Khamis, 10 Julai 2014

LAWAK BERDIRI MELAYU




MALAM INI

di lives arts pj
pj one - seksyen 17
petaling jaya
jam 9:00 malam
kalau sesat
pukul talipon

012-229-09-44

kalau masih juga sesat
talipon polis brickfeild
tanya
mana tukar tiub 
malam ini



DAPUR JALAN MAHU APA?





KOMENTAR

dapur jalan
akan tetap di jalan panggung

Apa lagi NGO Dapur Jalanan mahu ?

8 JUL : Dalam pada Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memaklumkan pertemuan dengan 12 Badan Bukan Kerajaan‎ (NGO) Dapur Jalanan di Putrajaya pagi tadi berjalan dengan lancar, lain pula kata mereka selepas pertemuan itu pada sebelah petang.
NGO Dapur Jalanan dilihat terus berdegil dan akan melanggar arahan atau persetujuan yang di capai bersama dengan KWP.
ngo dapur jalananTidakkah mereka faham usaha yang diambil kerajaan dalam memastikan ibu negara bersih daripada gelandangan dan pengemis ?
Malah majoriti pengemis yang ditemui pula terdiri daripada warga asing dan bukannya rakyat tempatan.
Koordinator Dapur Jalanan, Mandeep Singh dalam sidang media petang tadi berkata, pihaknya tidak akan berganjak walaupun larangan pemberian makanan percuma dalam lingkungan 2 kilometer akan dikuatkuasakan kerajaan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Katanya, Dapur Jalanan akan terus beroperasi seperti biasa di Jalan Panggung, Kuala Lumpur setiap hari Sabtu dan tidak kisah jika dikenakan saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Kami tidak akan berpindah. Nak saman? Teruskan,” tegasnya.
Dengan kenyataan ini, nampak sangat NGO Dapur Jalanan tidak takut dengan tindakan undang-undang malah keputusan itu dilihat bakal menjerut leher mereka sendiri.
NGO Dapur Jalanan juga menyatakan ketidakpuasan hati mereka dengan hasil mesyuarat kononnya tiada pendekatan dan jalan penyelesaian dikemukakan kerajaan bagi mengatasi masalah golongan tidak berumah dan pengemis di ibu kota.
Jika tidak berpuas hati kenapa tidak dibangkit dalam sesi pertemuan pagi tadi ?
Kenapa dalam sidang media berasingan baru hendak kata macam-macam ?
Inilah dasar NGO yang tidak berani berdepan dengan sesuatu isu dalam mencapai kata sepakat sebaliknya lebih berani cakap belakang-belakang. – bnbbc.my


KAH KAH KA



woit

baru sekarang sedar


kah kah kah



----------

NAJIB JADI MENTAL






PUTRAJAYA -  Najib  Razak isteri kepada Rosmah Mansor berkata ketiadaan kepimpinan berkesan boleh mengundang keadaan kucar-kacir serta menyebabkan kegagalan sesebuah negara.






KAH KAH KAH

woit
isteri rosmah ni
cakap apa?

munkee ni cakap 
tentang siapa?

munkee ni cakap
pada cermin ke?

munkee ni tahu ke
yang dia  ni cakap

munkee ini sedar ke
yang  dia  sendiri cakap

ini perli diri sendiri
semenjak bila munkee ni
tahu hal kepimpinan?
atau ini rosmah yang
suruh cakap

KAH KAH KAH


-----------

Rabu, 9 Julai 2014

LAGI SUWEY UNTUK NAJIB




JANGAN SILAP
ini bukan babi
ini ku nan
kah kah kah




Kenyataan ‘long live Hitler’ Bung Mokhtar tidak boleh diterima, kata duta Jerman


Duta Jerman ke Malaysia, H.E Holger Michael mengatakan kenyataan "long live Hitler" daripada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin sempena kemenangan pasukan bola sepak pasukan Jerman dalam persaingan separuh akhir menentang Brazil malam tadi sebagai tidak boleh diterima. 

KAH KAH KA

woit
suwey datang lagi
malaon ini ahli parlimen
malaon ini tim najib

KAH KAH KAH





---------

BERZAKAT UNTUK KEBAJIKAN










KESAH NYA
satu malam gwa jumpa
ustaz wan ji
lalu bertanya khabar
tentang itu dan ini
tentang isis
tentang makasid
tentang rancangan nak buat makasid
di restoran amajal


SEBELUM BERPISAH
lalu bertanya dimana
boleh bayar zakat
lalu ustaz ini terangkan
dapur jalanan juga boleh terima zakat

betul ke?
betul 
kata ustaz wan ji



ZAKAT DAPUR JALANAN
bila dengar cakap ustaz cool
maka inilah hasilnya

kepada anak anak muda
kepada yang baik hati
kepada sesiapa sahaja 
yang mahu berzakat
boleh berzakat kepada dapur jalanan



SUMBANGKAN ZAKAT 
DAPUR JALANAN
ke cimb bank
(spkl collective)
800 172 784 9



NOTA
ketika ini ditulis
kolektif dapur jalanan
sedang duduk bincang dengan
menteri wilayah di putra jaya
dapur jalanan juga
dijemput

jemputan datang 
dengan email saje

nanti jam 2:00
kami akan adakan sidang akhbar

---------

AL- FATIHAH








AL-FATIHAH

ibu zunar wafat





Al Fatihah - Ibu saya Hajjah Khodizah Mohamad, 73, baru meninggal dunia ketika azan Maghrib sebentar tadi.
LikeLike ·  · 




------------