Khamis, 23 November 2023

HUJAN BERTERUSAN

 



Hujan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga Sabtu 

HUJAN berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang serta seluruh Terengganu hingga Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala Pahang di Kuantan.

Dalam pada itu, METMalaysia turut mengumumkan penamatan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

“Penamatan amaran hujan berterusan tahap wasapada melibatkan beberapa kawasan di Kedah  iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu,” menurut kenyataan itu.

Di Perak pula amaran itu ditamatkan bagi kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Manjung. – Bernama, 23 November, 2023.

HUJAN 

BERTERUSAN

AMIN

IKLIM BERUBAH

KITA MANUSIA

BERTANGGUNG

 JAWAB

MENGUBAH IKLIM

DUNIA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: