Ahad, 8 November 2026
CERAH KE PUTRAJAYA
PERPADUAN
UMMAH MAKIN
KUKUH
AMIN
SEMAKIN CERAH
KE PUTRAJAYA
KHALAS
MELAKA: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mahu penyokong BN di DUN Bukit Katil menterjemahkan persefahaman kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) dengan menyokong calon PAS di situ.
Beliau berkata sokongan silang antara dua gabungan itu adalah sebahagian daripada persefahaman pilihan raya yang perlu dipatuhi, khususnya di kawasan yang tidak ditandingi calon BN.
"Sampaikan kepada rakan-rakan kita, sebagai contoh di Bukit Katil kerana di situ ada calon PAS dan kita tidak meletakkan calon BN.
"Di sana, pengundi UMNO dan BN wajib memberikan sokongan kepada PN-PAS," katanya ketika berkempen di Duyong.
TAKDA KONA. BARING
TERANG JELAS
TAKDA
KONA BARING
KAH KAH KAH
AMIN
AGC bertanggungjawab mentafsir undang-undang; pelaksanaan tahanan rumah Najib tak perlu dibawa semula ke mahkamah - Zahid
ISTANBUL: Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mahu pelaksanaan tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak dilakukan segera tanpa sebarang kelewatan.
Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) bertanggungjawab mentafsir undang-undang dan peruntukan Perlembagaan, justeru perkara itu tidak perlu dibawa semula ke mahkamah.
"Tidak perlu mendapatkan penjelasan daripada mahkamah kerana pelaksanaannya berdasarkan keputusan yang sudah dimuktamadkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
"Pada pandangan saya, keputusan Lembaga Pengampunan perlu dipatuhi sepenuhnya kerana Peguam Negara (AG) sudah mengeluarkan kenyataan bahawa sebaik saja denda RM50 juta dibayar, arahan dan keputusan lembaga itu akan berkuat kuasa secara automatik," katanya pada sidang media selepas menamatkan lawatan kerja ke Türkiye, hari ini.
DARI MANA DATANGNYA 50 JUTA RINGGIT
MANA COKAU
DUIT 50 JUTA
KHALAS
Unknown commented on
"KEMBOJA PUSAT SCAM"
Penguatkuasaan sini makan percuma? Asyik salah orang? Sekarang pakai AI cari siapa scammer siapa bantu siapa khianat siapa bagi data siapa bocor maklumat mangsa ini bijak pandai PhD hampeh kah kah kah kah
Unknown commented on
"CEK 50 JUTA !!!"
Sikit sikit jadi bukit, boleh bagi tahu kak ros bagi derma berapa? Duit tabungan masih ada tak? Lu orang sudah biasa hidup percuma, duit sendiri tak mahu keluar tetapi duit orang lain sapu minta derma pau rasuah kah kah kah kah mampoih
Unknown commented on
"AGONG JAWAB APA?"
Lu orang punya hal tak boleh selesai? Asyik pusing-pusing cakap, dulu ingat keling saja cakap pusingan bulat sekarang perangai siapa lagi berpusing, mahu lepas, kasi lepas, tak mahu lepas simpan dalam, hari-hari kacau lah lu orang, tak ada kerja lain kah?
Lu orang manyak susah orang mahu kerja orang mahu cari makan pun susah, lu orang curi lu orang rompak lu orang songlap lu orang rasuah setiap hari setiap masa kemudian kacau lagi orang-orang biasa manyak susah lol kah kah kah kah
Jho low commented on
"CEK 50 JUTA !!!"
50 juta tu aku bagi
Unknown commented on
"AGONG JAWAB APA?"
pregogatif saya , saya punya titah , x ikut perintah, membujur lalu melintang patah kah kah kah cari pasai berjawab 😭😂😪
Unknown commented on
"PAGI INI"
dua 3 sekilo sekati , nak d bawa ke seberang, dah lama punya dok nanti, ha sekarang saya ulangg oops bang pulang !!! kah kah kah tu pun Ada yang nak halang??
Unknown commented on
"SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI"
melayu ada sambutkah, matcha?
ANAK MUDA MEMBAKAR EROPAH
ANAK MUDA
MEMBAKAR EROPAH
Sebelum tahun 2026 berakhir , kita menyaksikan dan membaca kemarahan anak muda , anak sekolah dan kaum pelajar di Eropah. Kemarahan ini dimanifestasikan dengan demonstrasi jalan raya. Tunjuk perasaan ini semakin membara dan merebak.
Dua bulan terakhir 2026 kita melihat tunjuk perasaan di Peranchis, di Albania, di Belgium, di Serbia, di German, di Portugal dan di Sepanyol.
Media dan para sosiologis memberi definisi majoriti yang turun ke jalan sebagai Generasi Z atau Gen Z. Mereka lahir antara 1997 dan 2012. Mereka ini adalah warga asli digital. Mereka dilahirkan di zaman Internet telah lama wujud. Mereka bergelumang dalam media sosial.
Paling memeranjat Gen Z ini juga telah keluar berdemo memecah kedai dan membakar kereta di kota Zurich dan kota Basel Switzerland. Kota ini dan Switzerland adalah negara terkaya di Eropah. Ini memeranjatkan dunia.
Di Zurich kain rentang bertulis : Kami Dah Cukup.
We Had Enough - kami dah cukup – kami dah muak – kami dah bosan - adalah manifestasi kemarahan anak muda Eropah. Kain rentang di Zurich ini adalah laungan kata-kata yang di tujukan kepada para politikus , elit politik dan elit ekonomi.
Di Peranchis tunjuk perasaan bermula dari sekolah menengah kawasan miskin di pinggir kota Paris.
Murid di sekolah ini merasa tidak puas hati kerana kekurangan guru. Murid makin ramai. Kelas makin sempit. Musim sejuk tanpa alat pemanas. Musim panas tanpa alat pendingin. Sekolah makin daif. Bangunan sekolah wajib di baiki.
Murid sekolah memboikot kelas dan menuntut pihak berwajib memperbaiki dan menerima tuntutan mereka.
Satu tuntutan yang rasional dan masuk akal. Malah sentimen ini juga di lafazkan oleh Gen Z di Belgium, di German dan di Switzerland.
Jawapan dari pihak kuasa memeranjatkan. Anak sekolah di serang dengan gas pemedih mata. Di tembak dengan meriam air. Di tangkap dan di belasah.
Boikot kelas dan tunjuk perasaan aman menjadi ganas. Sebuah bangunan Pejabat Majlis Daerah berumur 143 tahun di Limoges Barat Peranchis telah di bakar.
Di belakang kemarahan dan demonstrasi ini ada sebab musabab yang lebih besar. Inilah penyebab yang melahirkan manifestasi yang sedang memangkin politik jalan raya Gen Z.
Apa yang jelas kemarahan Gen Z di Eropah ini ditujukan kepada pemimpin politik. Bantahan ini semuanya di tujuan kepada kerajaan yang berkuasa.
Justeru kita menyaksikan emak bapak dan guru turun berdemo. Persatuan Guru ikut berdemo. Kemudian kaum pekerja dan kesatuan sekerja ikut sama. Parti pembangkang datang mempertahankan para penunjuk perasaan.
Bila ombak semakan membesar dan semakin mengampuh maka jelas ini bukan lagi isu bilik darjah atau isu kekurangan guru.
Gen Z ini telah membuka pintu untuk menilai kembali garis arah negara. Persoalan ini bukan lagi hanya untuk Peranchis malah untuk masa depan Eropah. Dan masa depan dunia.
Ekonomi lah.. Bangang !
Dari kaca mata kaum Marxist semua yang berlaku sekarang ini adalah hasil dari sistem ekonomi kapitalis yang di guna pakai sekarang.
Satu ketika dulu parti Komunis yang terbesar di Eropah di luar Soviet Union adalah di Peranchis. Di Itali Parti Komunis begitu kuat sekali hingga terjalin kerjasama dengan Parti Kristian Demokrat untuk menjadi kerajaan.
Di era kaum kiri dan kaum pekerja berpengaruh kuat dalam dan di luar kerajaan kelihatan dasar ekonomi di lakar untuk membantu kaum buruh dan kelas bawah.
Maknanya dasar kerajaan tidak menyebelahi kaum pemodal. Rakyat di dahulukan kaum kapitalis ikut kemudian.
Pembelajaran percuma untuk semua warga. Hospital kerajaan dibangunkan. Perumahan sosial di dirikan. Flet milik Majlis Bandaran muncul di sana sini. Sistem pengangkutan di miliki oleh daulah. Penjana kuasa leterik dan gas milik kerajaan.
Jelas Eropah menjadi contoh negara dan kerajaan yang berperikemanusiaan. Keselamatan sosial warga terjamin dari lahir hingga ke liang lahad.
Dari mana datangnya dana untuk bajet negara?
Dana datang dari cukai syarikat korporat dan syarikat kapitalis di gunakan untuk kesejahteraan rakyat. Justeru di tahun-tahun 70-90an Perancis dan Eropah aman damai.
Muncul Presiden Ronald Regan di Amerika. Muncul Perdana Menteri Margaret Thatcher di UK. Dasar ekonomi di ubah. Dasar penswastaan menjadi induk ekonomi dalam negara. Luar negara muncul konsep ‘ globalisasi’.
Margaret Thatcher pernah mengeluarkan kenyataan terkenal—" there is no such thing as society - tidak ada perkara yang dipanggil masyarakat". Kata-kata pro kapitalis ini di utarakan dalam satu temu bual dengan majalah *Woman’s Own* pada bulan Oktober 1987.
Penswastaan maknanya semua harta negara dijualkan kepada kaum kapitalis. Kereta api di jual, Pejabat Pos di jual, syarikat air di jual, syarikat leterik di jual , flet milik Majlis Tempatan di jual – apa sahaja harta milik negara yang menguntungkan di swastakan.
Betul – bursa saham berkenduri melonjak naik. Yang kaya bertambah kaya. Sama seperti yang berlaku di Malaysia – di UK pink form menjadi rebutan dan perbualan nasional.
Dasar Penswastaan ini merebak ke seluruh Eropah. Peranchis, Belgium, Belanda, Itali, Portugal , Sepanyol mula menerima pakai dasar ekonomi ini.
Parti politik garis kiri makin lemah. Parti Komunis dan Sosialis tercabut dari tampuk kuasa. Garis kanan mendominasi politik Eropah.
Apabila Soviet Union runtuh 1989 – Rusia di bawah Presiden Yelstin (1991-1999) juga terikut sama menjualkan harta negara sehingga Presiden Putin mengambil alih tahun 2000.
Cukai korporat di kurangkan. Cukai untuk orang kaya di kurang dan ada yang di mansuhkan semua sekali. Dana untuk perbelanjaan sosial untuk yang tak bekerja, bajet sekolah, hospital dan perumahan awam mula di kurangkan.
Kini pasaran disantuni - rakyat ramai di tolak tepi.
Hasil dari dasar ekonomi liberal inilah yang menjemput anak muda Gen Z turun ke jalan raya. Mereka merasa tidak ada masa depan untuk mereka.
Siapa berduit tidak perlu menjerit. Siapa yang miskin tidur di pangkin.
Tidak cukup dengan dasar neo-liberal - ekonomi bebas lahir pula dasar klasik Eropah : Dari Zaman Napoleon lagi telah di wujudkan dasar kebencian terhadap Rusia.
Rusia wajib di pecahkan. Tanah besar Rusia dari Asia hingga ke Eropah terlalu luas – ini mengancam Eropah.
Hasil dari dasar anti Rusia ini telah menjemput Perang Ukraine. Kini telah memasuki tahun ke empat dan belum di lihat jalan penyelesaian.
Secara bangang lagi bodoh German – penjana ekonomi utama Eropah memberhentikan membeli minyak dan gas murah dari Rusia. Kini ekonomi German makin meleset.
Bayangkan kilang kereta Volkswagen yang terkenal itu telah ditutup. Kini menjadi kilang membuat senjata.
Ekonomi German merundum. Ini membawa pengaruh ke atas ekonomi negara Eropah yang lain.
Perang Ukraine ini telah memaksa semua negara Eropah menaikkan belanja pertahanan. Semua anggota NATO hari ini telah diarah untuk menambah dana persenjataan dari 3% ke 5% dari bajet negara. Maka dana untuk sekolah, untuk hospital – untuk kebajikan awam – di potong.
Perang Ukraine belum tamat. Satu lagi medan perang dibuka. Bila Iran di serang hasilnya Selat Hormuz ditutup. Harga minyak dan gas meledak naik. Dampaknya di rasakan di Eropah dan di seluruh dunia.
Justeru tidak menjadi hairan apabila ada bendera Palestin berkibar dalam demo Gen Z ini. Ini tanda sentimen anti genosid dan anti Zionis sedang mengampuh dalam fikrah anak muda Eropah hari ini.
Semua ikat berikat – kait berkait. Genosid di Gaza, Perang di Ukraine dan di Iran - semua memangkin perasaan anak muda di Eropah.
Gen Z melihat elit politik dan elit ekonomi ini sebagai musuh yang wajib di humbankan. Mereka merasa masa depan mereka tidak boleh diurus dengan baik oleh pemimpin politik hari ini.
Di Peranchis kita sedang melihat anak muda bertempur dengan polis di jalan raya. Dalam masa yang sama dua garis politik juga sedang bertempur.
Pertempuran garis politik ini sedang menganjurkan dasar ekonomi.
Parti kiri : Parti Komunis dan Parti Sosialis mengajukan rombakan ekonomi kapitalis dan menerima pakai sistem ekonomi sosialis.
Manakala garis kanan Parti National Rally menganjurkan penerusan ekonomi kapitalis. Malah membebaskan lagi pasaran dari kuasa daulah.
Ketika ini Parti Renaissance – garis tengah dipimpin oleh Presiden Macron sedang berkuasa.
Semua ini akan di tentukan pada 18 April 2027 bila Peranchis akan mengadakan pemilihan Presiden. Keputusan siapa menang bergantung dengan apa seterusnya akan berlaku di jalan raya.
Apakah Perang Ukraine akan tamat. Apakah Selat Hormuz akan di buka. Atau kemungkinan satu pentas perang baru akan terbuka. Lima bulan satu jangka masa yang panjang dalam politik. Amin. (TT)
TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIA KINI. COM
SAPA HUMBAN PEGUAM NEGARA KE BAWAH BAS
ADA SOALAN
LEBIH PENTING
AMIN
SAPA HUMBAN
PEGUAM NEGARA
KE BAWAH BAS?
KAH KAH KAH
AMIN
KEMBOJA PUSAT SCAM
KEMBOJA SIAM
MYANMAR
JADI PUSAT SCAM
AMIN
ADA 23,760
WARGA ASING
DI PERANGKAP
AMIN
ADA BERAPA
WARGA DARI
MALAYSIA?
KHALAS
Kemboja banteras 972 operasi penipuan dalam talian, hantar pulang 23,760 warga asing
PHNOM PENH: Pihak berkuasa Kemboja mengambil tindakan tegas terhadap 972 operasi penipuan dalam talian dan menghantar pulang 23,760 warga asing antara Julai 2025 hingga Oktober 2026, lapor Xinhua.
Menurut Suruhanjaya Membanteras Penipuan Dalam Talian (CCOS) dalam satu kenyataan, semalam, pihak berkuasa membatalkan 18 lesen kasino dan menggantung 10 lagi sepanjang operasi penguatkuasaan itu.
Seramai 5,032 suspek telah didakwa dan direman sementara menunggu perbicaraan.
Agensi penguatkuasaan undang-undang turut membekukan lebih AS$300 juta dalam akaun bank, selain aset alih dan tidak alih bernilai ratusan juta dolar.
Aset berkenaan kini tertakluk kepada prosiding pelucuthakan mengikut undang-undang.
Angka itu didedahkan oleh Menteri Kanan yang juga pegawai CCOS, Chhay Sinarith, dalam satu taklimat pada Jumaat lalu.
Sinarith menegaskan Kemboja sedang menjalankan siasatan mendalam dan bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa bagi membanteras sindiket jenayah rentas sempadan hingga ke akar umbi.
PAGI INI
PAGI INI
HARI INI
AHAD 8 NOVEMBER 2026
PEGUAM NEGARA MASUK BAWAH BAS
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
PEGUAM NEGARA KENA HUMBAN KE BAWAH BAS
Kah kah kah
Sapa punya kerja?
Kah kah kah
APAKAH PEGUAM NEGARA BUAT SESUATU YANG SANGUT DENGAN NAJIB MADAFAKA TAK TAHU?
Kah kah kah
PERANGAI ANWAR BIN IBRAHIM
Cakap pada Ezam lain.
Cakap pada Azmin lain
Cakap pada Tian lain
Cakap pada Saifuddin lain
PERKARA YANG SAMA
Kah kah kah
CAKAP PADA AGONG LAIN
CAKAP PADA PEGUAM NEGARA LAIN
CAKAP PADA TONI LOKE LAIN
CAKAP PADA KELUARGA NAJIB LAIN
Kah kah kah
NOTA: CAKAP PADA RAKYAT
INGAT TAK ANWAR BIN IBRAHIM -....sokong kes tahanan rumah KERANA NAJIB JUGA BERJASA PADA NEGARA – kah kah kah
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar basah kemarin malam hujan lebat – Matahari dah keluar – pipi terasa nikmat. KL & KL Sentral berkabus nipis– tapi langit biru.
WOW – Pagi Deepavali ini HOW WOW kembali ke Hokkien – suara kuat pagi ini. Dari pokok tinggi yang sama. Berapa lama akan singgah ?
WOW – sepanjang hutan belukar tepi pagar Cengkera bersimponi – gumbira bumi basah.
WOW – sana sini Terkukur bersuara.
WOW – dari jauh Keng Keng non stop menjerit . Ini pagi yang indah.
Pagi ini ramai datang makan – Emak Puppy dan Siti ada – Jantan Putih baik pun muncul – mulut luka pasti bergaduh.
Di Wakaf Pertama - gua tabur friskies, Tiong tak muncul – kemarin di Chow Kit gua dah beli jagung -sayang pagi ini unggas tak berlabuh.
Berjalan pulang Siti mengekor - dapat hati rebus - makan atas tangan. Tak Tak di rumah gua bawa Minah berjalan di gelanggang Tenis - ha ha - terus menggit akar kayu - Puppy suka menggigit !
Hari ini akan panas – jika petang hujan malam sejuk santai, Amin.
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI AHAD
BRO
Api terang dari utara
Masuk ke kamar bersesak-sesak
Alangkah geli satu negara
Melihat Bik Mama bergincu berbedak
Di tepi sungai ada kelapa
Rama-rama lintas sempadan
Rakyat ketawa pasti tak lupa
Melihat Bik Mama pasang badan
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SEMALAT MENYAMBUT DEEPAVALI
Langgan:
Catatan (Atom)





















