Khamis, 23 November 2023

LAGI KES SEKOLAH NAK DI BOM

 


Satu lagi sekolah antarabangsa terima ancaman bom hari ini


BANGI – Sebuah lagi sekolah antarabangsa di Kajang menerima ancaman bom, kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.

Jelas beliau, perkara itu dimaklumkan kepada pihaknya selepas pihak pengurusan sekolah membuka satu e-mel ancaman bom berkenaan pagi ini.

“Satu ancaman bom di sekolah antarabangsa semalam dan pagi ini satu lagi ancaman. Saya rasa pihak sekolah baru buka e-mel pagi ini dan mereka baru sedar.

“Pemeriksaan kita dapati tidak ada apa-apa,” katanya kepada media.

Mohd Zaid turut menjelaskan, satu kertas siasatan telah dibuka ekoran ancaman bom berkenaan di daerah lain di Selangor.

Insiden itu menjadikan dua buah sekolah di daerah ini yang telah menerima e-mel ancaman bom selepas sebuah sekolah diarahkan tutup selepas menerima ancaman.

Dalam pada itu, Mohd Zaid berkata, hasil siasatan di sekolah antarabangsa semalam mendapati tiada apa-apa bahan letupan dikesan.

“Kita dapati tidak ada apa-apa bahan letupan dan tiada benda mencurigakan dan kita serahkan semula sekolah kepada pengurusan sekolah untuk jalankan aktiviti seperti biasa,” katanya lagi.

Semalam sembilan buah sekolah di Lembah Klang dilaporkan menerima laporan palsu berkaitan ancaman bom.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ancaman bom itu membabitkan tujuh sekolah antarabangsa di Selangor, dua lagi sekolah di ibu negara. – 


2 sekolah di Kuching pula terima ancaman bom

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Polis Kuching mengesahkan menerima dua laporan ancaman bom melalui e-mel melibatkan sebuah sekolah antarabangsa dan sekolah menengah kebangsaan di Kuching.

Ketua Polis Daearah Kuching Asisten Komisner (ACP) Asmon Bajah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil langkah mengosongkan sekolah-sekolah berkenaan demi keselamatan, pengunsian pelajar ke lokasi selamat.

APA SEDANG

TERJADI ?

AMIN

APAKAH KES

PAU ?

AMIN

DI IRAN DI KABUL

ANAK PEREMPUAN

SEKOLAH DIRACUN

DI LARANG  DARI

 BELAJAR

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: