Khamis, 6 Ogos 2026
SELAT HORMUZ SAH DI BAWAH KAWALAN IRAN
SELAT HORMUZ
KINI SAH
DIKAWAL
OLEH IRAN
AMIN
JIKA
TERAM SERANG
SEMUA ARAB
BARUA AMERIKA
AKAN DI SERANG
KHALAS
Cadangan perjanjian beri Iran kawal kapal masuk Selat Hormuz
DUBAI: Cadangan perjanjian antara Iran dan Oman dijangka memberi Tehran kawalan ke atas kapal yang memasuki Teluk Parsi melalui Selat Hormuz.
Seorang sumber kanan Iran dan dua pegawai serantau memberitahu Reuters pada Rabu bahawa cadangan bagi membantu menamatkan perang berlarutan selama lima bulan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) itu adalah antara konsesi terbesar yang pernah diberikan kepada Iran setakat ini.
Sehingga kini, tiada sebarang maklum balas segera daripada pihak AS berhubung cadangan berkenaan.
Dalam usaha diplomatik yang lebih meluas di rantau itu, Iran dan Oman sedang mengadakan rundingan dua hala berhubung pengurusan Selat Hormuz yang dikawal kedua-dua negara menerusi laluan utara dan selatan.
Iran memaklumkan rundingan itu mencapai kemajuan yang penting dan menyatakan kedua-dua perjalanan masuk serta keluar melalui selat berkenaan akan melalui perairan negara itu.
Pada masa sama, Iran memberi amaran kepada negara-negara Teluk bahawa sebarang serangan baharu AS ke atas wilayahnya akan dibalas dengan serangan terhadap infrastruktur tenaga kritikal di seluruh rantau itu, menurut lima sumber.
Langkah itu dilihat sebagai usaha Tehran meningkatkan kemudaratan sebarang tindakan ketenteraan dengan mengancam sekutu rapat Washington di rantau berkenaan.
"Amaran Iran itu jelas. Jika AS menyasarkan infrastruktur Iran, mereka akan membalas dengan menyerang kemudahan tenaga di negara-negara Teluk serta sasaran lain di rantau ini," kata seorang sumber dari negara Teluk.
Sebelum ini, Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan peluru berpandu dan dron terhadap sekutu Washington di rantau berkenaan, selain menyasarkan kapal dagang yang melalui Selat Hormuz tanpa kebenaran pihaknya.
Ketika berucap di hadapan penyokong dalam satu perhimpunan di Las Vegas, Presiden AS, Donald Trump, berkata beliau lebih mengutamakan penyelesaian secara diplomatik.
"Saya lebih suka mencapai perjanjian kerana saya tidak mahu membunuh orang. Saya benar-benar tidak mahu membunuh orang, tetapi pada satu ketika nanti, kita mungkin terpaksa melakukannya," katanya.
Iran melaporkan lebih 3,400 orang terbunuh sejak perang dengan AS dan Israel bermula pada 28 Februari, manakala AS mengesahkan 18 anggota tenteranya terkorban.
Menurut sumber kanan Iran itu, Tehran mahu mengenakan caj antara lima hingga tujuh peratus daripada nilai kargo terhadap kapal yang menggunakan Selat Hormuz.
Oman pula sedang membincangkan kadar sekitar tiga peratus, manakala Washington berpendirian bahawa tiada sebarang caj perlu dikenakan.
Sumber sama berkata, deraf perjanjian yang sedang dibincangkan memperuntukkan Iran mengawal kapal yang memasuki Teluk Parsi melalui selat itu, manakala antara isu utama yang masih dirundingkan ialah sejauh mana peranan Iran terhadap kapal yang belayar keluar.
Dalam kenyataan kepada agensi berita rasmi Iran, IRNA, Timbalan Menteri Luar Iran, Kazem Gharibabadi, berkata pengaturan itu direka supaya kapal dagang akan melalui perairan wilayah Iran bagi kedua-dua perjalanan masuk dan keluar.
Beliau berkata, rundingan dengan Oman telah mencapai persefahaman asas dan menambah bahawa kemajuan itu kini hampir dimuktamadkan.
Gharibabadi turut berkata, Iran menerima mesej daripada AS yang menunjukkan Washington bersedia sepenuhnya untuk kembali mematuhi komitmennya di bawah memorandum persefahaman dimeterai pada pertengahan Jun, yang memperuntukkan pemberhentian segera operasi ketenteraan.
Beliau berkata, perkara itu menjadi syarat kepada pembukaan semula Selat Hormuz, sambil menegaskan tiada rundingan secara langsung antara Iran dan AS diadakan dalam beberapa hari kebelakangan ini. - REUTERS
NGO MAKAN UPAH ?
NGO MAKAN
UPAH ?
JENG JENG JENG
AMIN
Unknown commented on
"CONTOH NGO BEBAL"
Cerita dipilih dahulu, mana sesuai angkat masuk, tak sesuai tolak ke tepi, ini cara media main peranan, semua begitu angkat bakul sendiri tinggi, bakul orang lain dijatuhkan, setiap hari ada kes dadah, rasuah, tangkap dakwa dakwi tak masuk, kenapa NGO tak bising kes 47 itu?
Adakah NGO ini dibayar oleh orang-orang politik? Kenapa kes rasuah Azam Baki senyap menyap? Kenapa kes rasuah bertimbun sudah kurang? Adakah semua menutup aurat kesalahan kaum sejenis? Kah kah kah kah
BERITA BAIK - DAP TERUS DALAM KERAJAAN
BERITA BAIK
DAP TERUS
DALAM KERAJAAN
AMIN
Unknown commented on
"JIKA UMNO KELUAR - BARU RUNTUH KERAJAAN"
Siapa nak lepas nikmat? Siapa tak mahu gaji elaun kemudahan percuma? Ada polis sekeliling setiap masa, keselamatan dijaga macam Tuhan kayangan? Orang-orang biasa tak rasa maka tidak tahu nikmatnya kah kah kah kah, orang biasa susah sangkut jem tak ada siapa bantu,
kalau mencari kesalahan trafik berduyun-duyun polis tunggu tepi jalan kah kah kah ini kena faham, ada kuasa ada tahi pasti ada lalat kah kah kah kah
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
RABU 5 OGOS 2026
SERANG MENYERANG BERHENTI
MADAFAKA BUNGKUS !!!
SELAT HORMUZ
IRAN DAN OMAN HAMPIR SELESAI MERUNDINGKAN CARA MENJALANKAN SISTEM PELAYARAN DI SELAT HORMUZ.
Mat Teram masih klim Selat Hormuz telah di buka.
SELAT BAB AL MANDAP
HOUTHI MENYERANG KAPAL DARI SAUDI – di bedil terbakar – Kapal ini milik India.
DAP TIDAK AKAN KELUAR KERAJAAN
Ini berita baik – Bani Melayu yang benci DAP akan terus meninggalkan Madafaka.
Beria awal mengatakan ada kemungkinan DAP akan keluar kabinet – Jika ini berlaku maka mungkin ramai Bani Melayu kembali beri harapan pada Madafaka.
PRN N9
Jelas Yam Tuan Rahai masuk campur dalam politik negeri – Yam Tuan Rahai ini dah kena singkir – amin.
PRN MELAKA?
Bila – jika Madafaka kalah macam di N9 maka PRU 16 akan sampai.
RAPATKAN BARISAN UNTUK SEMUA BERSATU – HANYA SATU AGENDA PERPADUAN : HUMBANKAN MADAFAKA – Khalas.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar – matahari dah keluar bersinar – Langit biru indah. KL & KL Sentral berkabus agak tebal – kemarin ujan petang tak jadi.
Di Pintu Masuk gua dengar suara Keng Keng melintas – agak jauh – dari Bukit gua dengar suara Terkukur.
Siti dan keluarga ramai menunggu – pagi ini tidak ada gangguan – ramai datang makan – gua gumbira.
Siti ikut gua ke Wakaf Tiga – gua beri friskies – pulang ke Wakaf Satu ramai menunggu. Pagi ini Tiong Laki Bini datang makan.
Berjalan pulang Siti ikut sampai ke Pintu Keluar – apakah Siti berani masuk ke Le Chateau ? Jika berani maka Siti boleh menjadi Warga Le Chateau – tidur di tempat parkir.
Hari ini akan panas – gua harap sampai ke petang. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI KHAMIS YANG INDAH
Rabu, 5 Ogos 2026
Langgan:
Catatan (Atom)






