Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan bik mama. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan bik mama. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Rabu, 28 November 2012

AL-KESAH RIWAYAT BIK MAMA BERSAMBUNG LAGI












RIWAYAT ITU  SETAKAT INI

Mengikut tuan yang empunya ceritera ada pun  riwayat Bik Mama ini amatlah panjang berjela-jela. Kalau diukurkan ke bumi maka seluas bumilah ianya. Kalau diukurkan ke laut maka seluas lautlah ianya.  Kesah  Bik Mama  diturunkan  dari telinga ke telinga. Dari mulut ke mulut. Dari rumah ke rumah.  Maka riwayat Bik Mama semakin berpanjangan.

Sang Nelayan yang memasang tajur di Laut China Selatan telah bercerita.  Si Penoreh yang menunggu getah membeku telah membuka kesah Bik Mama.  Anak- anak dara yang menunggu padi dijemuran senyum luas bila mendengar kesah Bik Mama.  Dari  sawah naik ke ladang, dari denai masuk  ke kolam , dari darat belayar  ke laut, dari kampong masuk  ke pekan  - orang  ramai telah sambut menyambut menyambung cerita Bik Mama.

Menurut tuan yang empunya ceritera riwayat Bik Mama ini  merayau berligar  hingga pada satu  hari, pada satu ketika, dimalam bulan penuh berbintang, ketika angin sepoi-sepoi bahasa, ketika unggas nyenyak  tidur, ketika bara menjadi abu , saperti telah tertulis dalam kitab-kitab  yang terdahulu maka riwayat Bik Mama ini akhirnya  sampai juga  ke face book.

Riwayat dari face book inilah yang di ulang kesah disini. Riwayat Bik Mama  ini melanton dan dilanton dari pejabat ke pejabat dari opis kerajaan ke pejabat swasta. Dari PC ke lap top. Dari lap top ke ipod. Dari ipot ke ipad. Kesah Bik Mama telah menjadi virus pindah berpindah. Maka sampailah hari dan ketika bilamana  riwayat Bik Mama ini telah didengari dari budak pejabat hinggalah ke Ceo.

Santero negeri di Alam Melayu berkesahlah  mendengar riwayat Bik Mama ini.  Kecuali saekor mahlok yang bernama Najeeb anak lelaki Abdeel Razaq yang tidak tahu menahu tentang sejarah riwayat Bik Mama dari daluhu hingga sekarang.

Ada pun mengikut tuan yang empunya ceritera Najeeb anak lelaki Abdeel Razaq dilahirkan tidak cukup bulan. Maka perangainya  amatlah poyo lagi membosankan.  Tidak berani membuat apa apa keputusan. Telah juga luas disurahkan hinggakan kanak-kanak dalam buaian tahu dan sedar tentang kesah  Najeeb anak lelaki Abdeel Razaq ini  yang tidak  tamat belajar. Dua  kali Najeeb ditangkap meniru. Kemudian Si Najeeb ini lari dari sekolah kerana mencuri papa batu. Kesah ini sedang disimpan rapi. Hanya  face book  sahaja yang maha mengetahui.

Ada pun Si Najeeb anak lelaki Abdeel Razaq ini adalah laki kepada Bik Mama.   Si Najeeb  yang amat poyo ini tidaklah sedar,  tidaklah Najeeb ini sedar bahawa bini di rumah ialah  seorang betina gila glamor.   Si Najeeb ini tidaklah pula  tahu menahu kesah bininya   sebelum dijadikan bini telah ke hulu  ke  hilir dari Kota Melaka ke Kota Bahru menabur benih membuka lukah.  Bik Mama telah memasang perangkap untuk menjerat  Tambi anak  Cik  dan Musa anak Anuar.  

Mengikut riwayat face book ini  ada disebuah kampong yang lain adalah seorang Anak China pemain  guli yang maha perkasa. Dari seluruh kampong hingga ke kota Anak China ini  telah menjadi jaguh guli yang luar biasa. Perlawanan  demi perlawanan dikatakan  Si Anak China ini telah berjaya menjadi juara. Dari kampong ke kota, dari desa ke  desa Si Anak China telah berpindah randah bermain guli sekehendak rasa.  Tidaklah pernah Si Anak China ini menjadi kecewa kerana setiap kali dirinya bertarung setiap kali muncul  sebagai juara.

Maka tersebar luaslah kesah Anak China bijak berguli. Maka canang dipukul tabuh diketuk. Orang berkerumun untuk melihat Anak China bermain guli. Hebat sungguhlah Anak  China ini hingga menjadi iklan Samsung dan Ubat Tupai Jantan.

Maka kesah Anak China bermain guli ini akhirnya  sampailah juga ke telinga Bik Mama.  Kesah Anak China dikerumuni oleh orang ramai. Kesah Anak China mendapat laporan akhbar. Kesah Anak China mendapat laporan tv. Gambar Anak China menjadi hiasan majalah  santero benua. Dari Benua Keling hingga ke Benua China rakyat jelata bersorak menyambut si Anak China.  Semuanya menjadikan Bik Mama geram terjelir lidah. Cemburu nak glamour yang tak sudah-sudah.

Anak China ini  muncul di Bi Bi See. Kesah hidup Anak China ini muncul di Si Ant Ant.  Filem Anak China ini akan dibuat di Hong Kong. Semua surah ini  mengeramkan Bik Mama. Bila Bik Mama geram maka lakinya si Najeeb semakin kecut. Maka Bik Mama pun mengarahkan   Najeeb   menyediakan tandu untuk mengosong Bik Mama pergi berjumpa dengan Anak China.

Ketika tandu sedang dibuat maka  Bik Mama puln mulalah bersenam.  Sekali Bik Mama mengeliat  bergegar seluruh kampong.  Sekali Bik  Mama berjoging  sepuluh batang pokok kelapa tercabut umbut.  Sekali Bik Mama membongkok melepas angin sepuluh batang pokok getah tercabut akar. Sekali Bika Mama sedawa  tujuh   buah dulang  terbang melayang. Bagitulah gagah gempitanya tubuh badan Bik Mama mengikut labon face book.

Mengikut tuan yang empunya hikayat,  gemok Bik Mama ini tidak ada tolong bandingan. Bukan sahaja berbadan gemok  malah Bik Mama juga bermuka bulat dan berkaki pendek.  Mengikut kata sahibul hikayat  hentakan peha dan kaki Bik Mama sahaja boleh memecahkan Empangan Bakun. Adalah tidak menjadi rahsia lagi bahawa berat badan  Bik Mama ini tidak ada tolok bandingan. Tidak ada sesiapa dalam Alam Melayu yang dapat menandingi berat badan Bik Mama.

Tetapi awas ! Segemok gemok Bik Mama  tidak mungkin Bik Mama  dapat menandingi Rosmah Mansor. Mengikut Surat Akuan bersumpah Haji Desas bin Lebai Desus,  adalah seorang betina  lain  yang bernama Rosmah Mansor  yang lebih hebat dan lebih besar tubuh badannya dari Bik Mama. Cukuplah diriwayatkan sebagai bahan bukti bahawa hingga ke hari ini belum ada lagi dacing yang sanggup menimbang berat badan Rosmah Mansor. Bagitulah cerita setakat ini  yang disurahkan. Tidak lebih dan tidak kurang. Kalau kurang – face booklah yang kurang. Kalau lebih face booklah yang lebih.

Dipendekkan cerita  satelah tujuh hari dan tujuh malam maka tandu pun siap dibina.  Maka Najeeb pun mulalah mengosong Bik Mama untuk mencari Anak China pemain guli yang diberitakan telah dinobatkan sebagai pemain guli terulung untuk seluruh dunia.

Pusing punya punya pusing maka sampailah berita  rupa-rupanya Anak China pemain guli ini akan bernikah dengan seorang gadis cun lagi langsing  yang juga jaguh pemain  guli.  Sampailah ke pengetahuan Bik Mama bahawa  pesta berguli-guli ini akan berlangsung  dalam satu pesta selama tiga hari tiga malam. Maka Najeeb,  si laki  yang takutkan bini ini  terkesut-kesut  mengosong  Bik Mama dalam tandu  menuju ke  tapak pesta ini.

Mengikut kata  sahibul hikayat, mengikut surah face book,  pesta perkahwinan Anak China ini amatlah gah.  Tetapi kenduri kahwin  Chung Wei tidaklah dapat menandingi  gahnya  kenduri kahwin anak Ali Rustam.  Maka berpestalah kaum kerabat  Anak China ini dengan  kawan kawan dan tetamu jemputan.

Dipendekan cerita  maka  Bik Mama pun  sampai ke padang pesta ketika Anak China sedang bersanding.  Bik Mama tidak membenarkan lakinya   masuk ke padang pesta.  Bik Mama tidak mahu media tahu  bahawa  Bik Mama ini sudah banyak berlaki. Bik Mama mahu dilihat solo bersendirian agar orang ramai akan menganggap Bik Mama ini masih lagi anak dara sunti  bermata jeli  saperti Humi Hulfidah.

 Bik Mama tahu kenduri kahwin Chong Wei ini sedang disiarkan secara langsung oleh TV7. Maka Bik Mama tidak mahu kamera dan video diarahkan kepada Najib Razak. Bik Mama mahu semua glamor akan jatuh ke tubuh badannya saja.


Bik Mama pun mengheret badannya ke hadapan pelamin. Sesampai ke hadapan pelamin mengikut  kesah yang dikesahkan Bik Mama  pun melaung menjerit.  Kerana  yang duduk bersanding dengan Datuk Lee Chung Wei  bukan Wong Mew Choo  bakal interinya yang slim lagi  cun. Tetapi duduk membadak disebelah  Chung Wei ialah Rosmah Mansor.

Mengikut tuan empunya hikayat apabila Bik Mama ternampak muka  Rosmah Mansor sedang  duduk bersanding maka hatinya geram bukan kepalang.  Maka Bik Mama pun mula menonggeng  untuk melepaskan angin. Nasib punya nasib pada ketika dan saat itu adalah ada seorang  anak muda yang sedang mengambil gambar.  Maka dirakamlah gambar ini hingga menjadi viral dalam face book.  Maka gegak gempitaka seluruh alam Melayu. Maka hebohlah masyarakat China.

Maka bertambah bencilah  orang China kepada Rosmah Mansor. Mengikut  riwayat yang tersebar  di face book ramai tamu jemputan pada pesta itu terus pulang. Mereka  tidak sanggup  dan tidak berselera lagi untuk menjamah makanan.  Ramai tamu muntah terbahak-bahak  apabila melihat muka Rosmah Mansor.

Bagituklah kesahnya setakat ini yang tersebar di face book. Apa yang terjadi seterusanya  tidaklah hamba ketahui. Hamba disini hanya  tukang pembawa cerita. Hamba akhiri riwayat ini dengan satu pepatah  : kancil sama kacil duduk bersanding  tetiba gajah duduk ditengah tengah. (TT)


NOTA:
tulisan ini telah disiakan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akbar mingguan ini sila pukul
talipon : 03-22-72-40-45


---

Rabu, 23 Mei 2012

AL- KESAH TERSEBUTLAH KESAH



TAK CUKUP SEX PUNK ROCKER ORI
















40 TAHUN TERLAMBAT






ROCK N ROLL DI O2 ARENA


Adalah ceritera ini didengar tidak berapa lama dahulu. Ini adalah kesah dari mulut ke mulut. Kesah dari warung ke warung. Inilah kesah yang telah menjadi buah cerita dari mulut Mak Janda hingga ke telinga Mak Minah yang baru kehilangan Dara. Dari mulut Pak Cik Teksi ke telinga Bengali Penjual Roti. Inilah kesah cerita rakyat yang akan diturun temurunkan hingga ke anak cucu cicit.

Maka akan kayalah khazanah sastera negara. Bertimbun tambah dengan ceritera penglipur lara. Cerita untuk menghilang duka nestapa. Ceritera untuk menyambung tradisi Pelanduk Jenaka. Untuk menambah kesah jenaka Pak Pandir dan Si Lunchai. Untuk menyambung salasilah Pak Kadok dan Lebai Malang. Kesah ini ditujukan untuk Si Anak Muda yang dilamun cinta.

Mengikut tuan yang empunya ceritera kesah ini bermula dalam sebuah rumah yang amat besar lagi berpuaka. Si Amah sedang memasukan kain baju ke dalam beg pakaian. Adalah disurahkan sebanyak tujuh belas buah beg kulit Louise Vuittion – godang dan bosar - telah selesai disusun.

Tiga beg penuh dengan coli bersais XXX175. Sebuah beg penuh dengan seluar dalam bersais XXX197. Lapan buah beg penuh dengan kain baju yang berenda-renda telah disusun rapai. Dua butir beg penuh dengan alat pemanis muka. Dua beg berkunci ketat penuh dengan intan berlian - gelang, cincin, kerosang, rantai dan anting-anting. Sebuah beg penuh dengan barut dan koset. Kini Si Amah sedang menyusun sebuah beg besar yang akan dipenuhi dengan kemenyan, setanggi, pulut hitam, lada sula, bawang puteh, katak kering dan satu tengkorak kanak-kanak.

Sebelum dipanjangkan kesah adalah diberitahu bahawa Si Amah ini berasal usul dari negori nan jauh. Negeri yang bukan kecik anak. Dari pulau Jawo Si Amah datang. Badak Berendam nama kampongnya. Surabaya nama pekannya. Bukanlah senang untuk Si Amah ditemui. Serata Sumatera digeledah dicari. Serata Kalimantan iklan didirikan. Ramai yang melamar ingin menunjuk diri tetapi semuanya gagal. Semuanya tidak temasuk dalam SOP yang diinginkan oleh tuan rumah Puan Seri Bik Mama.

Amah yang ingin dicari wajib tinggi duduk dari berdiri. Berambut pendek dan tidak bergigi. Berambut jarang adalah satu kualiti yang amat amat diingini. Bergigi rongak dan berparut dimuka amat-amat diminati. Adalah di ketahui rakyat seluruh negeri tentang kesah Puan Seri tidak mahu seorang pembantu yang slim langsing dan segak berdiri. Telah ditetapkan dalam borang SOP – tinggi Si Amah tidak boleh melebihi tinggi Puan Seri. Adalah diketahui saentaro negeri jika ada si Amah yang slim langsing berambut panjang maka si Amah ini akan dibuang ke hujung negeri. Puan Seri akan mengamok sepanjang hari kerana Datuk Seri Suami Bistari akan mendapat kesedaran dari mimpi bahawa masih ada ramai perempuan lebih cantik dari isteri sendiri.

Mengikut tuan empunya hikayat maka Si Amah pun terus menyusun beg. Manakala concorong di dapur sedang sibuk bergendang dan menari. Dari mulut concorong berkumandang suara P.Ramlee:

Bila Bik Mama hula hoop
Bisul Papa Najib meletup
Bila Papa Najib sedang menyanyi
Bik Mama menari rock n roll
Papa Najib pakai baju ketat
Bik Mama mula pakai barut
Papa Najib potong celana singkat
Bik Mama potong rambut kontot
Bila Bik Mama Pakai Yankee
Papa Najib mula sakit gigi


Tetiba Puan Seri Bik Mama muncul ditepi pintu. Badannya pendek setinggi penyapu. Sanggulnya tinggi membusut jantan. Make-upnya tebal sekerak nasi. Dengan perlahan-lanan Bik Mama mengereng masuk kerana pintu telah menjadi kecil dengan badannya yang obese lagi montok. Mata Bik Mama melihat Si Amah yang tekun menyusun barang. Si Amah tidak berani menaikkan muka.

“ Jaket kulit Gucci telah masuk dalam beg? Awas barang mahal ini...” Si Amah hanya mengangguk. Dia tidak tahu apa bendanya jaket kulit Gucci.

‘ Awak tak tahu ke jaket kulit itu Johnny Rotten pernah pakai. Gelang tangan itu kepunyan Nancy yang dihadiah oleh Sid Vicious. Kau ingat aku beli di kedai bundle Pavillion ke? Ini barang aku dapat dari Christie dan Sothbylaaaa... ini barang rare.’ Tangan Amah terketar-ketar ketika melipat kain..

‘ Kalau tak kerja betul betul... aku tahu apa nak buat...Aku panggil Rais Yatim nanti baru kau tahu langit Malaysia ini tingggi...”

Si Bibi ini tidak tahu satu apa pun. Dia tidak tahu tentang Puan Seri ini akan membuat persembahan rock di O2 Arena. Bibi dari Surabaya ini tidak pernah tahu kota London. Tidak pernah kenal siapa Sid dan Nancy. Tidak pernah terdengar nama Johnny Rotten. Yang dia tahu dia sedang menunggu duit gaji lima bulan masih belum dibayar.

Mengikut tuan empuya kesah maka Bik Mama pun diterbangkan ke London. Puan Seri Bik Mama mahu dirinya dilihat lebih rock dari rock kapak. Lebih ligat dari rock kangkang. Lebih rotten dari Johnny Rotten. Lebih vicious dari Sid Vicious. Kalau peminat Michel Jackson, kalau peminat U2 boleh memenuhi stadium O2 Arena tidak mungkin peminat Bik Mama tidak akan datang berpusu-pusu ke O2 Arena.

Datuk Seri mengikut kata tuan empunya hikayat amatlah takut kepada bininya. Tanpa melengahkan masa Sang Suami telah memberi pelbagai Arahan Negara untuk mengumpul segala bentuk rakyat Malaysia di United Kingdom datang ke konsert Bik Mama. Canang dipukul tabuh dipalu. Sebanyak 170 ribu poster Bik Mama telah di cetak untuk diedar percuma di London Underground.

Pak Duta telah diarahkan memaksa semua pelajar – dari Ireland Utara hingga ke Playmouth di Selatan. Pelajar yang mendapat bantuan kerajaan telah diwajibkan datang. Sebagai ganjaran pelajar Islam akan diberi tiket ke Umrah. Pelajar Hindu akan diberi tiket ke Banares. Pelajar Kristian diberi tiket ke Vatican. Pelajar yang tidak beragama akan disunatkan oleh Pak Duta. Akta ISA , AUKU, Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak – semua akan digunakan keatas pelajar yang enggan datang ke konsert Bik Mama.

Pak Duta telah menghantar surat kepada semua warga Malaysia yang bermastautin di United Kingdom meminta mereka hadir. Jika mereka enggan maka hak kerakyatan mereka akan dilucutkan. Tidak cukup dengan segala rancangan ini Pak Duta telah membeli iklan diakhbar paling tersohor di London. Selama tiga hari muka Bik Mama terpampang di muka 3 akhbar The Sun London.

Mengikut surah yang didengar pada malam kosert yang di ceritakan ini Bik Mama telah datang dengan limosin berpintu tujuh. Lapan pengawal paribadi - semunya Mamat Hitam dan dibantu pula oleh tiga orang juru karate dari Korea. Tidak cukup dengan ini dikhabarkan juga seramai lima belas guru silat cekak pinggang turut sama menjaga keselamatan Bik Mama. Apa yang menarik ialah guru silat ini semuanya menggunakan ilmu ghaib. Mereka mengawal Bik Mama dari Bilik Pengawal Bangunan DiGB di Gombak Setia.

Di bilik belakang pentas Bik Mama sedang memakai jaket kulit Gucci. Lengan Bik Mama dikat dengan stud berpaku-paku. Bepuluh gelang telah dipasang dilengan. Anting-anting tengkorak bergoyang dicuping telinga. Scarf Hermes melingkari leher Bik Mama. Kasut boot telah digilap. Bik Mama telah mula mengoncangkan badan. Bik Mama telah bersedia untuk mengrock kota London.

Pintu stadium telah dibuka awal lagi. Cuaca di kota London cukup enak. Musim bunga telah sampai. Panas pun tidak sejuk pun tidak. Hujan tidak ribut pun tidak. Sayang seribu kali sayang ribuan penonton yang diharapkan datang tidak sampai-sampai. Pada jam 7 petang kelihatan 32 orang pelajar dari East London Poly yang datang. Mereka datang kerana telah diberitahu tentang mee goreng , satay dan karipap akan dihidangkan percuma. Jam 8.30 lampu O2 Arena mula bersinar-sinar. Tetapi dewan masih kosong.

Jam 9.30 malam kelihatan Pak Duta mundar mandir. Bercakap tidak henti-henti dengan talipon bimbit. Bahasa badan Pak Duta ini menunjukkan bahawa dia yakin akan ditukarkan ke Jabatan Hal Ehwal Nelayan Kota Belud atau menjadi penulis minit mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan. Pak Duta merasa tertekan kerana stadium masih kosong. Tetiba satu letupan suara kedengaran - seolah-olah langit runtuh.

“ Mana lagi satu beg....’ tetiba Bik Mama menjerit.

Semua kelam kabut. Semua takut. Datuk Seri lari ke dalam jamban buat buat kena sembelit. Pak Duta lari ke luar. Tidak ada sesiapa yang tahu beg apa yang di maksudkan oleh Bik Mama. Seingat Pak Duta kesemua 16 beg Louise Vuittion telah dibawa ke belakang pentas.

Bik Mama sedang melihat mukanya di cermin muka. Dia memerlukan bantuan. Tetapi bukan bantuan make up yang diperlukan. Bik Mama memerlukan kemenyan, setanggi, pulut hitam, lada sula, bawang puteh dan katak kering. Ini adalah ubatan jambi serapah Tok Bomoh dari Senaling. Semua bahan-bahan ini wajib dibakar dalam tengkorak. Asapnya wajib disapukan ke muka. Asap ini akan menjadikan Bik Mama kelihatan manis dan dan bergetah. Bik Mama akan kelihatan muda dan berseri sebagai rock star.

Adalah mengikut tuan yang empunya ceritera muka Bik Mama pada malam konsert itu tidak dapat dibantu bantu. Segala bentuk make up telah gagal. Konsert Bik Mama di O2 Arena malam itu telah menjadi Bik Mama Horror Show.

Sementara itu – untuk menyedapkan cerita di tepi Sungai Pontian , saorang Amah Indonesia sedang mengheret sebuah beg kulit Louise Vuittion. Selama lima bulan gaji Si Amah ini tidak dibayar. Dia melarikan diri. Dia ingin naik perahu menyeludup pulang ke Pekan Baru. Beg kulit ini kelihatan amat berat. Dia tersenyum sambil membuka beg tangan Birkin dan menghulur tiga keping duit seratus kepada taikong perahu.(TT)






NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45










Jumaat, 4 Mei 2012

BERITA SEDIH YANG AMAT MENYEDIHKAN







KEMANA KAU MENGHILANG WAHAI BIK MAMA ?



semakin jelas bik mama yang gila glamour kini hilang
muka bik mama tidak ada lagi dalam media
muka bik mama tidak kelihatan di muka akhbar

bik mama tidak buat kenyataan
bik mama tidak buat dasar negara

laman flom telah lupus

bak mama tidak loncat lonact lagi
bik mama tidak main badminton lagi

oooh... kemana kau menghilang wahai bik mama?

kenapa menghilang?

apakah kerana mat mongol bertemu ziana kembali?
apakah kerana mat mongol jumpa penyanyi dari korea yang slim berambut panjang?

atau

apakah bik mama sedang menguruskan badan
apakah bik mama sedang sibuk menjahit baju
apakah bik mama membasuh beg birkin

atau

kerana bik mama terlalu berat kini menjadi bebab
kerana bik mama pembawa undi untuk pakatan
kerana bik mama dibenci oleh ahli gerombolan

dan

kerana madey kata lepas ini muhyiddin akan jadi pm
kah kah kah








PENTAS RADIO DARI RADIO BANGSAR UTAMA

senyum mak janda
sebuah drama radio
akan muncul di radio bangsar utama

sila tunggu
sila nanti

NOTA:

tukar tiub tanpa bik mama
adalah seperti kedai mamak tak ada roti canai
kah kah kah


Sabtu, 19 Mac 2011

KENYATAAN MEDIA - BIGMAC




KENYATAAN MEDIA


18 MAC 2011

Kami membantah sekeras-kerasnya tindakan biadab dan terdesak pihak pembangkang yang sekali lagi melakukan sabotaj dengan menggodam laman Facebook (FB) YABhg Bik Mama, suami kepada Perdana Menteri Malaysia merangkap FLOM.

Tindakan sabotaj kali ketiga ini amat dikesali dan mencerminkan ketakutan pembangkang dalam berhadapan dengan pengaruh serta populariti YABhg Bik Mama yang semakin disayangi oleh rakyat Malaysia.

Kami juga menyokong sepenuhnya kenyataan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Nazri Aziz yang menggesa agar semua pihak terutamanya pembangkang supaya menghentikan segala fitnah dan tohmahan ke atas YABhg Bik Mama.

YABhg Bik Mama merupakan seorang wanita cekal yang berkebolehan di dalam pelbagai bidang. Sebagai FLOM, pastinya YABhg Bik Mama dicemburui dan dimusuhi oleh banyak pihak yang sentiasa tidak berpuas hati, meskipun beliau telah banyak menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Selain berperanan sebagai suami dan ibu, YABhg Bik Mama juga berkemahiran dalam pelbagai bidang. Ini termasuklah, pentadbiran awam, pengurusan politik, pendidikan, pembangunan wanita dan kanak-kanak, hubungan antarabangsa, sains kesihatan, alam sekitar, sains nuklear, teknologi hijau, seni suara dan pembangunan fesyen Islamik. Segala kebolehan ini pastinya telah digunakan oleh YABhg Bik Mama dalam usaha memartabatkan maruah negara di mata dunia terutamanya di kalangan negara-negara Islam seperti Tunisia, Mesir, Libya dan Bahrain yang telah jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek jika dibandingkan dengan Malaysia.

Oleh yang demikian, kami mewakili rakyat Malaysia dengan ini mengisytiharkan sokongan serta taat setia yang tidak berbelah bagi kepada YABhg Bik Mama, suami kepada Perdana Menteri Malaysia yang amat dikasihi.

Dengan ini, kami juga ingin mengumumkan penubuhan Kelab Bik Mama atau dalam bahasa Inggeris disebut Bik Mama Club (BikMaC) sebagai medium dalam membela serta menyokong perjuangan YABhg Bik Mama dalam memartabatkan maruah negara dan kerajaan secara glokal.

Kepada yang berminat untuk menjadi ahli BikMaC, anda dijemput menyertai kami di laman FB "Kelab Bik Mama (BikMaC)" atau di laman Twitter dengan mengikuti @Bik_MaC.

PROF. DATO' DR. IR. NAZREE YATIM
Pengerusi
Jawatankuasa Penaja
Kelab Bik Mama (BikMaC)



Rabu, 24 September 2008

SENYUM PETANG

Maka Bik Mama pun pergilah behari-hari mendaki bukit menurun lurah untuk mencari Pak Nujum. Lalu sampai Bik Mama ke satu lembah dan di sana kelihatan sebuah pondok. Maka mengikut kata sahibul hikayat inilah dianya rumah Pak Nujum paling terbilang saentaro negeri.

Apabila Bik Mama sampai ke tangga maka dengan serta merta Nadim anak Pak Nujum menahan Bik Mama dari naik. Maka terperajatlah Bik Mama kerana belum pernah dalam hidupnya sesiapa pun yang berani menahan dianya.

“ Tak boleh naik”

“Kenapa?”

“ Nanti patah tangga……kah kah kah

Maka duduk lah Bik Mama di halaman menunggu Pak Nujum. Setelah semuanya siapa sedia maka Pak Nujum pun turun untuk bertanya hal angkara. Maka Bik Mama pun menerangkan duduk angkara yang dia nak tahu semua hal negara. Sebelum bertanya apa-apa Bik Mama ingin menduga lalu bertanya.

“ Beta dua batang kayu, kalau Pak Nujum bijak laksana cuba terang duduk pekara yang mana kayu United Malays National Organisation dan yang mana kayu Pakatan?”

Pak Nujum tanpa berlengah terus menjawab. “ Masukan kayu itu ke dalam air. Yang tenggelam itu kayu United Malays National Organisation. Dan yang tegak kukuh berdiri itu kayu Pakatan……. kah kah kah

Bik Mama bertanya lagi, “ Dua telor itik baru menetas yang mana anak itik United Malays National Organisation dan yang mana anak itik Pakatan?”

Pak Nujum tersenyum menjawab, “ Letakkan itik ini dalam kolam. Yang mengejar itu itik Pakatan dan yang lari lintang pukang itu itik United Malays National Organisation…..kah kah kah

Bik Mama merasa tidak puas hati. Dia datang untuk menilik nasib adakah suaminya akan menjadi raja. Lalu dia terus ingin menduga Pak Nujum ini.

“ Kalau Pak Nujum bijak bistari melihat di dalam dan luar negeri cuba teka apakah dia dalam gengaman beta”.

“ Tahi hidung” jawab Pak Nujum.

“Macam mana Pak Nujum tahu?”

“ Orang macam hang ni…. tak de kerja…. tak buat apa-apa…. hang korek tahi idunglaaa…..kah kah kah.

( cerita di hantar oleh gun n roses dipandan dari ceritera klasik nujum pak belalang dan di sesuaikan untuk tukar tiub – terima kaseh gun n roses )



Selasa, 27 Disember 2011

MEMIKUL BIAWAK HIDUP




BIK MAMA PEMBAWA UNDI




NOTA:
bukan hanya memikul biawak hidup
ini memikul biawak hidup yang obese



WANITA MEMUASKAN DIRI DENGAN BERBELANJA RIBUAN RINGGIT UNTUK KOSMETIK - meloya

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Langkah golongan wanita berbelanja beribu-ribu untuk membeli barangan kosmetik dianggap sebagai terapi baru menghilangkan tekanan dan memuaskan diri.

Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Lembaga Akademi Keusahawanan Islam Alfafa, Datin Reny Rahayu Mohd. Ishak menolak andaian bahawa perbuatan menghias diri oleh golongan berkenaan bertujuan menarik perhatian orang.

“Kebanyakan wanita yang bersikap demikian sebenarnya mahu memberi ganjaran dan memuaskan diri mereka selain menjadikan ia sebagai terapi bagi menghilangkan tekanan.

“Selain itu, kecantikan itu turut membantu meningkatkan keyakinan diri mereka kerana wanita zaman kini kebanyakannya mempunyai kerjaya dan sering berhadapan dengan orang ramai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan mengenai wanita Malaysia yang dikatakan sanggup berhabis sehingga RM2,000 sebulan semata-mata untuk membeli produk kosmetik pelbagai jenama yang terdapat di pasaran.

Sementara itu, Ketua Konsultan Syarikat K&A Applied Psychology Consultancy, Khairol Anuar Masuan berkata, menurut kajian, majoriti golongan wanita beranggapan mereka hanya akan kelihatan cantik jika mereka menggunakan peralatan solekan yang mahal.

“Golongan yang obses terhadap kecantikan selalunya tidak akan berfikir panjang apabila berbelanja sehingga ada yang sanggup berhutang semata-mata mahu membeli keperluan kosmetik jenama antarabangsa.

“Mereka juga sanggup menggunakan kaedah yang bahaya dengan melakukan pembedahan dan suntikan bagi mengubah diri mereka walaupun mengetahui tindakan itu boleh memudaratkan kesihatan hingga menyebabkan kematian,” katanya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Persatuan Siswazah Wanita Malaysia, Fauziah Mohd. Ramly berkata, golongan wanita perlu bijak menterjemahkan erti kecantikan dengan lebih seimbang dan menyeluruh tanpa bertindak keterlaluan hingga memudaratkan diri.

“Ia sangat menyedihkan apabila wanita di negara sanggup membazir dan mengeluarkan belanja yang banyak hanya untuk kecantikan sedangkan peruntukan itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih baik.

“Contohnya, mereka boleh menyimpan wang itu untuk perancangan di masa hadapan memandangkan kos sara hidup di negara ini yang semakin meningkat,” katanya.
Tambah beliau, wanita di negara ini perlu menjadikan kes mangsa-mangsa produk kecantikan yang teraniaya hingga menyebabkan kematian sebagai teladan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


KOMENTAR TUKAR TIUB
faham tak kenapa berita ini keluar?
berita ini ditujukan kepada bik mama
sedar tak bik mama kian hilang dari laporan
ini tanda tanda pilihanraya nak sampai
kenapa bagini?

ini kerana bik mama dibenci oleh rakyat
ini kerana wujudnya bik mama ini seperti memikul biawak hidup untuk gerombolan

dalam gerombolan sekarang ada dua ekor biawak hidup
satu bik mama
satu lagi sharizat lembu
dua dua gedebab
dua dua obese

dua ekor biawak ini kalau mainkan betul betul
akan menjadi umpan untuk dpat undi

ketika perhimpunan gerombolan dulu
pemerhati telah memerhatikan bahawa bik mama sloo sikit
dalam bilik persidangan bik mama tidak liar merayau rayau
baca berita ini betul betul
ada cerita botox
ada cerita tarik kulit muka
semua ini sindirin untuk bik mama
dalam utusan ramai yang menyampah dengan biik mama
inilah cara mereka tibai rosmah mansor
kah kah kah


MUSUH RAKYAT DUNIA


Isnin, 23 Mei 2011

ESOK MARA BAHAYA AKAN SAMPAI




AWAS BERJAGA JAGA ESOK SELASA














INI INGATAN DARI PEMBACA


Minyak mana boleh naik harga la TT. Ianya hanya diselaraskan untuk merasioanalisasikan subsidi dan seterusnya menstabilkan ekonomi. Kah kah kah.
Oleh Tanpa Nama pada INGATAN UNTUK KITA SEMUA pada 11/05/23

tarikh bik mama pergi ke tempat tanah runtuh
Oleh Tanpa Nama pada INGATAN UNTUK KITA SEMUA pada 11/05/23

bro, gua ade komen tadi, apasal blom kuar lagi...? bik mama bro..bik mama..!!
Oleh Kurik pada INGATAN UNTUK KITA SEMUA pada 11/05/23

tarikh bik mama pergi ke tempat tanah runtuh. kah kah kah.....
Oleh Tanpa Nama pada INGATAN UNTUK KITA SEMUA pada 11/05/23

Soalan cepu emas: siapakah yang bakal berjogging di Hulu Langat? kah kah kah...
Oleh landslide jog pada INGATAN UNTUK KITA SEMUA pada 11/05/22

kutty nak terkujat lepas baca utusan meloya. ROS salahkan Anwar sebab kutty terbeliak. tapi kita doa kutty panjang umur senang nak bicara.
Oleh si kontol pada INGATAN UNTUK KITA SEMUA pada 11/05/22

Dunia Kiamat
Oleh Tanpa Nama pada INGATAN UNTUK KITA SEMUA pada 11/05/22

AWAS! CAUTION ! ACHTUNG! Pastikan isteri sahaja yang hadir ke temapat nahas. Jika suami hadir pasti akan ada mala petaka seterusnya. Bumi bergorak tak tahan dek azab boban badak.
Oleh adi langat pada INGATAN UNTUK KITA SEMUA pada 11/05/22

BIK MAMA BALIK..KAH KAH KAH
Oleh ipohmali pada INGATAN UNTUK KITA SEMUA pada 11/05/22

najib dan suaminya pulang...
Oleh Tanpa Nama pada INGATAN UNTUK KITA SEMUA pada 11/05/22

Warna kuning kat paltform tu mcm warna kuning minyak RON 95. Mungkin minyak RON 95 naik harga atau dimansuhkan terus. Maknanya kita semua perlu beli minyak hijau RON97.
Oleh PetroPas pada INGATAN UNTUK KITA SEMUA pada 11/05/22

Bik mama dtg melawat hulu langat. Takut runtuh plak tanah bila bik mama pijak
Oleh Tanpa Nama pada INGATAN UNTUK KITA SEMUA pada 11/05/22

bil letrik naik daa...
Oleh Tanpa Nama pada INGATAN UNTUK KITA SEMUA pada 11/05/22

Rosmah balik beri bantuan segera di hulu langat.
Oleh Tanpa Nama pada INGATAN UNTUK KITA SEMUA pada 11/05/22

Pengumuman PR13?
Oleh Tanpa Nama pada INGATAN UNTUK KITA SEMUA pada 11/05/22

Dunia nak kiamat!Gara2 Mat monggol dan bik mama.Kah..Kah..Kah.
Oleh Tanpa Nama pada INGATAN UNTUK KITA SEMUA pada 11/05/22

BIK MAMA akan pulang dan bakal menyebabkan tanah runtuh yang paling teruk dalam sejarah Malaysia. Pastikan selasa ini kita berada 5 km jauh daripada bukit-bukit, cerun-cerun dan gunung-gunung.
Oleh Kurik pada INGATAN UNTUK KITA SEMUA pada 11/05/22



GEMPA BUMI BAWA TANAH RUNTUH


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…GEMPA BUMI AKAN BELAKU LAGI…. kah kah kah..

kah kah kah…. TANAH AKAN RUTUH LAGI…. kah kah kah…

kah kah kah…. YAAA AMPOOOON…. kah kah kah…

kah kah kah….. YAAA AMPOOOON SELMATKAN LAH BUMI INI..kah kah kah..


2011/05/22

PM, ISTERI LAWAT LOKASI TANAH RUNTUH SELASA – tieunama

KUALA LUMPUR: Najib Razak, dan suaminya Rosmah Mansor, akan melawat lokasi kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat sejurus tiba dari lawatan luar negara Selasa ini.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Najib dan suami menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi itu dan berharap keluarga mangsa akan tenang dan sabar menghadapi dugaan Allah.

Najib kini berada di Washington untuk lawatan kerja ke Amerika Syarikat sejak 17 Mei lalu dan dijadual pulang ke tanah air Selasa ini.
Dalam kejadian pada kira-kira 2.30 petang semalam, 16 mangsa terkorban manakala sembilan yang lain cedera. TIEUNAMA

Sabtu, 16 April 2011

BIK MAMA RULES OK!



FACEBOOK BIK MAMA




BIK MAMA
Suami kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Saya juga adalah FLOM.

Page: ‎280 people like this.


SAYA TIADA AKUAN FACEBOOK - berita hairan

Rosmah dedah penipuan pihak tertentu salah guna nama

KUALA LUMPUR: Suami Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan beberapa akaun Facebook menggunakan namanya kerana beliau tidak pernah mendaftar di laman sosial berkenaan.


Malah, apa yang mengejutkannya, selepas diselidiki, akaun yang digambarkan seolah-olah dikendalikannya dan memaparkan laporan berserta gambarnya ketika menghadiri majlis rasmi yang dipercayai didaftarkan individu atau pihak di luar negara.

“Saya terkejut kerana sebelum ini, Datuk Seri S Samy Vellu memberitahu bahawa beliau sudah menjadi rakan saya di Facebook.

“Sudah pasti saya hairan, bagaimana itu boleh berlaku sedangkan saya tidak pernah mendaftar pun di situ. Justeru, anda semua harus berhati-hati dan tidak tertipu.

“Saya tidak akan berbuat begitu (mendaftar dan berkomunikasi menerusi Facebook)...saya sentiasa bertemu dan berinteraksi terus dengan rakyat, bukannya di Facebook,” katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


sila baca ini dalan facebook bik mama


Mohd Fikry Mohd Yusof:
politikus di malaysia ini sangat versatile,boleh jadi penyanyi,tukang kebun,atlet,penoreh getah,cuma tunggu Bik Mama buat tiger show je belum lagi
Thursday at 8:28pm · View Post

Ibrahim Ali
Bila saya cakap isteri punca suami curang.. saya maksudkan ISTERI.. bukan SUAMI.. harap Bik Mama jangan salah faham.
April 8 at 6:48pm · View Post

الشيخ أحمد فائز
oh bik, minyak dah naik lagi..sedapla ko dapat p trim rambut ngn duit kami kan..kalo kau nak tau cerita HANTU KAK LIMAH sebernya perli kau, HANTU KAK ROSMAH..haha
April 2 at 7:55pm

Bik Mama
kadang kadang saya tak faham mengapa rakyat harus marah dengan kenaikkan harga komoditi.Kerana pada hemat saya kenaikkan ini semua melambangkan kemakmuran negara dan tidak langsung membebankan golongan berpendapatan rendah.Ubah gaya hidup~
April 5 at 5:07am

Bik Mama
Ah penatnya masih tak dapat lelap.Lama juga tak jenguk sini kerja banyak.Masih mengkaji untuk menaikkan harga RON95 untuk menampung perbelanjaan pilihanraya sarawak yang bakal berlangsung.Rasa-rasa naik 50 sen pun masih tidak beban rakyat kan?
April 5 at 4:58am





Rabu, 16 Jun 2010

DARI KOTA BAHRU




ISTERI DAN SUAMI LARI



berita terakhir dari kota bahru
melaporkan isteri bik mama telah
berjaya menaiki kapal terbang
sebelum beratus ratus penunjuk
perasaan sampai ke lapangan terbang.




JAM 10.57

DARI LAPANGAN TERBANG KOTA BAHRU

para pendemo dari stadium telah bergegas
memburu lord murujib yang telah melarikan diri
dari plencaran pesta kelatan.

pesta kelantan yang telah dilanda banjir dan
leterik padam ini cukup memalukan
bik mama.

sayangnya lord murujib telah berjaya
melepaskan diri sebelum para
demonstran sampai.







KESIAN TOK PA ...APA JADI DENGAN ALAT PEMBESAR SUARA ! SIAPA SABOTAGE !!!







SUWEY PUNYA BADAN - SOUND SISTEM GAGAL - LANCAR PROGRAM PAKAI LOUD HAILER





SILAP LORD TAK JADI DATANG

stadium black out
para demonstran yang bersedia bergegas ke lapangan terbang
untuk berdemo keran mungkin lord murujib lari.

stadium masih gelap.

semua teraba-raba.


JAM 9.46

Lord murujib sampai

JAM 9.30

Lord Murujib belum sampai sampai.
Minah cun dan balak telah celaah


JAM 9.04

mengikut aturcara majlis jam 8.45 kesampaian
lord murujib dan bik mama.

jam telah melintasi 9.malam.
hujan masih lebat
kilat sabung menyabung

ini sms dari hussam : allah lindungi negeri kelantan !



JAM 8.48


fru kelihatan merata rata
nampaknya satu warga kota bahru
sedang di jaga oleh 20 orang fru.

malam ini kota bahru adalah kota
paling selamat sesudah baghdad kah kah kah


JAM 8.46

stadium tempat peresmian kosong
tidak kelihatan artist yang
seharusnya telah memulakan malam ini.

apakah akan ada maian bunga apai malam ini
dengan ribut dan hujan ini
bagus juga kalau dihappykan
dengan maian bunga api.

nak bagi bik mama senyum sikit kah kah kah




INI GAMBAR TERKINI - JAM 8.44 DARI KOTA BAHRU SEMUA LUNGKUP OLEH HUJAN





jam:8.41 malam

TERBARU:


hujan makin lebat
kilat sabung menyabung
banyak khemah tercabut

siapa punya angkara?

siapa bertanggung jawab memanggil
nama inrahim ali?

bik mama akan kecewa kerana
angin ribut ini kalau tak berhenti
habis rambut terbarai kah kah kah



FRU DISERATA PENJURU ARAH KE STADIUM



HUJAN LEBAT KACAU MAKE UP BIK MAMA





BEBERAPA MINIT TADI HUJAN LEBAT TURUN



warga kota bahru bertempiran lari

fru kelihatan di pelbagai penjuru arak ke stadium
ini kerana telah ada ura ura untuk berdemo malam ini.

demo malam ini adalah menuntut royati minyak
dan juga memberi ingatan kepada penganjur
agar jangan kurang ajar tidak menghormati
tuan rumah.

kaki kaki bodek dan jantan berperut gendut berbaju
batik lengan panjang kelihatan datang dengan kereta
besar mereka semua menuju ke stadium.

semua nak tunjuk muka pada bik mama
manalah tahu dapat projek tudm
di sungai besi atau dapat
projek beli tandas untuk istana negara
atau dapat projek supply botox
untuk bik mama kah kah kah

Khamis, 30 September 2010

PENGANJUR MINTA MAAF




ANUGERAH DARI SULTAN



nota:

minta maaf kerana
tidak diberi tahu
bahawa derajah kebesaran
tersebut datang dari sultan sulu

sesiapa yang mendapat anugerah
derajah kebesaran ini wajib membelinya
ketika hari keputeraan sultan
sulu.

nota:
semua yang menjawab
akan dapat anugerah
kecuali kavita singh kah kah kah





JAWAPAN 1

soalam. no 1, tang situ saja ada suspension, belakang dok tang sayap. no 2, mesti masuk mengereng,kalau tidak orang lain tak boleh lalu. no 3, ikut saiz memang first. harap2 betul

JAWAPAN 2
jawapan 1 : sebab bik mama nk kan keselesaan yg optimum. dgn mengosongkan ruang depan. aktiviti spt senaman, joging, press conference, buat2 berborak dgn kanak2 & dan menasihati orang ramai lbh mudah.. jawapan 2 : sebab lemak lengan sangkut kat pintu. mengiring pun sangkut gak bumper sikit. tapi pakse gak la. bumper lembik sikit.. lemak lengan keras mcm kayu, xble pakse jawapan 3 : sebab posisi 1st lady mewajibkan berat sekitar 60kg. supaya tidak mengah atau berpeluh ketiak semasa melakukan aktiviti

JAWAPAN 3
1. sebab senang dia nak arahkan pilot untuk pergi ke sg besi airpot untuk deal project dgn taek terjulor julor, kemudian sampai di airpot senang untuk dia turun dulu dan mencilok enjin kapal terbang... tetapi ada peguam berpangkat datuk yg nampak..jesteru itu peguam berpangkat datuk tersebut cuba mengepau komisyen.. untuk menutup mulut... 2. di new york mereka bertemu semula dlm lif... peguam tersebut meminta komisyen namum bik mama berpura2 menyamar masuk lif mengereng.. demi zeus..peguam tersebut berkata ohhh ziana zain rupanya.. ku pikirkan bik mama.. maka terselamatlah bik mama dari di pau oleh peguam tersebut.. 3. bik mama tidak boleh menjadi 1st lady kerana.. ada satu nota dari teo beng hock mengatakan.. pelajar sekolah alif tendang wau "sarkis" yg terlepas dari kes bini puaka.. telah terflip flop.. belum muktamad lagi untuk menconteng dinding dewan.. kerana salah seorang yg buta huruf hanya kenal huruf "M" sahaja.. jesteru itu.. dia keliru antara Rosmah & Rosnah.. Demi zeus mereka tersalah nobatkan maka.. title 1st lady jatuh kepada Ketua puteri Umon Rosnah Shirlin
Oleh Modern Talking pada JAWAPAN LAGI

JAWAPAN 4
jawapan: 1) sebagai ganti air bag 2) Jalan macam ketam 3) barang kitar semula
Oleh kunyit pada JAWAPAN LAGI pada 10/09/29

JAWAPAN 5
Bro aku pun nak jawab... 1 : Sebab dia Blue Hipo garang.. Sorg diri boleh makan 10 seat.. Passenger lain semua takut so duduk kat ekor je lah.. 2 : Sebab pandangan sisi beliau nampaaak sliiiim bebeh.. 3 : Dah tentunya beliau tak boleh jadi first lady, kan first lady ialah Najeeb..

JAWAPAN 6
Biar aku pulak jawab... 1. Dalam kapal terbang tak ada duta Malaysia, jadi dia tak takut bontot dia ditengok orang. 2. Masuk dalam lif kat NY bersama duta Malaysia, mesti takut kena raba bontot, sebab tu mengereng.. 3. Tak boleh jadi first lady sebab dia janda, bini nombor duaaaaaa..

JAWAPAN 7
1. utk balancing dan juga sebab bik mama segan kalau org lain ada kt seat depan, susah lah die nak bukak baju buat garu2, takut semua penumpang lain mati tgk lemak.. 2. sebab bik mama tak mau tunjuk pungkok, takut mat saleh pikir die mengandung kt pungkok.. 3. sebab first lady sebenarnya untuk alhantuya..
Oleh Tanpa Nama pada JAWAPAN LAGI pada 10/09/29



Selasa, 28 September 2010

BELUM ADA PEMENANG





GELARAN TUN DATOK SERI TAN SERI MENUNGGU PEMENANG !





JAWAPAN 1
kahkahkah …, gegar la bumi ni kalo bik mama jog. shake it shake it baby!

JAWAPAN 2
tak bleh jawap.. syusah siot soklan ko …..

JAWAPAN 3
aku cicit sedara kepada bapak tiri angkat nujum pak belalang...nak jawaplah bro...tengah takdak kijer ni.. soklan 1.. kenapa dalam kapal terbang hanya bik mama seorang duduk di hadapan yang lain semua duduk di kawasan ekor kapal terbang ? jawapannya... untuk buat balansing....nak elak kapalterbang dari menjunam .... soklan ke-2.. kenapa bilk mama bila masuk dalam lift di new york dia mengereng? jawapannya... sebab dengan cara itu mat saleh di New york akan nampak bik mama sangat slim.... soklan ke-3.. kenapa bik mama tak boleh jadi first lady ? jawapannya.... sebab bikmama adalah barang second hand daaaa...mana boleh jadi brand new.... kah kah kah kah kah kah...

JAWAPAN 4
Kah kah kah! Bik Mama ada kumpulan Facebooknya yg tersendiri... kelakar punya barang... please join it!!! http://www.facebook.com/pages/Bik-Mama/209501413126?ref=mf


Isnin, 1 Februari 2010

RABA RABA BUNTUT RUPANYA



SIAPA AGAKNYA YANG SUKA MENJARJIS PELAYAN BAR?




UMNO UMPAN PKR UNTUK TUMBANGKAN PAKATAN RAKYAT - malaysiakini

Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim mengakui wujudnya usaha Umno untuk 'memikat' beberapa ahli parlimen parti itu, termasuk ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Anwar berkata, usaha tersebut diketuai oleh bekas menteri kabinet, Jamaludin Jarjis dan juga pemimpin Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan, yang menghubungi Azan melalui telefon bimbit.

"Azan beritahu secara khusus bahawa Huan daripada Parti Cinta Malaysia cuba untuk pikat dia," katanya yang menerima bukti hubungan itu dibuat melalui telefon bimbit Azan.

KAH KAH KAH…

kah kah kah…RABA RABA BUNTUT SEDANG SUSAH… kah kah kah..

kah kah kah… BIK MAMA SUDAH HALAU DIA PERGI MAIN TEPI JALAN…kah kah kah…

kah kah kah…DULU BODEK FIRAUN … SEKARANG KENA BETUL BETUL BODEK BIK MAMA…. kah kah kah..

kah kah kah… KALAU TIDAK BUKAN SAJA TAK DAPAT KERUSI ..kah kah kah…

kah kah kah … SUP BONTOT PUN TAK DAPAT RASA LAGI…kah kah kah..

woit.. RABA RABA BONTOT INI BETUL TAK ADA IDEA…kah kah kah..

kah kah kah… BUKAN SUSAH NAK BODEK BIK MAMA… kah kah kah..

kah kah kah… NANTI BILA BIK MAMA DATANG KE AMERIKA…BUAT LAH CERITA BIK MAMA JUMPA KOTAK OBAMA… kah kah kah..

nota:
amerika ada obama
malaysia pun hebat ada bik mama
china lagi hebat ada tiew na nama kah kah kah




Selasa, 25 Oktober 2011

SUDAH MINTA AMPOOON




BIK MAMA DI HABITAT ASAL







RALAT- meloya

BERLAKU kesilapan gambar pada berita bertajuk Rumah juruterbang TUDM sekali lagi disamun, bakar dalam Utusan Online (www.utusan.com.my) semalam.

Gambar sepatutnya yang mengiringi berita tersebut telah dikemaskinikan pada pukul 1 petang.

Utusan meminta maaf di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu. – Pengarang

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...MUSTAHIL RALAT.... kah kah kah..

kah kah kah...MACAM MANA GAMBAR BIK MAMA SHOPPING TERSAUK BERITA TUDM.... kah kah kah..

kah kah kah...INI GAMBAR BIK MAMA DALAM HABITAT ASLI.... kah kah kah...

kah kah kah...KEDAI GELANG PERMATA DI DUBAI ADALAH HABITAT BIK MAMA.... kah kah kah..

kah kah kah...TAK MUNGKIN GAMBAR SALAH.... kah kah kah..

kah kah kah...MUSTAHIL GAMBAR DUBAI INI DIKELUARKAN TANPA SEBAB... kah jkah kah..

kah kah kah... MINTA MAAF UNTUK APA?.... kah kah kah..

kah kah kah...INI MESTI KERANA BIK MAMA SUDAH TALIPON..... kah kah kah..

nota:
warga utusan teruskan perjuangan anda
cara menibai bik mama cukup bijak
syabas!
teruskan usaha yang baik
tapi berhati hati



Rabu, 8 Jun 2022

KENAPA ROSMAH TAK MAHU KLIM RANTAI BERLIAN

 



Rosmah tak mahu tuntut rantai berlian AS$220,500, mahkamah diberitahu

ROSMAH Mansor hari ini menarik balik tuntutannya terhadap rantai tangan emas putih bertatahkan berlian bernilai AS$220,500 yang kini disimpan dalam bilik kebal Bank Negara Malaysia (BNM).

Perkara itu dimaklumkan peguamnya, Azamuddin Abd Aziz semasa pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin.

“Anak guam kami tidak mahu lagi meneruskan tuntutan terhadap item (rantai tangan emas putih) tersebut,” kata peguam itu.

Peguam David Gurupatham, yang mewakili syarikat barang kemas Lubnan, Global Royalty Trading SAL turut mengesahkan bahawa isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu tidak mahu menuntut rantai tangan tersebut.

Katanya dengan penarikan balik tuntutan oleh Rosmah, ia telah menjimatkan masa dan kos semua pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini.

Selain Rosmah, Global Royalty turut membuat tuntutan terhadap rantai tangan berkenaan.

Barang kemas itu adalah antara pelbagai barangan yang dirampas polis dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences pada Mei 2018, yang didakwa ada kaitan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sementara itu, peguam Syazwani Mohd Zawawi yang mewakili Najib berkata pihaknya telah menghantar satu representasi kepada pihak pendakwaan pada 26 Mei lepas berhubung tuntutan Najib, selaku pihak ketiga terhadap tujuh utas jam tangan yang dituntut sebelum ini, namun masih belum menerima maklum balas berkenaan representasi tersebut. 

Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi itu dan ia masih dikaji selain akan memaklumkan kepada mahkamah sekiranya terdapat perkembangan berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, Faten Hadni memohon untuk meminda senarai harta dalam notis usul pelucuthakan harta iaitu 2,436 unit barang kemas, tujuh utas jam tangan dan 29 unit beg tangan yang mana kesemua barangan itu disita di kondominium milik Obyu Holdings di Pavilion Residences pada 17 Mei 2018.

“Pihak kami menghujahkan bahawa permohonan meminda notis usul ini tidak memperjudiskan mana-mana pihak dan dibuat sejajar dengan peruntukan undang-undang,” katanya.

Muhammad Jamil membenarkan permohonan pindaan notis usul itu dan menetapkan 26 dan 27 September ini bagi pendengaran permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak harta-harta tersebut.

Pada 2019, pihak pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan pelbagai barangan dirampas termasuk 11,991 barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 aksesori jam tangan, 234 pasang cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,39. – Bernama, 8 Jun, 2022.

WOIT

LU TAHU APA

PASAI  BIK MAMA

TAK MAHU

RANTAI BERLIAN

AMIN

BIK MAMA

TAK MAHU KLIM

CINCIN INTAN

AMIN

KAH KAH KAH

PASAL LEHER

BIK MAMA DAH

BESAR TAK MUAT

NAK IKAT RANTAI

KAH KAH KAH

JARI BIK MAMA

JADI TEMBAM

CINCIN DAH

TAK BOLEH MASUK

KAH KAH KAH

BINCAT BIK MAMA

OPPS... BINCAT

NI APO ???

KAH KAH KAH

BINCAT BIK MAMA

DAH TERJULUR

BESAR TELUNJUK

KAH KAH KAH

KHALAS