Selasa, 13 Jun 2023
ZAHID MENIPU KATA NOH OMAR
Kalau Ahmad Zahid ikhlas, batalkan pemecatan saya – Noh Omar
KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar menegaskan sekiranya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ikhlas menerima kembali beliau, maka parti itu harus membatalkan pemecatannya.
Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata, beliau tidak akan membuat rayuan atas pemecatan yang dibuat oleh UMNO pada Januari lalu.
“Kalau betul-betul Presiden (Ahmad Zahid) ikhlas, maka kena batalkan secara automatik penggantungan dan juga pemecatan kami. Keputusan yang dibuat oleh Presiden menggantung dan memecat pemimpin UMNO ini ialah ultra vires ertinya di luar kuasa undang-undang.
“Saya tidak perlu merayu sebaliknya MT hendaklah membatalkan keputusan pemecatan dan menerima kembali keahlian saya secara automatik. Pemecatan dan penggantungan kami adalah tidak sah kerana Presiden tidak mengikut peraturan dan perlembagaan parti,” katanya menerusi rakaaman video Facebook, hari ini.
Noh berkata demikian mengulas kenyataan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 bahawa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti bersifat terbuka atas saranan perwakilan untuk menerima kembali ahli yang telah dikenakan tindakan disiplin sama ada dipecat ataupun digantung oleh parti.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, UMNO mempunyai Perlembagaan dan peraturan yang perlu dipatuhi sebelum menerima semula ahli yang dipecat atau digantung.
Dalam pada itu, Noh berkata, pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin sebelum ini termasuk beliau adalah tidak sah.
Ini kerana, katanya, mengikut peraturan UMNO apabila seseorang itu mahu diambil tindakan displin ia perlu melalui Lembaga Displin.
“Dia (Ahmad Zahid) menipu MKT mengatakan bahawa dia telah berbincang dengan Lembaga Dislpin.
“MKT mesyuarat hari Sabtu, saya dipanggil oleh Lembaga Displim pada Isnin. Malam mesyuarat MKT terus buat keputusan menggantung saya selama enam tahun, sebab itulah saya tidak puas hati mengapa tidak mengikut peraturan.
“Kalau UMNO ini hendak diurus mengikut kehendak seseorang maka lebih baik saya dipecat daripada UMNO kerana kena ingat UMNO bukan hak milik Presiden tetapi ia dimiliki lebih 3.5 juta ahli.
“Jangan ingat UMNO ini kita punya, kalau Presiden waktu memecat kami tidak mengikut peraturan, mengapa bila nak merayu nak mengikut peraturan,” katanya.
Pada mesyuarat MKT UMNO 27 Januari lalu, keahlian Noh digantung disebabkan 16 pertuduhan dihadapi beliau kerana mensabotaj parti pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Megat Zulkarnain Omardin berkata, keputusan menggantung keahlian Noh bukannya disebabkan beliau tidak bersetuju dengan usul tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti yang dibawa dalam PAU 2022.
Noh bagaimanapun meminta untuk dipecat oleh parti setelah keputusan dibuat untuk menggantung beliau selama enam tahun. –
WOIT
INI BERAT
SANGAT
KAH KAH KAH
DATUK SERI DOKTOR
ZAHID DITUDUH
MENIPU
KAH KAH KAH
YANG MENIPU
PATUT KENA BUANG
KAH KAH KAH
KESIAN NOH OMAR
JUJUR WARAK
BAIK HATI
JADI MANGSA
KAH KAH KAH
KHALAS
ISTANA JANGAN KELUAR LESEN BALAK
Pemangku Raja Pahang umum Pelan Hala Tuju ‘Pahang Greening Education Partnership’ 2030
KUANTAN – Program Eco-Schools merupakan elemen paling penting dalam menjayakan pelan hala tuju Greening Education Partnership (GEP) UNESCO menjelang tahun 2030.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, ia merupakan platform terbaik bagi membentuk teladan serta peningkatan kesedaran isu-isu alam sekitar semasa melalui pembelajaran berasaskan projek.
TAHNIAH
INI KERJA BAIK
AMIN
KULIAH PENTING
IALAH ISTANA
JANGAN KELUAR
LESEN BALAK
PADA
TOWKAY CHINA
ATAU
ORANG POLITIK
KHALAS
GEROMBOLAN AKAN MENANG
Mohamad sangkal dakwaan 2 juta ahli Umno keluar parti
TIMBALAN Presiden Umno Mohamad Hasan menyangkal dakwaan Annuar Musa mengenai dua juta penyokong Umno meninggalkan parti itu.
Beliau turut mengingatkan Annuar yang juga bekas ketua penerangan Umno agar berwaspada dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Umno meskipun mempunyai hak berbuat demikian.
“Saya tak tahu dari mana dia dapat angka tersebut. Kalau setakat mendakwa saya pun boleh kata ada dua juta orang yang masuk jadi ahli Umno. Maka, terpulanglah, kalau syok sangat pun, janganlah sampai begitu sekali, orang boleh fikir.
“Itu berbahaya… (tapi) dia boleh cakap apa saja. Memang ada yang keluar, ada mengikut (Annuar) dan ada kecewa (dengan kerjasama BN-PH) tapi tidaklah sebesar itu jumlahnya. Biarlah orang kata berwaspada dan munasabah,” kata Mohamad yang juga timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Badan Perhubungan Umno Terengganu, malam tadi.
Annuar yang kini menyertai PAS ketika berucap pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Perikatan Nasional (PN) di Senawang, Negeri Sembilan mendakwa Umno telah kehilangan lebih dua juta penyokong sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 lagi.
Sementara itu, ditanya mengenai persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi, Mohamad yakin kemenangan di negeri di bawah pentadbiran kerajaan perpaduan mampu dipertahankan.
“Isunya sekarang ialah nak pastikan supaya BN dapat bertapak semula dan juga kalau boleh di negeri macam Terengganu dan Kedah.
“Dengan syarat kita kerja kuat, kita tak bertelingkah antara satu sama lain dan masuk PRN dengan strategi tepat… pilih calon yang boleh menangkan kita dan letak calon yang tak dapat dipersoalkan kredibilitinya,” katanya.
Enam negeri yang akan berdepan dengan PRN ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. – Bernama, 13 Jun, 2023.
WOIT
TOK MAT
KATA AHLI
GEROMBOLA
2 JUTA MASIH ADA
AMIN
BUKAN 2 JUTA
3 JUTA SEMUANYA
AMIN
PRN DAN PRU16
GEROMBOLAN
AKAN KEMBALI
BERKUASA
KAH KAH KAH
INI PARTI YANG
RAMAI AHLI
KAH KAH KAH
LU TAK CAYA
LU TANYA
LOKMAN ADAM
AMIN
KHALAS
MALAYSIA BUAT LAWAK BERDIRI
Polis mohon Interpol dapatkan identiti penuh, lokasi Jocelyn Chia – KPN
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mendapatkan identiti penuh dan lokasi terkini pelawak Jocelyn Chia yang memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi kehilangan pesawat MH370.
Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, permohonan berkenaan akan dibuat esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
BUNYI BERITA
INI SEDAP DIDENGAR
TAPI ISINYA KOSONG
AMIN
MALAH INI
AKAN MENJADIKAN
MINAH NI POPULAR
DAN NILAI SAHAM
AKAN NAIK
AMIN
MALAYSIA AKAN
DILIHAT MEMBUAT
LAWAK BERDIRI
AMIN
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)




