Sabtu, 25 April 2026
LANGKAH BIJAK DARI AMERIKA
SATU LANGKAH
AMAT BIJAK
AMIN
MAKNANYA PERANG
AKAN MELEDAK
KEMBALI
AMIN
INI BERITA BAIK
UNTUK RAKYAT
NEGARA SELATAN
AMIN
SUASANA KACAU
BUKA PELUANG
UNTUK GULING
KERAJAAN ZALIM
AMIN
GULING KERAJAAN
ZIONIS TEMPAAN
KHALAS
Sekatan laut AS terhadap Iran kini diperluas ke peringkat global
WASHINGTON: Sekatan laut Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran kini diperluaskan ke peringkat global, kata Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth.
Beliau menegaskan, Iran masih mempunyai peluang untuk mencapai perjanjian dengan Washington. "Sekatan kami semakin meluas dan kini global. Tiada kapal boleh belayar dari Selat Hormuz ke mana-mana tempat di dunia tanpa kebenaran Tentera Laut AS," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata rundingan damai antara Iran dan AS mungkin disambung semula di Pakistan, menurut beberapa sumber, selepas pusingan rundingan sebelum ini yang dijadualkan awal minggu ini gagal dilaksanakan.
Berdiri di sebelah Jeneral kanan AS, Dan Caine, Hegseth berkata AS tidak tergesa-gesa untuk mencapai perjanjian dengan Iran, sambil mengulangi kenyataan Presiden Donald Trump bahawa Washington mempunyai semua masa di dunia.
"Iran tahu mereka masih mempunyai ruang terbuka untuk membuat pilihan yang bijak di meja rundingan. "Apa yang perlu mereka lakukan ialah meninggalkan program senjata nuklear dengan cara yang nyata dan boleh disahkan," katanya.
Sementara itu, Caine berkata Komando Pusat AS terus melaksanakan sekatan ketat terhadap semua pelabuhan di Iran, dengan 34 kapal telah diarahkan berpatah balik setakat pagi Jumaat.
Beliau berkata, tentera AS akan terus memintas kapal Iran di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi."Kami menguatkuasakan sekatan ini terhadap semua kapal tanpa mengira negara yang menuju ke atau dari pelabuhan Iran.
"Kami sedang memantau rapat kapal yang menuju ke Iran dan juga yang meninggalkan Iran, termasuk kapal yang berada di luar kawasan sekatan ketika arahan dikeluarkan, dan kami bersedia untuk memintasnya," katanya.
Sekatan tentera laut AS ke atas Iran bermula pada 13 April lalu. Hegseth turut memberi amaran bahawa sebarang usaha Iran meletakkan periuk api di Selat Hormuz akan dianggap melanggar gencatan senjata.
"Pergerakan di Selat Hormuz masih berlaku, tetapi jauh lebih terhad dan lebih berisiko, kerana Iran melakukan tindakan tidak bertanggungjawab menggunakan bot kecil dan laju yang dilengkapi senjata," katanya.
HASUT RAKYAT KE JALAN RAYA
GUNAKAN
KES INI UNTUK
HASUT RAKYAT
KE JALAN RAYA
KHALAS
Unknown commented on
"ANWAR BIN IBRAHIM DAN
FARHASH - ADA APA ?"
Sudah gatal garu pula, sudah tahu bertanya pula, engkau jenama bodoh atau sengaja membodohkan diri sendiri? Memang setiap PM ada proksi pegang duit, pegang beg tangan, diatur sebegitu rupa, supaya tidak nampak mencuri,
Mahathir pun ada proksi wang tunai, ada ufti emas cuma cukup lincah tutup, dia tidak percaya bangsa sendiri, dia lagi percaya Cina boleh dipercayai walaupun menipu, orang sendiri suka bercakap bangga menonjolkan diri,
Cina sekaya mana pun pakai seluar pendek tapi poket ada berjuta-juta, orang-orang kita pula poket kosong tetapi gaya cara sembang kaya manusia terkaya di dunia kah kah kah kah
AGAMA BANYAK GUNA
AGAMA BOLEH
DI GUNA UNTUK
MENIPU MENINDAS
MERASUAH
AMIN
AGAMA JUGA
BOLEH DIGUNA
UNTUK HASUT
HUMBANKAN
ANWAR BIN
IBRAHIM
KHALAS
Unknown commented on
"PERASUAH & PENYELEWENG DUIT ZAKAT PASTI AKAN DI SEKSA - LEPAS MATI DALAM KUBUR"
Pekerjaan tertua mendapat habuan, agama pelaris kesinambungan kekayaan, kepala agama siapa? Adakah gaya hidup mencerminkan agama? Kah kah kah motivasi kepada pengikut agama mengikuti gaya hidup mewah pejuang kah kah kah
PAGI INI
PAGI IN
PAGI INI
SABTU 25 APRIL 2026
PERANG HARI KE 56
GENCATAN SENJATA BERJALAN
DEMO PETANG INI DI SOGO JAM 3
Turun ramai ramai kita berdemo – Gua hanya gunakan nama AZAM BIN BAKI untuk hasut orang ramai ke jalan raya.
Ini kerana gua sedar AZAM BIN BAKI akan berhenti dari BERTUGAS ganti orang lain – tapi rasuah tetap berjalan. BUKAN BUKAN BUKAN Azam bin Baki punca rasuah – SISTEM EKONOMI POLITIK yang kita guna pakai ini adalah punca rasuah.
PENGGANTI AZAM BIN BAKI
Lihat bagaimana tipu helah berjalan – MEDIA MELAPOR AGUNG AKAN UMUM nama Pengerusi SPRM baru.
Sehari kemudian media melapor Anwar bin Ibrahim telah pergi menghadap Agong dengan beberapa nama cadangan – JENG JENG JENG.
INI SEMUA TIPU HELAH – nanti jika MALAON BARU pengerusi SPRM ini buat taik maka Anwar bin Ibrahim kata ini TAIK bukan dia yang pilih – kah kah kah.
JUSTERU PETANG INI MARI TURUN KE SOGO KITA DEMO – BUKAN UNTUK TANGKAP AZAM BIN BAKI – KITA HANYA GUNA NAMA AZAM BIN BAKI.
Tujuan kita ialah menghumbankan Anwar bin Ibrahim – Jangan lupa TAK TURUN JALAN RAYA TAK MENANG PILIHANRAYA – turun turun turun ! Amin
SELAT HORMUZ MASIH DI TUTUP
Ini baik untuk ganggu ekonomi kapitalis sedunia – sana sani makin kacau. KACAU BILAU ADALAH BAIK UNTUK HASUT RAKAT UNTUK GULING KERAJAAN dan dirikan DUNIA BARU.
RUNDINGAN DAMAI
ISLAMABAD – di lapor rundingan akan bermula sekali lagi di Pakistan. Menteri Luar Iran dah terbang ke Islamabad. JD Vance juga dalam perjalanan ke Pakistan.
TERAM SEDANG MENYEMBAH IRAN UNTUK TAMATKAN PERANG INI – kah kah kah PADAN MUKA. Amin.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar basah – kemarin hujan petang agak lebat. Langit cerah biru berawan putih. KL & KL Sentral berkabus nipis.
Suara Tuk Tuk Tuk didengar – juga suara Terkukur.
Ha ha – Emak dan keluarga datang berlari. Pagi ini ramai – mereka dah tahu gua akan datang – semua menunggu dekat lorong masuk.
Gumbira ialah melihat ramai warga Hokkien datang makan.
Siti dan Jantan Baik ikut gua ke Wakaf Tiga - Mereka tahu pulang singgah di Wakaf Pertama dapat Friskies dan hati ayam.
Di Wakaf Pertama Tiong Suami Isteri datang berlabuh sama – tapi gua tak dapat tangkap gambar.
Berjalan pulang gua nampak langit di atas Le Chateau biru RACUN SEDANG DI TABUR – ini projek meracun warga – projek jahat Amerika dengan kerjasama MADANI untuk memasti kita rakyat akan menyedut racun yang di tabur dari udara : TUJUAN : untuk kita tak bangun melawan. AMIN.
HARI ini gua tak pergi pasar - GUA nak pergi demo. Kawan kawan mari bersama. Gua harap tak hujan – panas okay – gua suka panas ketika berdemo – ini senaman. Khalas.
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SABTU
BRO
Cinta sejati ialah kebahagiaan orang lebih penting dari kebahagiaan diri lu.
BRO
Lu cinta dia bukan kerana sapa dia tapi kerana dia beri lu peluang untuk jadi diri lu.
BRO
Bila lu jatuh cinta semua yang susah jadi senang. Semua yang berat jadi ringan. Amin.
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
MARI SAMA BERDEMO
Langgan:
Catatan (Atom)








