Jumaat, 7 Ogos 2026

ISA DAH DI HAPUS


NASIB BAIK

ISA DAH LUPUS

JIAK TIDAK SEMUA

MUSUH POLITK

MADAFAKA AKAN 

KE KAMUNTING

KHALAS


Pertuduhan ke atas Ismail Sabri ditangguh 20 hari

Prosiding untuk mendakwa Ismail Sabri Yaakob – yang dijadual berlangsung hari ini – ditunda 20 hari lagi selepas ahli politik terbabit dimasukkan ke hospital dan disahkan tidak sesuai untuk didakwa.

Bekas perdana menteri itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

Peguam Ismail Sabri, Amer Hamzah Arshad, membuat permohonan penangguhan itu kepada hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Suzana Hussin, pagi ini.

Suzana kemudian menetapkan tarikh untuk mendakwa Ismail Sabri dibuat pada 27 Ogos depan.

Menurut Amer Hamzah, anak guamnya itu berdepan dengan masalah kesihatan ketika memberi keterangan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dia dibawa ke IJN.

Ismail – yang merupakan perdana menteri kesembilan negara – dijadualkan hadir di hadapan Suzana pagi ini untuk menghadapi pertuduhan berkaitan pengisytiharan aset.

Ini bukanlah kali pertama Ismail Sabri, 66, dikejarkan ke hospital.

Pada Feb tahun lalu dia dikejarkan ke hospital selepas rebah di rumahnya di Damansara. Insiden itu disyaki keluarganya disebabkan oleh tekanan darah tinggi.

Ahli Parlimen Bera itu dilaporkan disiasat SPRM pada tahun lalu mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Difahamkan ia berkaitan perbelanjaan dan perolehan untuk aktiviti promosi di bawah inisiatif Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatannya sebagai perdana menteri dari Ogos 2021 hingga Nov 2022.

Tiada ulasan: