Ahad, 23 Ogos 2020

AWAS







AWAS

Malaysia catat 10 kes 

baharu Covid-19
MALAYSIA melaporkan 10 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

10 kes dicatatkan telah pulih dalam tempoh yang sama, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan menjadi 8,959, kata beliau dalam satu kenyataan.

Kes-kes baharu itu menjadikan jumlah jangkitan di seluruh negara berada pada angka 9,267.

Dari 10 kes baharu, lapan adalah kes import, termasuk tiga kes dari kluster Alam di Sarawak.

Sementara itu, dua kes penularan tempatan berpunca dari kluster Tawar di Kedah.

Tidak ada kematian baharu yang dilaporkan, menjadikan angka kematian masih pada angka 125.

Ketika ini, terdapat 183 kes aktif dicatat tanpa penambahan kluster baharu. – 23 Ogos, 2020.


HATI

HATI

Tiada ulasan: