bukan saje blur. Pasnie bukan saje politikus pembangkang tak hormat mael umno pas bersatu mca mic gerakan malah mat over dan rosyam pun tak hormat mael.
Catat Ulasan