Jumaat, 21 Ogos 2026

PAGI INI


PAGI INI





PAGI INI

JUMAAT 21  OGOS 2026

TERAM MAKIN SASAU


TERAM DAN KOREA UTARA
Mat Teram klim dia kawan baik dengan Kim Jung  Un. Teram UMUM DIA akan lawat Korea Utara tak LAMA lagi.

Kemarin keluar berita resmi Korea Utara MENAFIKAN ada rancangan  PERTEMUAN TERAM DENGAN KIM – kah kah kah.

TERMA ANCAM SEKATAN EKONOMI
Mana negara yang membantu Iran -  yang berniaga dengan Iran akan di kenakan sekatan ekonomi – kah kah kah.

INI DASAR BARU TERAM – kerana dah tak sanggup lagi nak masuk menyerang Iran – kah kah kah.

KITA WAJIB SOKONG TERAM – kalau ada dua atau tiga orang lagi Presiden Amerika seperti Teram – maka IMPERIALIS AMERIKA dan NATO akan bungkus.

HURU HARA YANG DI LAKUKAN OLEH TERAM INI AMAT BAIK SEKALI – malah jika perang dunia pecah maka kita ada peluang untuk menyusun kembali dunia kita. Amin.

MAT BURUT MAKIN SASAU
Mat Burut sedang  dapat tekanan untuk buat reform. UMNO beri tekanan agar  janji MANIFESTO di kotakan.

1 – Kerusi PM hanya untuk 2 penggal.
2 – PM tidak boleh jadi Menteri Kewangan
3- Ketua Polis. Ketua Hakim dan Ketua SPRM di lantik melalui Parlimen
4 – Dana YB di beri untuk semua parti politik.
5 – Pisahkan kuasa Hakim Negara dari Pendakwa Negara.

Semua ini adalah janji Manifesto Pakatan Harapan. 

PARTI KELUARGA RAMANAN
Menerima satu lagi ahli lama yang ada kes RASUAH dan SALAH GUNA KUASA.

Ini membuktikan  MAT BURUT – dalam keadaan tertekan kerana HARI HARI AKHIR TELAH KELIHATAN.

ZAHID HAMIDI  WAJIB PANTAS
Lepas PRN Melaka jika Zahid Hamidi tidak melakukan sesuatu untuk BUBAR PARLIMEN – maka leher dia akan terjerut.

PROJEK JALA  sedang berjalan. Amin

HOKKIEN
Pagi ini kering BERJEREBU. Jerebu datang kembali. Langit kelam. Matahari di bungkus awan dan jerebu. KL & KL Sentral berjerebu.

Dari Lorong Masuk gua nampak ramai berlari. Ha ha pagi ini  yang jadi KETUA ialah Ibu Tetek Lanjut. Semua datang makan.

Gua berjalan ke Wakaf Tiga – hampir terperanjat kerana Suara Gagak gua dengar  cukup dekat – kemudian satu kumpulan Purling melintas.

Di Wakaf Pertama hanya Jantan Baik menunggu. Berjalan pulang ramai muncul untuk dapat friskies.  Saekor TERKUKUR mencari  remah-remah nasi.  Tiong dan Siti tidak kelihatan.

Puppy Itam kini dah jadi Muda Itam.   Semua gumbira  pagi ini.

Hari ini akan panas – gua harap hujan sampai pukul sekali lagi jerebu yang menyerang. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI JUMAAT

BRO
Air yang ada di sekeliling kita menupang hidup umat manusia. Tanpa air kita semua mati.

BRO
Tidak ada yang lebih lembut dan fleksibel dari air.

BRO
Bila perigi lu kering baru lu sedar betapa pentingnya air. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN KAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT

Tiada ulasan: