Jumaat, 6 November 2026


PAGI INI







HARI INI

JUMAAT 6 NOVEMBER 2026

DEEPAWALI  LAGI 2 HARI


DEEPAWALI BUKAN DEWALI
Adalah di maklumkan  dan di beritahu – nama yang di gunakan ialah DEEPAWALI bukan DEWALI – ini  yang betul – yang di pakai oleh masyarakat Tamil di Malaysia.

DEWALI untuk orang UTARA INDIA.

Mari sesama kita hormati perkara ini. Perkataan DEWALI baru masuk ke dalam budaya perbualan  kita. Amin

HOKKIEN
Pagi ini cerah basah – sejuk – kemarin hujan petang yang lebat – Matahari dah keluar – gua rasa nikmat pipi di bakar cahaya pagi. KL & Kl Sentral berkabus. 

Le  Chateau di lihat segar indah – langit biru.

Pagi ini seperti biasa – ramai datang makan – Siti dan Puppy ada  sama – Tapi Geng Putih tidak kelihatan.

Di Wakaf Tiga gua bersenam- Tak Tak dan Siti jaga gua. Tak Tak cukup berahi pada Siti yang kini dah jadi anak dara – mungkin dah datang haid.

Dari arah Istana Lama dan Sekolah Orang Kaya Alice Smith  gua dengar suara Gagak.

Pulang ke Wakaf Pertama Tiong dah menunggu – Gua ternampak Puppy Itam tapi bila gua tabur friskies  dia lari. Tiong laki Bini datang berlabuh

Lepas hantar Tak Tak pulang gua bawa Aminah ke Gelanggang Tenis – Dia berak dan kencing dua kali.

Hari ini akan panas  - jika petang hujan  malam sejuk santai. Amin

BRO
SENYUM SAMBUT
PAGI JUMAAT

BRO
Awas bila lu beri kawan pinjam duit – nanti ada mungkin  lu hilang kawan.

BRO
Lu kalau tak bereskan hutang – nama lu masam.

BRO
Lu janji nak bayar hutang – lu bayar – lu di hormati. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT









Tiada ulasan: