Jumaat, 23 Oktober 2026

IRAN DAH LAMA MENUNGGU


WOIT

IRAN DAH LAMA

TUNGGU

AMIN

CAKAP BANYAK

TAKDA GUNA

KAH KAH KAH

DATANGLAH

SEKARANG 

KAH KAH KAH

KHALAS



AS-Israel atur serangan baharu ke atas Iran selepas pilihan raya AS

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) dan Israel telah menyediakan rancangan khusus untuk serangan baharu ke atas Iran selepas pilihan raya separuh penggal AS.

Demikian menurut pegawai AS dan pihak lain yang diberi taklimat mengenai perbincangan terbabit.

Ketika perancangan operasi yang singkat namun sengit itu, tentera AS dan Israel telah mempergiat latihan dengan menerbangkan pesawat di atas Iraq untuk melatih gerakan serangan.

Setuasuaha Perang AS, Pete Hegseth, bertemu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, di Israel pada awal Oktober untuk membincangkan serangan baharu, kata pegawai AS.

Sasarannya mungkin termasuk prasarana tenaga Iran, kemudahan nuklear serta senjata peluru berpandu dan dron.

Sesetengah pegawai berkata satu lagi serangan besar boleh mengheret ekonomi Iran ke ambang kehancuran dan memaksa negara itu membuat konsesi diplomatik, selepas hampir lapan bulan konflik.

Bagaimanapun, timbul keraguan sama ada fasa baharu ini mampu mencapai kejayaan lebih besar berbanding fasa pertama serangan sengit gabungan AS-Israel antara Februari dengan April lalu.

Pertempuran itu menyebabkan harga tenaga dan inflasi meningkat di seluruh dunia, menjejas keselamatan di Asia Barat dan mengurangkan bekalan peluru berpandu pemintas Pentagon.

Belum pasti juga sama ada Presiden AS, Donald Trump, akan meluluskan serangan baharu. Beliau berulang kali memveto rancangan pada 2026 untuk kembali kepada operasi tempur besar-besaran.

Pegawai Iran berjanji akan membalas kali ini dengan meluaskan sasaran mereka, bukan sahaja kapal dagang dan prasarana tenaga di rantau itu, bahkan juga pusat data dan kabel Internet dasar laut.

Mereka berkata pertempuran itu tidak akan selesai dalam masa yang singkat atau terhad.

Ketika AS sedang mengumpulkan senjata dalam jumlah besar, yang akan siap sepenuhnya menjelang awal November, usaha diplomatik diteruskan.

Perunding AS memanfaatkan ancaman penularan semula konflik sebagai talian tawar-menawar bagi mendesak kemajuan rundingan berhubung program nuklear Iran dan kawalan ke atas Selat Hormuz.

Setakat ini, perunding Iran enggan membuat konsesi tentang program nuklear dan berkeras menangguhkan isu itu ke peringkat lebih lewat dalam rundingan.

Pilihan raya Israel pada 27 Oktober boleh merumitkan rancangan itu kerana jika Netanyahu kalah, beliau akan menjadi perdana menteri sementara dan sukar baginya untuk melancarkan perang, kata pakar.

Namun, sesetengah penganalisis percaya Netanyahu boleh memanfaatkan kemungkinan serangan bersama AS-Israel untuk menekan pesaingnya menyertai pemerintahan bersepadu bagi menguruskan perang. Ini akan memanjangkan cengkamannya pada kuasa. – AGENSI

Tiada ulasan: