Khamis, 15 Oktober 2026

KEMANA HAIWAN LARI BILA HUTAN DI BAKAR?


MONYET KERA

CIKAH UNGGAS

LIPAN SEMUT

ULAR DAN SEMUA

KE MANA MEREAK

LARI BILA HUTAN

DI BAKAR?

AMIN


Indonesia guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu


JAKARTA: Indonesia cuba guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu tebal akibat kebakaran hutan di republik itu, sehingga memaksa sekolah ditutup di beberapa negara Asia Tenggara.

Menerusi 'formula' baharu itu, pesawat akan digunakan untuk menyebarkan butiran ais kering di ruang udara wilayah Sumatera Selatan, diharapkan mampu mengurangkan penyebaran asap berbahaya yang menyelubungi rantau itu sejak beberapa minggu lalu.

Timbalan Modifikasi Cuaca di Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik (BMKG) Indoensia, Tri Handoko Seto, berkata ujian pertama dijangka dijalankan hari ini.

Lapor agensi berita ANTARA, Gabenor Sumatera Selatan, Herman Deru, berkata antara kawasan ditetapkan untuk melaksanakan ujian itu adalah Palembang dan sebuah lagi daerah berhampiran.

Orang utan lapar ditemui dalam kebakaran hutan di Kalimantan


JAKARTA: Seekor orang utan betina yang dipercayai kelaparan dipindahkan dari kawasan hutan yang musnah akibat kebakaran di Kalimantan, Indonesia semalam.

Ia antara ratusan haiwan yang terjejas akibat kebakaran di negara itu sehingga mencetuskan jerebu teruk sejak beberapa minggu lalu.

Ketua agensi sumber alam tempatan, Muriansyah, berkata orang utan itu ditemukan di kawasan hutan terbakar di wilayah Kalimantan Tengah.

"Kami mengesyaki orang utan itu sedang mencari makanan sebelum ditemukan penduduk setempat, yang kemudian melaporkannya kepada pihak berkuasa," katanya kepada pemberita semalam.




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ke mana ridhuan tee, zamri vinoth, zakar naik, firdaus wong, isham temberang adat nak lari pula? habis periuk nasi ditabur tahi babi! kah kah kah!

Tanpa Nama berkata...

Jirat cina kot..