Isnin, 24 Ogos 2020

BERKHALWAT HARI KE 160






KHALWAT 160
SENIN 24/8/2020
KITA MASUK KE HARI 160
BERKHALWAT
SUASANA  BELUM MENENTU
PKPP AKAN DISAMBUNG LAGI
INI UNTUK KEBAIKKAN KITA SEMUA

NORMAL BARU
MASIH BELUM JADI SELESA
KLUSTER LAMA TAMAT
MUNCUL KLUSTER BARU

PAGI INI GUA MASUK HOKKIEN
MATA HARI DAH KELUAR
KUALA LUMPUR DILIHAT CERAH
SAEKOR JANTAN
MELAUNG DARI BUKIT
SAPERTI BIASA  CENGKERIK
BERSAMA TERKUKUR
MENDOMINASI ALAM

PAGI INI GUA TAK SELESA
ADUH!
HATI GUA TAK TENTERAM
PETANG KELAMRIN
TAK TAK LUKA
KAKI KIRI  
MUNGKIN TERKENA KACA
BERDARAH
GUA BALUT DENGAN ALOE VERA
PAGI INI GUA MEMBAWA
TAK TAK DAN EZI
UNTUK PEE PEE DAN POO POO
KAMI BERJALAN TAK JAUH
AMAT SUSAH 
TAK TAK TERDENGKOT
KAKI MASIH BERDARAH

PAGI INI JUGA
GUA  BUAT JANJI
KAWAN AKAN DATANG
UNTUK PERGI KE UPM

DI UPM ADA HOSPITAL HAIWAN
GUA RASA HOSPITAL INI
CUKUP ANGGUN
GUA MEMANG GUNAKAN
HOSPITAL UPM
UNTUK KESEHATAN
TEMAN HIDUP GUA

MARILAH KITA
JADI WIRA DALAM
WAYANG HIDUP KITA SENDIRI
KITA JADI WIRA
BUKAN KERANA MENANG KALAH
KITA WIRA
KERANA APA YANG KITA LAKUKAN

SOSOK YANG BIJAK
BUKAN TERANGKAT BILA SENANG
ATAU
DILIHAT  RENDAH BILA SUSAH
SOSOK BIJAK
BERSANDAR PADA DIRI SENDIRI
KEBAHAGIAN DATANG
DARI DIRI SENDIRI

KESUSAHAN DAN KEPAYAHAN
MENIMBULKAN
KEKUATAN FIKRAH

SOSOK YANG GILA
BERFIKIR UNTUK 
MENGUBAH DUNIA
ADALAH SOSOK
YANG MEMBAWA PERUBAHAN

TANYA TANYA
DAN BERTANYALAH
KITA BOLEH BELAJAR  
DARI PERTANYAAN YANG BANGANG
BERBANDING 
DENGAN MAT BANGANG
YANG MENDAPAT
JAWAPAN YANG BIJAK

CARA YANG TEPAT BERGERAK
IALAH MULA MELAKUKAN
DAN
BERHENTI BERCAKAP

JANGAN BERHENTI BELAJAR
TAK KIRA UMUR 20 TAHUN 
ATAU UMUR 80 TAHUN
KALAU TERUS  BELAJAR
MAKA TERUS JADI MUDA

JADILAH SOSOK
YANG CERAH
APABILA KITA MENGAKUI
BAHAWA KITA 
TIDAK CERDIK 
DAN
TIDAK  TAHU APA APA PUN
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT





Ahad, 23 Ogos 2020

HARGA GETAH NAIK - LEH BELI MOTO








HARGA GETAH NAIK

BOLEH BELI MOTO



DUA TAHUN TAK SELESAI







BERAT

DUA

TAHUN?

Kementerian Kesihatan beri saranan pada MKN lanjut PKPP 

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memberi saranan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), yang dijadualkan berakhir pada 31 Ogos ini.

Menteri Kesihatan Malaysia Dr. Adham Baba berkata, saranan tersebut berikutan jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengatakan wabak Covid-19 ini, akan berlarutan dalam tempoh tidak kurang dari dua tahun.

Beliau berkata, tempoh dua tahun merupakan tempoh yang lama, dan kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 berkenaan, termasuk melancarkan kempen pembudayaan normal baharu.

“Untuk PKPP yang akan berakhir pada 31 Ogos, pihak KKM telah membuat saranan kepada pihak MKN dan juga Perdana Menteri, supaya ia dipertimbangkan untuk kita laksanakan sehingga keadaan lebih terkawal. Jadi terpulang kepada Perdana Menteri, untuk umumkannya dalam masa terdekat.

“Kita lihat di negara yang tertentu masih bergelut dengan kes meningkat manakala di negara kita, kita masih memperkukuhkan dan mengawal pintu masuk dan sempadan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita, selepas merasmikan program Perkeso Prihatin 10gara Selamat, di Dewan Raya Felda Bukit Besar hari ini.

Turut hadir Ketua Eksekutif Perkeso Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Pengarah Perkeso Johor Tong Sing Chuan.

Dr Adham berkata, KKM akan terus melaksanakan kaedah Pengesanan Secara Aktif menerusi Aplikasi MySejahtera, dan buku rekod pelanggan, bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kluster Covid-19.

Mengulas mengenai denda RM1,000 yang dikenakan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Mohd Khairuddin Aman Razali beliau berkata, ia bergantung kepada keputusan yang sudah ditetapkan pihak berkuasa.

“Yang itu (denda RM1,000) sudah diselesaikan. Datuk DG (Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah) dah komen dalam twitter.

“Kita (KKM) tengok pelbagai angle (sudut). Untuk kompaun maksimum RM1,000 (di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342), kalau ada (pihak berkuasa) nak dakwa lain itu terpulang,” katanya.

Terdahulu, KKM dalam kenyataannya berkata, Mohd Khairuddin melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 [Akta342].

Ia memperuntukkan denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – Bernama, 23 Ogos, 2020.


BILA VEKSIN

AKAN SAMPAI?

AMIN

YAB CAKAP TIDAK TEPAT



KENYATAAN

INI TAK TEPAT

TAK PENUH

TAK TUNTAS

AMIN

PAKATAN RUNTUH

KERNA ANWAR

TAK SABAR NAK

TOLAK MADEY

TAK SABAR

NAK JADI PM

AMIN

Bekas ahli Parlimen PKR bidas Pakatan pada pelancaran PKN

PENGGERAK Komuniti Negara (PKN) Mohamed Azmin Ali melancarkan pusat operasi pilihan rayanya di Slim kurang 24 jam selepas kongres antarabangsa pertama NGO itu di Kuala Lumpur semalam.

Pada majlis yang diadakan di Tasik YDP di pekan Slim pagi ini, bekas naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin mengetuai sekumpulan ahli Parlimen dari Melaka, Perak, Pulau Pinang dan Johor membidas bekas parti dan kerajaan, Pakatan Harapan.

Bercakap kepada hadirin yang terdiri daripada kira-kira 50 penyokong MIC dan Makkal Sakti, exco pelancongan Melaka Jailani Khamis berkata PH tumbang kerana mereka tidak berpengalaman dan terlalu sibuk berpolitik daripada menyelesaikan masalah rakyat.

“Mereka tiada masa untuk masalah rakyat kerana sibuk berpolitik,” kata Jailani, yang membuat keputusan untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional di Melaka selepas kejatuhan PH di peringkat persekutuan.


PKR PARTI

TERBESAR DALAM

PAKATAN GADUH

SAMA SENDIRI

AMIN

PAKATAN JADI

GOYANG

AMIN

AKHIRNYA RUNTUH

KHALAS

TERIMA KASIH BRO





BRO

TERIMA  KASEH 

Tt, gwa mula ikuti penulisan tahun 2009,tak ingat jumpa tukar tiub mcmmane,first time baca karya tuan,terus lekat sampai sekarng,gaya penulisan kena dgn jiwa gwa kot..jika satu hari nanti start balik menulis,
tolong sekali masukkan pengalaman hidup tuan tt bermula dari tuan tt membuat keputusan besar dlm hidup utk cari suaka di belgium,start cerita dari menyusup keluar dari rantau panjang ke golok...mcm cerita berkhalwat skrg....sebelum tuan jalan masuk ke kubur..hahahah..tq 
on 
DIMAKLUMKAN
 KEPADA PEMBACA
Publish | Delete | Spam
Parokpemburubabi
on 22/08/20

TT

AWAS







AWAS

Malaysia catat 10 kes 

baharu Covid-19
MALAYSIA melaporkan 10 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

10 kes dicatatkan telah pulih dalam tempoh yang sama, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan menjadi 8,959, kata beliau dalam satu kenyataan.

Kes-kes baharu itu menjadikan jumlah jangkitan di seluruh negara berada pada angka 9,267.

Dari 10 kes baharu, lapan adalah kes import, termasuk tiga kes dari kluster Alam di Sarawak.

Sementara itu, dua kes penularan tempatan berpunca dari kluster Tawar di Kedah.

Tidak ada kematian baharu yang dilaporkan, menjadikan angka kematian masih pada angka 125.

Ketika ini, terdapat 183 kes aktif dicatat tanpa penambahan kluster baharu. – 23 Ogos, 2020.


HATI

HATI