Jumaat, 7 Ogos 2026

ISA DAH DI HAPUS


NASIB BAIK

ISA DAH LUPUS

JIAK TIDAK SEMUA

MUSUH POLITK

MADAFAKA AKAN 

KE KAMUNTING

KHALAS


Pertuduhan ke atas Ismail Sabri ditangguh 20 hari

Prosiding untuk mendakwa Ismail Sabri Yaakob – yang dijadual berlangsung hari ini – ditunda 20 hari lagi selepas ahli politik terbabit dimasukkan ke hospital dan disahkan tidak sesuai untuk didakwa.

Bekas perdana menteri itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

Peguam Ismail Sabri, Amer Hamzah Arshad, membuat permohonan penangguhan itu kepada hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Suzana Hussin, pagi ini.

Suzana kemudian menetapkan tarikh untuk mendakwa Ismail Sabri dibuat pada 27 Ogos depan.

Menurut Amer Hamzah, anak guamnya itu berdepan dengan masalah kesihatan ketika memberi keterangan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dia dibawa ke IJN.

Ismail – yang merupakan perdana menteri kesembilan negara – dijadualkan hadir di hadapan Suzana pagi ini untuk menghadapi pertuduhan berkaitan pengisytiharan aset.

Ini bukanlah kali pertama Ismail Sabri, 66, dikejarkan ke hospital.

Pada Feb tahun lalu dia dikejarkan ke hospital selepas rebah di rumahnya di Damansara. Insiden itu disyaki keluarganya disebabkan oleh tekanan darah tinggi.

Ahli Parlimen Bera itu dilaporkan disiasat SPRM pada tahun lalu mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Difahamkan ia berkaitan perbelanjaan dan perolehan untuk aktiviti promosi di bawah inisiatif Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatannya sebagai perdana menteri dari Ogos 2021 hingga Nov 2022.

NURUL WAT IS DE BEKOS


NURUL LETAK

JAWATAN KERANA

FARHASH ?

KAH KAH KAH

WAT IS DE BEKOS

JENG JENG JENG

AMIN

TANGKAP MAIL TAKUTKAN ZAHID


TANGKAPAN

INI TAKTIK

ANWAR NI

IBRAHIM

NAK TAKUTKAN

ZAHID HAMIDI

KAH KAH KAH

BUKAN RASUAH

HANYA TAK UMUM

HARTA & DUIT

KAH KAH KAH

KHALAS



Dakwaan berhubung perisytiharan harta, Ismail Sabri akan didakwa di IJN

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob akan didakwa di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dijalankan di IJN yang akan diisytiharkan sebagai Mahkamah Sesyen.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya Ragunath Kesavan ketika dihubungi media sebentar tadi.

"Ya beliau sekarang di IJN. Timbalan Pendakwa Raya akan memohon pengakuan direkodkan di sana," katanya.

Pihak-pihak bagaimanapun akan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terlebih dahulu bagi mendapatkan permohonan bagi pendakwaan di IJN.

Kes terhadap Ismail Sabri dipercayai berhubung perisytiharan harta.

Sebelum ini, Ismail Sabri dipanggil beberapa kali bagi sesi rakaman percakapan mengenai perisytiharan harta yang dibuat oleh beliau kepada SPRM.

SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta, berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap beliau.

Rampasan dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan 'rumah selamat' hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.




JENAYAH BESAR



ROMPAK TIPU

SAKAU SONGLAP

DUIT NEGARA

INI JENAYAH BESAR

KHALAS



Unknown commented on
 "PARTI SAKAU NEGARA
 BERGERAK PANTAS"

Orang boleh berubah, pakaian boleh berubah, gaya hidup boleh berubah, semuanya boleh berubah, tetapi perangai sifat naluri niat jahat niat baik sukar berubah, kalau dah biasa makan rasuah curi songlap rompak duit negara mana boleh berubah? 

Perangai tetap sama tak kira siapa jadi pemimpin kah kah kah itulah budaya darah daging kita sendiri bukan Yahudi bukan Cina Merah tetapi asal usul kita amin kah kah kah kah


Unknown commented on 
"PARTI SAKAU NEGARA 
BERGERAK PANTAS"

Mana satu orang tidak sakau? Cuba bagi contoh satu? Mungkin PM pertama sahaja kerana anak didik Inggeris? Cuba betulkan kalau salah kah kah kah kah


NICKY TAK PERLU JADI AHLI


TAK PERLU

JADI AHLI

YANG PENTING

BERI DANA

KHALAS

Unknown commented on 
"APA PERANAN NICKY LIOW
 DALAM PKR ?"

"3,533 ahli baharu PKR yang mendaftar secara dalam talian bagi tempoh antara 12 Julai hingga Ogos 2026..." Adakah Nicky Liow salah seorang ahli tersebut?

Unknown commented on 
"APA PERANAN NICKY LIOW
 DALAM PKR ?"

Kalau asyik makan tahi percuma nescaya otak jadi tahi kah kah kah kalau asyik makan rasuah otak juga rasuah, kalau asyik makan lembu babi ayam ikan lama-kelamaan akan menjadi binatang dimakan juga logik kah kah kah kah jadi bodoh akhir sekali

PAGI INI



PAGII INI




PAGI INI

JUMAAT 7 OGOS  2026

MADAFAKA BUNGKUS !!!


AMERIKA
Mat Teram marah menyinga. Dia  akan cari pembocor maklumat yang beri tahu media Amerika bahawa Amerika dah habis peluru dan senjata.

Mat Teram nak tangkap dan masukkan  PEMBOCOR MAKLUMAT INI ke dalam penjara dan pastikan lama dalam penjara. KAH KAH KAH.

SAUDI
Yaman serang kapal minyak Saudi di Laut Merah. Yaman serang pangkalan soldadu Saudi. Yaman serang Utara Yaman wilayah Yaman yang disokong oleh Saudi.

NURUL IZZAH
Minah ini letak jawatan dari jadi Timbalan  Presiden PKR  – berehat – bercuti – sambung belajar.

PELIK – dulu macam nak gila serang Rafizi – sampat Rafizi lari – sekarang dah menang mengapa lari ?

LARI KERANA ANWAR BIN IBRAHIM MASIH PILIHARA FARHASH – kah kah kah.

SUTUT jangan TAK SUTUT.

MADAFAKA MAKIN TERBARAI
Jelas Parti Keluarga Ramanan ini makin mengecil – makin kecut – makin di benci oleh orang ramai.

INI TANDA PRU16 – Parti Keluarga Ramanan akan bungkus !!!

HOKKIEN
Pagi ini cerah – matahari dah bersinar.  Cahaya belum memanas. Langit pucat – KL & KL Sentral berkabus.

Dari jauh gua nampak Siti dan keluarga datang – Pagi ini makan dalam  suasana damai – tak ada Tim B datang ganggu – gua gumbira.

Berjalan ke Wakaf Tiga hanya Tak Tak yang ikut. Siti jumpa di tengah jalan. 

Berjalan ke Wakaf Pertama gua ternampak DUA PUPPY – warga baru Hokkien – ada TIGA EKOR – dua warna macam Tak Tak satu warga hitam – Ibu masih menjaga malah menyalak bila gua melintas.  Puppy ini masih takut  dengan manusia. 

Di Wakaf Pertama – ramai menunggu – nak dapat friskies – Pagi ini Tiong Laki Bini datang sama – gua gumbira.

Berjalan pulang suara Terkukur makin kuat – Gua dengar suara Jantan Muda berkokok. Suara  tak merdu dari wilayah yang jauh. Kemudian gua dengar  Murai berkicau. Bila Murai berkicau – pagi jadi indah.

Hari ini akan panas – gua harap sampai ke petang. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI JUMAAT

BRO
Lu jadikan buku sebagai teman sejati – Buku akan sentiasa setia beri ilmu pada lu.

BRO
Bila lu  buka buku lu sebenarnya membuka pintu dunia.

BRO
Bila lu tak suka membaca ertinya lu belum jumpa buku yang baik untuk selera lu.

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT