Jumaat, 21 Ogos 2026

JANGAN DIRIKAN RUMAH IBADAT ATAS TANAH ORANG LAIN


ORANG  MELAYU

ORANG INDIA

ORANG CHINA

MINTA TOLONG

JANGAN DIRIKAN

RUMAH IBADAT

JIKA TANAH

BUKAN MILIK

AMIN

NANTI GADUH

TAK HABIS HABIS 

AMIN 

JIKA NIAT NAK 

CARI GADUH

 BERSIAP !!!

KHALAS


Isu roboh kuil haram dibuat berlandaskan undang-undang, tiada sentimen politik - Mufti Perlis

KANGAR: Isu perobohan Kuil Veeramakaliamman di Bukit Lagi di sini, semalam, perlu dilihat dari sudut pematuhan undang-undang dan bukan untuk membangkitkan sentimen politik atau perkauman.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata apa yang berlaku dalam proses perobohan berkenaan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana agenda kepartian.

Katanya, ia tindakan berkaitan penguatkuasaan yang berlandaskan undang-undang sah.

"Apa yang berlaku di Perlis bagi saya tiada kaitan parti politik dan saya bukan pendukung mana-mana parti politik. Apa yang berlaku ialah pelaksanaan peraturan dan kedaulatan undang-undang.

"Kita berada di negara yang ada undang-undang, bukan di hutan rimba yang tanah tiada pemilik. YB (Yang Berhormat)! Jangan bakar sentimen perkauman atau ketegangan agama. Buruk akibatnya nanti bagi negara ini," katanya dalam hantaran di media sosialnya hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mengeluarkan kenyataan media mengutuk tindakan penguatkuasaan merobohkan kuil berkenaan.

Menerusi kenyataan itu, Rayer mendakwa kerajaan negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebagai angkuh dan rasis, selain mendakwa insiden sedemikian tidak berlaku di bawah negeri pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Mohd Asri berkata, Rayer sepatutnya mendidik masyarakat mematuhi peraturan dan bukannya membela perbuatan menceroboh tanah semata-mata untuk membina bangunan haram.

"Rumah persendirian pun tidak boleh kita bina dengan menceroboh tanah orang lain atau tanah awam, apatah lagi membina rumah ibadat agama. Adakah dalam dunia ini agama yang mengajar 'kebas' (rampas) tanah orang untuk buat rumah ibadat? Jika tiada, jangan buat!

"Jangan sampai keharmonian dan penghormatan hak diberikan, menjadikan peluang pihak lain melanggar peraturan, memijak tengkuk pihak yang jujur dan memperlekehkan undang-undang," katanya.

Mohd Asri berkata, keharmonian di Malaysia terbukti apabila banyak kuil dibina secara sah terus wujud secara aman tanpa diganggu majoriti rakyat negara ini, namun kelonggaran dan toleransi tidak bermaksud mana-mana pihak boleh merampas tanah sesuka hati.


Tiada ulasan: