Desak PM undur sebelum tamat penggal amalan demokrasi
Rakyat mempunyai hak untuk menilai dan mengkritik pencapaian Perdana Menteri termasuklah menyingkirkannya melalui jalan yang aman dan mengikut lunas undang-undang.
PETALING JAYA: Perdana Menteri boleh diundurkan dalam sebuah negara demokrasi meskipun penggalnya belum berakhir, kata Dr Mahathir Mohamad.
“Pemimpin yang diundi disingkir dan diundurkan daripada jawatannya atas pelbagai sebab di negara demokrasi seluruh dunia.
“Adalah hakikat bahawa Perdana Menteri yang diundi tidak semestinya tidak boleh diundurkan sebelum penggalnya berakhir,” kata bekas Perdana Menteri itu menerusi tulisan terbaru diblognya hari ini.
Beliau juga menegaskan, rakyat sebagai warga mempunyai hak untuk menilai dan mengkritik pencapaian Perdana Menteri termasuklah menyingkirkan ketua kerajaan itu melalui jalan yang aman dan mengikut lunas undang-undang.

FAKTA SEJARAH
perdana menteri diundurkan
sebelum tempoh tamat
tengku diundurkan
hussein onn diundurkan
mahathir mengundur diri
dolah badawi diundurkan
MENTERI BESAR
mat taib mb selangor diundurkan
niza mb perak diundurkan
mukhriz mb kedah diundurkan
khalid ibrahim mb selangor diundurkan
abu hasan omar mb selangor diundurkan
ahmad said mb terangganu diundurkan
MENGUNDURKAN
PiEM - PM
MENTERI BESAR
BUKAN SATU
YANG BARU

------------













