Jumaat, 21 Ogos 2026

PETAI DAN JERING DARI KOTA LONDON


PETAI JERING

BOLEH 

DITANAM DALAM

HYDE PARK 

LONDON

AMIN

DURIAN MANGGIS

TEPI SUNGAI SEINE

PARIS

AMIN

MASIH ADA YG

TAK CAYA IKLIM

DUNIA MAKIN 

PANAS?

 KHALAS




Gelombang panas Eropah 'bakar' 80 juta penduduk dengan suhu 40 darjah Celsius


PARIS: Suhu melampau melebihi 40 darjah Celsius melanda kawasan yang didiami 80 juta penduduk di Eropah antara pertengahan Jun hingga pertengahan Ogos lalu.

Menurut analisis data rasmi oleh agensi berita AFP, gelombang panas yang meragut nyawa dan memecah rekod itu menjejaskan pelbagai kawasan yang biasanya tidak pernah mengalami cuaca sepanas itu.

Fenomena yang dipacu oleh perubahan iklim itu turut mencetuskan kemarau teruk dan kebakaran hutan di beberapa negara Eropah.

Fenomena cuaca itu turut merosakkan hasil tanaman serta menyumbang kepada lebih 25,000 kematian berlebihan berbanding keadaan biasa.

Berdasarkan data daripada Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah (EU), Eropah Barat mencatatkan permulaan musim panas paling panas dalam sejarah pada 2026 dan tempoh Jun hingga Julai, mencapai paras tertinggi yang pernah direkodkan.

Sejak pertengahan Jun, seramai 30 juta penduduk di Perancis, 23 juta di Sepanyol serta masing-masing lapan juta di Jerman dan Itali berdepan suhu melebihi 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya sekali.

Suhu setinggi itu disifatkan begitu luar biasa di kawasan yang terjejas, memandangkan banyak bangunan termasuk hospital, sekolah dan rumah penjagaan tidak dilengkapi dengan kemudahan penyaman udara yang sesuai.

AFP membuat dapatan itu berdasarkan suhu maksimum harian daripada Balai Cerap Kemarau Eropah serta data penduduk daripada Pusat Penyelidikan Bersama EU.

Secara keseluruhannya, suhu melonjak melebihi 35 darjah Celsius di rantau yang merangkumi 80 peratus penduduk Eropah iaitu membabitkan kira-kira 490 juta orang.

Selain cuaca panas yang melampau, fenomena itu juga berlarutan dalam tempoh yang panjang.

Di Perancis, lebih 20 juta penduduk berdepan suhu melebihi 35 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 21 hari iaitu lima kali ganda lebih tinggi berbanding musim panas pada 2022.

Suhu melebihi 35 darjah Celsius turut melanda negara-negara yang biasanya terselamat daripada cuaca panas terik, seperti United Kingdom (UK), Belgium, Belanda dan Poland.

Menurut saintis Perancis, walaupun kawasan pergunungan terselamat daripada suhu terlampau panas, keadaan cuaca yang luar biasa itu dilaporkan menyebabkan tanah runtuh dan runtuhan batu yang memecah rekod di pergunungan Alps.

Menurut Ludovic Ravanel daripada Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis (CNRS), suhu yang tinggi mencairkan ais tersembunyi di celah-celah retakan batuan.

Ais berkenaan sebelum ini berfungsi sebagai pengikat yang memegang struktur batuan berkenaan.

Data rasmi baharu dari Jerman menunjukkan rekod 14,000 kematian berkaitan cuaca panas dicatatkan pada musim panas ini.

Peningkatan itu sekali gus memburukkan lagi angka korban di Eropah, selepas Sepanyol mencatatkan 4,500 kematian manakala Perancis merekodkan 7,300 kematian.

Pihak berkuasa memaklumkan jumlah berkenaan masih belum muktamad dan berkemungkinan terus meningkat. - AFP

Tiada ulasan: