Selasa, 13 Jun 2023

GEROMBOLAN AKAN MENANG


Mohamad sangkal dakwaan 2 juta ahli Umno keluar parti

TIMBALAN Presiden Umno Mohamad Hasan menyangkal dakwaan Annuar Musa mengenai dua juta penyokong Umno meninggalkan parti itu.

Beliau turut mengingatkan Annuar yang juga bekas ketua penerangan Umno agar berwaspada dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Umno meskipun mempunyai hak berbuat demikian.

“Saya tak tahu dari mana dia dapat angka tersebut. Kalau setakat mendakwa saya pun boleh kata ada dua juta orang yang masuk jadi ahli Umno. Maka, terpulanglah, kalau syok sangat pun, janganlah sampai begitu sekali, orang boleh fikir.

“Itu berbahaya… (tapi) dia boleh cakap apa saja. Memang ada yang keluar, ada mengikut (Annuar) dan ada kecewa (dengan kerjasama BN-PH) tapi tidaklah sebesar itu jumlahnya. Biarlah orang kata berwaspada dan munasabah,” kata Mohamad yang juga timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Badan Perhubungan Umno Terengganu, malam tadi.

Annuar yang kini menyertai PAS ketika berucap pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Perikatan Nasional (PN) di Senawang, Negeri Sembilan mendakwa Umno telah kehilangan lebih dua juta penyokong sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 lagi.

Sementara itu, ditanya mengenai persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi, Mohamad yakin kemenangan di negeri di bawah pentadbiran kerajaan perpaduan mampu dipertahankan.

“Isunya sekarang ialah nak pastikan supaya BN dapat bertapak semula dan juga kalau boleh di negeri macam Terengganu dan Kedah.

“Dengan syarat kita kerja kuat, kita tak bertelingkah antara satu sama lain dan masuk PRN dengan strategi tepat… pilih calon yang boleh menangkan kita dan letak calon yang tak dapat dipersoalkan kredibilitinya,” katanya.

Enam negeri yang akan berdepan dengan PRN ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. – Bernama, 13 Jun, 2023.

WOIT

TOK MAT

KATA AHLI

GEROMBOLA

2 JUTA MASIH ADA

AMIN

BUKAN 2 JUTA

3 JUTA SEMUANYA

AMIN

PRN DAN PRU16

GEROMBOLAN

AKAN KEMBALI

BERKUASA

KAH KAH KAH

INI PARTI YANG

RAMAI AHLI

KAH KAH KAH

LU TAK CAYA

LU TANYA

LOKMAN ADAM

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: