Rabu, 28 Oktober 2026

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

RABU 28  OKTOBER 2026

MENGUNDI DI ISREAL


PRU ZIONIS ISRAEL
BELUM ADA KUPTUSAN MUKTAMAD – dari exit poll dilaporkan 50-50.

APA  yang menarik PARTI SENARAI  ARAB menang 18 kerusi.

Parlimen Israel ada 120 – APAKAH AKAN ADA PARTI yang bukan Likud mahu  kerjasama dengan Parti Senarai Arab ?

JIKA kerajaan gagal di tubuh PRU sekali lagi.

BRAZIL
Bolsonaro calon Presiden Brazil yang kalah lari ke Amerika.

PRN
Melaka – makin jelas PERPADUAN UMMAH makin mantap – jika berjaya ikat kerjasama  terus ke PRU16 – maka Anwar bin Ibrahim akan bungkus.

RINGGIT JATUH NILAI berbanding dolar Amerika.

RINGGIT naik nilai berbanding RUPIAH Indonesia.

HOKKIEN
Pagi ini segar. Matahari dah keluar bersinar – Gua rasa nikmat di bakar cahaya pagi. KL & KL Sentral makin cerah – Langit dah nampak biru berawan putih.

Cengkerik bersimponi – Terkukur berlagu – Tiong bercekak dan Murai berkicau indah pagi ini.

Wow – ramai menunggu gua di Lorong Masuk – ramai datang makan – Terkukur ramai berlabuh – Tiong ikut sama. Siti dan Puppy makan juga.

Dari jauh gua ternampak Puppy Baru – kurus dan lemah – dia tak datang makan – Anak sapa ini ?

Berjalan ke Wakaf Tiga hanya Betina Bising jadi teman – Tak Tak tidak sama  ikut jadi Betina Bising  tak bising.

Hari ini akan panas – jika hujan datang cuca akan tambah bersih dan segar. Amin.

BRO
SENYUM SAMBUT
PAGI RABU DENGAN
GUMBIRA

BRO
Cuaca cantik alam permai
Cari sahabat cari kawan
Orang baik lebih ramai
Orang jahat kita lawan

Ambil sabit potong rumput
Langit indah penuh berawan
Jangan segan jangan takut
Kita semua menjadi kawan

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Selasa, 27 Oktober 2026

TERKINI TER HOTT DARI IRAN


TERKINI TER HOTT

TER NOW 

DARI IRAN

AMIN

KES MATI DALAM LOKAP POLIS


KES MATI

DALAM LOKAP POLIS

AMIN

BETUL KE APA MENTERI INI ROYAK ?


BETUL KE CAKAP

PAK MENTERI INI?

AMIN

APA JADI DENGAN

3 MATI DI MELAKA?

AMIN

BILA NAK SIASAT

DAH LAMA BERLAKU

KHALAS




Kes mati dalam tahanan polis: Keluarga Noorizwan tuntut pelaku ditahan, didakwa


KUALA LUMPUR: Keluarga Allahyarham Noorizwan Zulkefly, yang meninggal dunia ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, mahu Ahli Parlimen membangkitkan isu berkenaan di Dewan Rakyat, selain mendesak Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan status siasatan kes itu.

Keluarga turut meminta penjelasan mengenai dakwaan kecederaan dialami Allahyarham serta tindakan yang sudah diambil terhadap anggota polis terbabit.

Adik Allahyarham, Nooranis Zulkefly, berkata keluarga menuntut keadilan atas kematian abangnya yang memasuki hari ke-27.

"Kita menuntut keadilan, kita minta semua pelaku ditangkap serta digantung tugas dan kita minta pelaku dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.




"Tiada sebarang cubaan tutup kes mati dalam tahanan" - Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR: Kes Allahyarham Noorizwan Zulkefly, yang meninggal dunia ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sudah diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihak polis sudah mengenal pasti satu seksyen mengikut Kanun Keseksaan untuk menjadi hala tuju siasatan.

"Di pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), kita tidak pernah kompromi terhadap pelanggaran, sekiranya ada, sekalipun membabitkan penguatkuasa undang-undang.

"Tiada sebarang usaha atau tindakan percubaan untuk menutup kes ini selepas kita mengambil alih," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 bagi KDN, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.


NEGARA MAKIN SAKIT TENAT


NEGARA KITA

SEDANG DALAM

SAKIT TENAT

AMIN

WARGA MATI

DALAM LOKAP 

POLIS

AMIN

KUCING DISELAMAT

BOMBA BERI 

PADA ULAR SAWA

AMIN

MASA DAH SAMPAI

KITA BANGUN

DAN LAWAN

KHALAS



Kurung kucing bersama ular, 


persatuan bomba dakwa ular sawa 


sudah mati


Persatuan Bomba Sukarela Taman Mount Austin (PBS Taman Mount Austin) di Johor dikecam hebat netizen selepas seorang anggotanya didakwa meletakkan seekor anak kucing di dalam bekas yang sama dengan seekor ular sawa dewasa, dalam satu video yang tular di media sosial.

Pasukan itu dilaporkan membuat laporan polis dengan menafikan kejadian tersebut dan mendakwa anak kucing itu selamat, namun setakat ini tidak mengemukakan sebarang bukti.

Dalam kenyataan di Facebook, PBS Taman Mount Austin menegaskan bahawa ular tersebut telah pun mati sebelum kucing itu dimasukkan ke dalam bekas.

"Dakwaan bahawa pihak kami ‘memberi kucing sebagai makanan kepada ular’ adalah tidak selaras dengan keadaan sebenar yang berlaku.

"Tiada bekas tambahan yang tersedia di lokasi pada ketika itu, lalu anggota kami menempatkan kucing tersebut bersama ular berkenaan.

"Tindakan ini merupakan kaedah penempatan sementara dalam keadaan tersebut dan bukannya bertujuan menjadikan kucing itu sebagai makanan ular," katanya.

PBS Taman Mount Austin turut memohon maaf atas kejadian itu.

"Pihak kami dengan ikhlas memohon maaf atas keresahan dan kekeliruan yang timbul akibat insiden ini.

"Kami mengakui bahawa menempatkan kucing bersama ular yang telah mati di dalam baldi yang sama bukanlah kaedah penempatan yang ideal dan boleh menimbulkan salah faham yang tidak sepatutnya," katanya.

Pasukan itu menegaskan bahawa kucing tersebut telah dilepaskan dan bukannya digunakan sebagai makanan kepada ular, sambil menggesa orang ramai mengelakkan daripada membuat kesimpulan hanya berdasarkan rakaman yang tidak lengkap atau maklumat yang belum disahkan.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan lokasi atau waktu pelepasan, mahupun keadaan kucing berkenaan ketika dilepaskan.

Tindakan PBS mengakibatkan kebanyakan netizen di ruangan komen Facebook pasukan itu tidak berpuas hati dan mendesak mereka untuk menunjukkan bukti bahawa anak kucing itu masih hidup.

"Di manakah bukti bahawa anak kucing itu selamat dan telah dilepaskan?” tanya seorang netizen.

Seorang lagi netizen mempersoalkan dakwaan bahawa ular itu sudah mati.

"Dalam video itu, ular sawa tersebut melingkari anak kucing yang sedang mengiau meminta tolong. Boleh sesiapa jelaskan?” katanya.

Niat baik bukan alasan

Sementara itu, peguam hak haiwan Rajesh Nagarajan berkata operasi menyelamat tidak boleh dijadikan tontonan dan haiwan yang tidak berdaya bukan alat prop.

"Tiada anak kucing yang patut diletakkan dalam bekas bersama ular sawa, hidup atau mati. Hakikat bahawa anak kucing itu dilepaskan tanpa cedera bukan pembelaan. Persoalannya, mengapa ia diletakkan dalam situasi itu sejak awal lagi.

"Ketakutan, tekanan dan penderitaan yang tidak perlu juga diambil kira," katanya kepada Malaysiakini.

Pengasas Lawyers for Animal Rights (LFAR) itu turut menegaskan niat baik dan status sukarelawan tidak boleh dijadikan alasan untuk pengendalian yang cuai.

"Kumpulan yang mahu kepercayaan orang ramai mesti memenuhi standard profesional, dan pihak berkuasa mesti berhenti menganggap kebajikan haiwan sebagai perkara kedua.

"Jabatan Perkhidmatan Veterinar mesti memperkenalkan protokol pengendalian yang wajib, standard yang boleh dikuatkuasakan dan akauntabiliti sebenar untuk kumpulan penyelamat.

"Belas kasihan bermula dengan tidak meletakkan haiwan dalam bahaya. Mereka yang tidak memahami hal itu tidak layak mengendalikan operasi menyelamat," katanya.



POLITIK BARU - KUASA AMERIKA TERUS DI TOLAK


SAUDI TURKI

PAKISTAN TAKDA

PILIHAN

AMIN

KINI IKTIRAF

IRAN SEBAGAI

KUASA BARU

AMIN

IRAN TELAH

 DIDUGA

OLEH AMERIKA

ZIONIS ISRAEL 

 IRAN MUNCUL

DENGAN  JAYA

AMIN


Rundingan Iran, negara pakatan Makkah berkait keselamatan serantau berjalan baik


TEHRAN: Arab Saudi, Turkiye dan Pakistan sepakat mengadakan rundingan dengan Iran mengelakkan perang di Asia Barat kembali tercetus.

Tehran menyifatkan rundingan membabitkan pegawai kanan dari negara berkenaan berlangsung dalam keadaan sangat baik.

Kementerian Luar Arab Saudi, dalam kenyataan, berkata wakil dari tiga negara anggota pakatan Makkah itu berkunjung ke Iran bagi menjayakan usaha meredakan ketegangan antara pihak terbabit dalam krisis semasa.

Rundingan itu, yang turut disertai Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Khalid Salman, berlangsung selepas amaran Amerika Syarikat (AS), Iran dan Israel bahawa permusuhan dalam konflik yang berlarutan selama lapan bulan itu boleh kembali tercetus.

Lawatan berkenaan adalah kunjungan bersama pertama Pakistan, Arab Saudi dan Turkiye ke Tehran sejak ketiga-tiga negara membentuk pakatan pertahanan di Makkah, pada Ogos lalu.

Delegasi berkenaan mengadakan pertemuan dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dan Menteri Luarnya, Abbas Araghchi.

Menurut media kerajaan Iran, pertemuan itu berakhir tanpa sebarang pengumuman penting, namun semua pihak menyatakan persetujuan untuk meneruskan perbincangan.

Namun, media kerajaan Tehran melaporkan Ketua Keselamatan Iran, Mohsen Rezaei, menyifatkan rundingan di ibu negara Tehran itu sebagai sangat baik.

"Saya berasakan suasana baharu sedang terbentuk di rantau ini... Saya mengesan suasana sangat positif dalam perbincangan antara wakil yang hadir," katanya.

Beliau berkata, semua pihak bersetuju bahawa keselamatan serantau perlu dipastikan oleh negara di rantau itu sendiri dan sebarang bentuk campur tangan asing mesti dielakkan.

Katanya, perbincangan turut memberi penekanan kepada pendudukan Israel di selatan Lubnan, selatan Syria, Gaza dan Tebing Barat.

Putera Khalid, Ketua Tentera Pakistan, Jeneral Asim Munir serta Ketua Perisikan Turkiye, Ibrahim Kalin, turut mengadakan pertemuan dengan Rezaei.

Ketegangan serantau meningkat menjelang pilihan raya penting Israel dan pilihan raya pertengahan penggal AS minggu depan, ketika Parti Republikan pimpinan Presiden Donald Trump berusaha mengekalkan penguasaan di kedua-dua dewan Kongres AS.

Ketika rundingan di Tehran bermula, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, berkata langkah menghentikan sebarang peningkatan ketegangan di Asia Barat adalah penting.

"Risiko serangan ketenteraan besar-besaran terhadap Iran, digabungkan dengan serangan besar-besaran oleh Iran terhadap negara Teluk, perlu dielakkan dengan sebarang cara," katanya pada sidang media di Kaherah. - AFP