Batalkan penganjuran Miss World Noble Queen – Pas
KUALA LUMPUR – Dewan Ulama Pas menggesa kerajaan membatalkan penganjuran program ratu cantik Miss World Noble Queen International 2023 yang dijadualkan berlangsung di sini pada Disember ini.
Ketuanya, Ahmad Yahaya berkata, penganjuran program yang turut melibatkan Tourism Malaysia itu tidak sepatutnya dibenarkan langsung untuk dilaksanakan di dalam negara ini.
Menurut beliau, Dewan Ulama Pas berpandangan, program sedemikian bukan sahaja memberikan imej buruk kepada negara, malah sangat tidak bertepatan dalam suasana kesengsaraan yang menimpa rakyat Palestin.
“Dewan Ulama Pas sependapat dengan beberapa mufti yang memberikan pandangan bahawa sebarang program hiburan yang melalaikan termasuklah konsert Coldplay tidak patut dibenarkan dalam negara.
“Apakah kita masih lagi tidak mahu mengambil pengajaran terhadap bala bencana yang pernah menimpa negara sebagai suatu teguran daripada Allah SWT?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahmad memberitahu, selain membatalkan program tersebut, kerajaan juga perlu mengeluarkan pekeliling untuk memastikan tiada lagi program sedemikian boleh dibenarkan untuk dilangsungkan di dalam negara. –
Tiada ulasan:
Catat Ulasan