Selasa, 14 Disember 2021

JANGAN PENTINGKAN KAUM KAPITALIS - UTAMAKAN NYAWA RAKYAT

 



Pakar gesa Putrajaya ketat kawalan sempadan kekang Omicron

KETIKA varian Omicron mula berkembang pesat di seluruh dunia, pakar kesihatan menyeru agar kawalan sempadan diperketatkan bagi menghalang strain baharu itu bertapak di Malaysia.

Menurut kajian baru-baru ini oleh saintis Jepun Hiroshi Nishiura, profesor kesihatan dan sains alam sekitar di Universiti Kyoto dan penasihat Kementerian Kesihatan Jepun, varian Omicron berkemungkinan empat kali lebih mudah berjangkit berbanding varian Delta.

Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan tidak mungkin varian ini akan merebak kepada penduduk di Malaysia pada masa ini.

Tetapi kawalan sempadan, yang sedang dilonggarkan secara beransur-ansur apabila negara dibuka semula, perlu lebih ketat terutamanya melibatkan kemasukan secara haram, tambahnya.

“Kami sudah berbincang dengan KKKM. Pada ketika ini, kita perlu memperketatkan kawalan sempadan dan menambah baik ujian saringan komuniti. Jika terdapat jangkitan dalam komuniti, ia boleh menjadi tidak terkawal,” kata Lee kepada The Malaysian Insight.

Tambahnya, buat masa ini, orang ramai tidak perlu panik dengan varian Omicron.

Varian itu kini menular di Eropah, Afrika, Australia dan negara lain, tetapi jika wabak berlaku di negara jiran seperti Filipina, Indonesia dan Thailand, maka ia boleh merebak ke dalam komuniti di sini, terutamanya jika kawalan sempadan terhadap kemasukan secara haram tidak diketatkan.

Malaysia berkongsi sempadan yang poros dengan negeri Kalimantan Indonesia di pulau Borneo; dengan selatan Thailand di semenanjung, dan melalui laut di Sabah dengan pulau-pulau di selatan Filipina.

Varian Omicron baru-baru ini dikesan di Malaysia pada seorang warga Afrika Selatan berusia 19 tahun, seorang pelajar di universiti swasta yang memasuki Semenanjung Malaysia dari Singapura, tetapi segera dikawal.

Malaysia kini mengenakan larangan terhadap pelancong yang masuk dari lapan negara Afrika.

Lee memuji KKM kerana bertindak pantas dan proaktif dengan mengasingkan pelajar dan mengesan serta menyaring kontak rapat individu itu, dan mengasingkan mereka juga.

Malaysia kini membenarkan perjalanan tanpa kuarantin kepada mereka yang sudah divaksin dengan Singapura bagi laluan perjalanan udara dan darat, dan merancang memulakan inisiatif yang sama dengan Indonesia selepas ini tetapi ditangguh kerana varian Omicron.

Majlis Pemulihan Negara juga mencadangkan agar sempadan negara dibuka semula kepada penggembara asing pada 1 Januari 2022, bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi khususnya bagi sektor pelancongan.

Lee berasa ia akan bergantung kepada situasi melibatkan wabak Omicron. Beliau juga menegaskan Malaysia mesti menyelesaikan pemberian dos penggalak kepada penerima vaksin Covid-19 yang sudah menerima dua dos pertama mereka.

Beliau berkata KKM perlu membenarkan mereka yang mendapat dua suntikan Sinovac menerima vaksin yang sama sebagai dos penggalak dan bukannya Pfizer.

“Ia (Sinovac) perlu disediakan sebagai pilihan bagi dos penggalak,” kata Lee.

Pendekatan bersasar

Dekan Pusat Pengajian Perubatan dan Sains Hayat Universiti Sunway Dr Abhi Veerakumarasivam menentang lebih banyak larangan perjalanan walaupun terdapat kebimbangan mengenai Omicron.

“Hakikatnya, Omicron sudah pun merebak ke banyak negara, membuatkan kita mempersoalkan kesahihan larangan yang disasarkan dari negara tertentu.

“Pendekatan lebih bersasar seperti pendekatan kesihatan awam yang betul dengan memfokuskan campur tangan pada masa yang tepat kepada populasi yang betul - berpandukan bukti dan data yang kukuh - adalah penting,” kata Abhi.

Penutupan sepenuhnya sempadan dan pelaksanaan semula perintah kawalan pergerakan tidak akan bertahan, tambah profesor genetik itu, terutamanya memandangkan majoriti penduduk sudah diberi vaksin dan hanya individu sedemikian dibenarkan melancong ke peringkat antarabangsa.

Beliau juga berpendapat larangan perjalanan yang menyasarkan negara tertentu boleh memberi kesan negatif dengan tidak menggalakkan perkongsian data mengenai virus itu.

“Cara di mana negara di seluruh dunia mengenakan larangan perjalanan ke beberapa negara di Afrika selepas laporan pertama varian Omicron, pastinya akan menghalang lebih banyak negara daripada melabur dalam lebih banyak pengawasan genomik dan perkongsian terbuka maklumat mengenai varian yang menjadi kebimbangan pada masa depan,” katanya.

Langkah baru-baru ini untuk menyokong ujian lebih ketat dan bersasar, kuarantin dan pemantauan pengembara, adalah strategi yang tepat untuk bergerak ke depan, tambahnya.

Pakar imunopatologi Dr Sibrandes Poppema berkata, prosedur ujian saringan dan kuarantin bagi pengembara yang masuk ke negara ini, yang kini dilaksanakan berfungsi dengan baik, ditunjukkan dengan tindakan pantas diambil terhadap kes Omicron yang dikesan.

“Kes positif bagi individu sudah mendapat vaksinasi lengkap dan dikenal pasti melalui ujian saringan dan penjujukan serta diletakkan di bawah kuarantin, menjadikan risiko penularan minimum,” kata presiden Universiti Sunway itu.

Bagaimanapun, beliau menambah kita “tidak tahu apa yang kita tidak tahu” dan tidak mungkin menutup Malaysia sepenuhnya daripada varian baharu itu.

“Tetapi kita mesti mengehadkan kesannya,” tambah beliau. – 14 Disember, 2021.


KAUM KAPITALIS

HANYA KAUT

UNTUNG

AMIN

KAUM KAPITALIS

TAK PERNAH

BERFIKIR TENTANG

KESEJATERAAN

RAKYAT

AMIN

PERLU SEMPADAN

DITUTUP MAKA

KITA TUTUP

AMIN

RAKYAT AFRIKA

JANGAN MASUK

AMIN

BUKAN SAJA BAWA

OMICRON

DARI NIGERIA

BAWA PENIPU

PEROGOL PENCURI

DAN KAKI SCAM

AMIN

BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT DUNIA

 



BERITA GEMBIRA

UNTUK

RAKYAT DUNIA

AMIN

PROVINSI DUSUN DURIAN CHINA MERAH

 


INGGERIS JADIKAN

TANAH MELAYU

LADANG GETAH

AMIN

CHINA MERAH

JADIKAN

 TANAH MELAYU

PROVINSI 

DUSUN DURIAN

AMIN

Unknown commented on 

"PAK LEBAI JADI BASAH"

Terima kasih than TT beri pencerahan pasal Cina merah. TT kata Jho Low agen cina merah. Ternyata benar. Mengapa sampai sekarang notis merah tidak dikeluarkan? 


Banyak dolak-dalik. Saya pun dah nampak peranan pembodohan yang dimainkan oleh umno serta pas dalam isu-isu remeh seperti Timah dan lesen judi. Peranan umno di belakang tabir bersama Cina merah. Mengapa cina merah jatuhkan atuk.

SARAWAK MERDEKA

 





PBK dijangka kalah bukan bermakna pengundi tolak pemisahan, kata penganalisis

UNTUK MASA

DEPAN

AMIN

DALAM JANGKA

PANJANG

GARIS MERDEKA

ADALAH TEPAT

AMIN

NAK BUAT BAIK TAK PERLU IKLAN

 


NAK BUAT BAIK

TAK PERLU IKLAN

BUAT SAJE

KHALAS

Ketua Pengarang commented on 

"DUIT IALAH TUHAN"

hisham rais pun suka duit… menang saman dapat pampasan ratus ribu berapa banyak yang hisham dah derma? kah kah kah! jangan marah.. tanya je. nota: komunis hipokrit

Ketua Pengarang commented on 

"KE BUKIT TINGGI"

di USSR dulu para pemimpin komunis yang pegang jawatan tinggi dalam kerajaan kaya raya… komunis hipokrit… mereka benci orang kaya, penuh hasad dengki… sebab mereka sendiri nak jadi kaya raya

BERKHALWAT HARI KE 634

 





KHALWAT KE 634

SELASA  14/12/2021

KITA MASUK KE HARI 634
BERKHALWAT

PKP 4.0
ANGKA MAKIN TURUN
INI BERITA BAIK

DOS PENGGALAK
KINI SEDANG BERJALAN
ENTAH BERaPA KALI LAGI
KITA PERLU AMBIL 
SUNTIKAN PENGGALAK

APAKAH KITA
AKAN JADI MAT PET ?

GUA AKAN AMBIL JUGA
TAPI BUKAN PFIZER
GUA GUNA SINOVAK
TEKNIK LAMA
AMIN

SARAWAK SIBUK
KALI INI TAK
RAMAI YANG DATANG  BERKEMPEN
DARI
SEMENAJUNG
JUGA TAK ADA PEK MON

PEK MON
IALAH SLOGAN KAMI
MASA PRN YANG LEPAS

PEK MON = RAMBUT PUTIH
KAH KAH KAH
INI CARA KAMI TIBAI
TAIB MAHMUD
KAH KAH KAH

BRO
PAGI INI DIRUMAH LAGI
GUA DAH DENGAR
SUARA TERKUKUR
MEREKA KELUAR AWAL
KERANA MATAHARI DAH KELUAR

SIMPONI PUN
TENGGELAM DENGAN
SUARA TERKUKUR

DI TEPI PADANG RUMPUT
HA HA
PIPIT UBAN DAH SAMPAI
SATU KUMPULAN
DAH MULA MERAGUT
RUMPUT BELUM TINGGI
TAPI MEREKA  DAH SAMPAI

HUJAN PETANG KELAMRIN
MEMBAWA SEJUK & SEGAR
BUNGA RAYA
BUNGA PALING DEMOKRATIK
KEMBANG MENCERIA DAN MENGINDAHKAN
PAGI INI
AMIN

BRO
MULAKAN DENGAN SENYUM
PAGI INI MARI
KITA TERSENYUM

BRO
KITA INI AKAN JADI
SOSOK PALING JUJUR
JIKA KITA MENGAKU
KITA KAKI  BERBOHONG

BRO
ALANGKAH INDAHNYA
DUNIA INI
JIKA KITA DILAHIRKAN BERUMUR
80 TAHUN
KEMUDIAN
TAHUN DEMI TAHUN
KITA JADI MUDA 
KE UMUR 18 TAHUN

BRO
PAKAIAN KITA
GAMBARAN KITA
YANG BOGEL
TAK ADA PENGARUH

BRO
MARI KITA RAYAKAN HIDUP
HINGGAKAN BILA KITA MATI
PENGGALI KUBUR
TURUT MERASA KECEWA

BRO
DALAM SEMUA JENIS BINATANG
HANYA MANUSIA
YANG BUAT ZALIM
MENYAKITI ORANG LAIN
DAN 
DAPAT NIKMAT
 DARI KEZALIMAN

BRO
KALAU LU AMBIL ANJING TEPI JALAN
LU PILIHARA DAN  JADIKAN
DIA SEHAT GEMBIRA
ANJING INI TAK AKAN 
GIGIT TANGAN LU
INILAH BEZANYA 
MANUSIA DENGAN ANJING

BRO
MANUSIA BOLEH
MEMBEZA SALAH DENGAN BETUL
INI INTELEKNYA
MANUSIA JUGA BUAT JAHAT
INI BUKTI BAHAWA
MORAL MEROSOT
PEKARA INI TAK BELAKU
DIKALANGAN BINANATANG LAIN
SELAIN MANUSIA

BRO
TAHNIAH DIRASA BAIK
PUJIAN DIRASA BAIK
TAPI MENERIMA KASEH SAYANG
ADALAH HADIAH YANG PALING MAHAL
YANG PERLU DIMENANGI
SAMA ADA KERANA TINGKAH LAKU
ATAU PENCAPAIAN

BRO
KITAB KITAB KLASIK
ADALAH BUKU
YANG ORANG TAK BACA
TAPI CAKAP

BRO
BUKU YANG HEBAT
BUKAN APA DIDALAMNYA
TAPI
APA YANG TIDAK ADA DALAMNYA

BRO
LU PERCAYA DIRI LU
GAGAH BERANI
MAKA
LU AKAN JADI GAGAH BERNAI
AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERKHALWAT