Sabtu, 28 Februari 2026

APA JADI DENGAN JO LO?


APA JADI

DENGAN JO LO?

AMIN

Unknown commented on 
"AZAM BIN BAKI AKAN DI DAKWA"

Wei apa pula kabinet kerusi meja katil menentukan nak dakwa atau tidak? Kah kah kah nampak sangat poyo teramat tinggi sekarang, apa jadi kes simbah asid? Apa jadi kes pukul oleh kerabat? Apa jadi kepada kes terhadap anak-anak Mahathir Mohamad? 

Apa jadi kes Jho Low? Cuma nak berkongsi ingat semua bukan semua jenama pelupa secara terpilih atau kabinet kerusi meja juga menentukan siapa siasat siapa dakwa atau siapa kena masuk mahkamah? Kah kah kah

DUNIA INI AKHIRNYA MILIK ANAK MUDA


ANAK MUDA WAJIB

BANGUN

 SELAMATKAN

NEGARA

AMIN

Unknown commented on
 "RAKYAT MAHU
 AZAM BIN BAKI DI TANGKAP"

Ini bukan cerita baru, semuanya wujud sekian lama, ketua polis kawan dengan penjenayah, ketua SPRM kawan dengan perasuah, penguatkuasa kawan dengan peniaga tepi jalan, JPJ kawan dengan tauke lori, tauke bas Express, bukan pelik bukan sesuatu yang tidak diketahui umum, 

siapa lagi nak bayar majlis berbuka puasa, nak bayar percutian, siapa nak bayar majlis kahwin majlis beranak Majis semua kah kah kah kah penat jaga negara kalau ketua SPRM pun ada kes rasuah kah kah kah tetapi negaraku hebat semuanya boleh berjalan kalau ada kabel padat sendat ketat kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

SABTU 28 FEBUARI 2026

PUASA HARI KE 10

LAWAK BERDIRI


MADAFAKA BUAT LAWAK BERDIRI
KAH KAH KAH
Ada komplot nak gulingkan kerajaan MADAFAKA Anwar bin Ibrahim kah kah kah.

KOMPLOT APA ?
Semua orang tahu berjuta rakyat Malaysia nak humbankan Anwar bin Ibrahim. MENGGULINGKAN KERAJAAN BUKAN  SATU KESALAHAN. 

Bukan satu komplot – semua orang tahu - Tak caya tanya Mat Sabu. kah kah kah.

Semua YB PN berniat, bekerja tiap hari untuk menggulingkan  kerajaan.  Menggulingkan  kerajaan ialah tugas politikus pembangang.

APA SEBEA BERLAKU?
Ini taktik nak alih cerita – tiap hari rakyat satu Malaysia berlabun hal Azam bin Baki dan MAFIA KORPORAT – maka Anwar bin Ibrahim nak alih cerita.

Buat CERITA balu Daim nak gulingkan kerajaan – kah kah kah.

Yang betul nak buat REGIME CHANGE – TUKAR KERAJAAN ialah Media BLOOMBERG – ini betul projek regime change . Kenapa ada projek REGIME CHANGE ? 

Kerana Anwar bin Ibrahim putar alam - Dia kencing kawan baik dia  Paul Wolfowitz kah kah kah. Mamat ni tolong beri dia kerja di Amerika – kini Madafaka dah kencing – Zionis Yahudi ini pasti marah -  bau kentut pun tak dapat kah  kah kah.

 Madafaka  sedang gelabah. DAP beri tekanan nak tuntut SIASATAN DI RAJA kes Azam bin Baki. Jika tak ada siasatan maka DAP ancam nak keluar kerajaan – kah kah kah.

PALING MENAKUTKAN MADAFAKA ialah melihat muka DR SAM.  Ini menakutkan Anwar bin Ibrahim. Secara bijak PN telah mengangkat DR  SAM  - ini pilihan tepat. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini kering sejuk segar. Cuaca kelam – matahari muncul tapi awan  kelabu menutup.  Langit mendung. KL & KL Sentral berkabus nipis. Kemarin renyai sekejap.

How Wow masih bersuara dari tempat yang sama. Cengkerik juga bersimponi.

Di lorong masuk semua dah menunggu. Emak datang menyongsong – tak sabar. Yang lain ikut sama. Lalu gua beri makan. Pagi ini Puppy Itam ada sama –  Puppy Itam dah jadi anak muda. 

Pendatang Putih masih  marah dengan Tak Tak. Tapi Tak Tak tidak ambil pot.

Sebuah Pesawat melintas – tak kelihatan di lindung awan. Bunyi kuat memecah alam pasti kapal terbang besar menuju ke KLIA.

Di Wakaf Pertama semua  berkumpul.  Tapi Puppy Itam tak pernah datang ke Wakaf Pertama.

SEEEET – suara tanda Tiong  berlabuh. Saekor sampai dulu kemudian saekor lagi. Gua tabur Friskies agak jauh untuk Tiong mencatuk. Siti dan Tak Tak dapat hati ayam rebus.

Hari ini akan panas. Jap lagi gua nak ke Chow Kit rutin  mingguan. Gua nak beli buah – aap buah ada Sabtu ini ?

Gua rasa petang akan redup – alam sedang membantu kita  berpuasa. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM UNTUK SAMBUT
PAGI SABTU

BRO
Lu ada kucing lu ada burung lu ada anjing – lu pasti akan jatuh cinta dengan  mereka.

BRO
Waktu lu habiskan dengan kucing atau anjing tidak sia-sia.

BRO
Haiwan yang lu pelihara  akan beri lu motivasi untuk menjadi baik sesama manusia. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
SELAMAT BERPUASA

Jumaat, 27 Februari 2026

RANCANGAN DAULAH TERPENDAM


RANCANGAN

 DAULAH

TERPENDAM 

AMIN

RAFIZI TERUS SERANG ANWAR BIN IBRAHIM


RAFIZI

TERUS SERANG

ANWAR

BIN IBRAHIM

AMIN

RAKYAT MAHU AZAM BIN BAKI DI TANGKAP


RAKYAT MAHU

AZAM BIN BAKI

DI TANGKAP

KHALAS


Protes 'Tangkap Azam Baki' gegar pekarangan ibu pejabat SPRM

Kira-kira 50 orang penunjuk perasaan yang diketuai oleh ahli perniagaan, Albert Tei, berhimpun di luar ibu pejabat SPRM Putrajaya hari ini bagi memperkukuh tuntutan supaya ketua pesuruhjayanya, Azam Baki ditangkap.

Beberapa hadirin bergilir-gilir mengketengahkan dakwaan terhadap Azam dan SPRM seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg, yang kini menjadi sasaran saman berjumlah RM100 juta.

Tei, yang menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana didakwa mempertahankan Azam, melabel bos SPRM itu sebagai “Azam Ibrahim”.

Dia turut mengulangi desakan agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang bebas ditubuhkan, sambil menegaskan bahawa Azam dan Peguam Negara, Dusuki Moktar – selaku pengerusi pasukan petugas pimpinan kerajaan – mempunyai hubungan yang rapat.

“Jika kita yang langgar undang-undang, kita akan ditangkap dan disiasat. Mengapa layanan istimewa diberikan kepada beliau (Azam)?".

"Kenapa beliau berada di atas undang-undang?" dakwa Tei, yang pernah ditangkap dan dituduh dua kali berkaitan skandal rasuah perlombongan di Sabah yang didedahkan melalui siri video.

Tei seterusnya menyokong cadangan agar RCI tersebut diketuai oleh bekas ketua hakim negara, Tengku Maimun Tuan Mat, nama yang sebelum ini turut dicadangkan oleh kumpulan masyarakat sivil dan pihak lain untuk menerajui panel yang dibentuk oleh kerajaan tersebut.

Para penunjuk perasaan, yang di bawah pengawasan kakitangan SPRM dan pihak polis, mengangkat plakad yang memaparkan imej Azam serta desakan agar dia ditangkap.

Sementara itu, pempengaruh media sosial, Syarul Ema Rena Abu Samah, atau lebih dikenali sebagai “Ratu Naga”, berkata antara perkara yang melonjakkan namanya termasuklah menjadi salah seorang daripada dua individu yang memfailkan saman sivil terhadap Azam.

“Yang pertama ialah (Allahyarham) Daim Zainudin, dan yang kedua saya, Ratu Naga,” katanya.

Menurut laporan media, Syarul Ema pada 8 Mac 2024 menamakan SPRM, Azam, dan kerajaan dalam saman pemula yang difailkan atas dakwaan bahawa dia telah dinafikan hak untuk mendapatkan khidmat peguam semasa disoal siasat oleh agensi tersebut.

“Siasatan terhadap saya itu hanya berdasarkan dakwaan dalam surat layang".

"Tetapi dalam kes Azam, walaupun terdapat pelbagai bukti dan laporan, adakah kita melihat beliau disoal siasat atau disiasat?” soal pencipta kandungan yang dikaitkan dengan Bersatu itu hari ini.

Pada 22 Februari, Azam telah dipanggil menghadap jawatankuasa khas untuk menjelaskan mengenai pemilikan sahamnya dalam Velocity Capital Partner Berhad, dengan fokus terhadap pematuhan dan keteraturan 17.7 juta saham yang dibelinyapada harga sekitar RM1.5 juta.

Siasatan tersebut menyusul selepas protes “Tangkap Azam Baki 2.0” di Kuala Lumpur pada 15 Feb yang menyaksikan ratusan peserta termasuk ahli parlimen PKR dan masyarakat sivil bergabung menuntut peletakan jawatan serta penangkapan Azam.

Bloomberg dan Malaysiakini secara berasingan melaporkan awal bulan ini bahawa Azam memiliki jumlah saham yang besar dalam dua syarikat, yang melebihi had yang dibenarkan bagi penjawat awam.

Rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendedahkan bahawa Azam, pada satu ketika, memegang 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Berhad dan kira-kira 4.52 juta saham dalam Awanbiru Technology Berhad.

Saham Velocity Capital Partner dipercayai dibeli pada harga sekitar RM1.5 juta, manakala saham Awanbiru dianggarkan bernilai antara RM1.24 juta hingga RM1.38 juta pada satu ketika.

Susulan itu, Bloomberg menerbitkan satu lagi laporan yang mendakwa bahawa anggota SPRM bersubahat dengan individu persendirian untuk menekan pesaing perniagaan dan merancang pengambilalihan korporat, dan Azam didakwa menyedari persubahatan tersebut malah turut bertindak menyokong perbuatan berkenaan.

Ketika desakan yang semakin meningkat agar siasatan dilakukan terhadap dakwaan bahawa anggota suruhanjaya itu terkait dalam skim “mafia korporat”, SPRM pada 24 Februari mengeluarkan penafian tegas kali kedua dan menolak dakwaan tersebut sebagai tidak berasas.

Turut kelihatan di ibu pejabat SPRM hari ini ialah Ketua PAS kawasan Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad, yang mengulangi desakannya agar ketua pesuruhjaya SPRM pada masa hadapan dipilih oleh rakyat melalui "pilihan raya" yang serupa dengan pengundian bagi ahli dewan undangan negeri atau ahli parlimen.

Kumpulan penyokong lainyang hadir termasuk Urimai, dan Persatuan Teoh Beng Hock Untuk Kemajuan Demokrasi.

Penunjuk perasaan akhirnya bersurai menjelang tengah hari.