Sabtu, 19 Mac 2011
KENYATAAN MEDIA - BIGMAC
KENYATAAN MEDIA
18 MAC 2011
Kami membantah sekeras-kerasnya tindakan biadab dan terdesak pihak pembangkang yang sekali lagi melakukan sabotaj dengan menggodam laman Facebook (FB) YABhg Bik Mama, suami kepada Perdana Menteri Malaysia merangkap FLOM.
Tindakan sabotaj kali ketiga ini amat dikesali dan mencerminkan ketakutan pembangkang dalam berhadapan dengan pengaruh serta populariti YABhg Bik Mama yang semakin disayangi oleh rakyat Malaysia.
Kami juga menyokong sepenuhnya kenyataan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Nazri Aziz yang menggesa agar semua pihak terutamanya pembangkang supaya menghentikan segala fitnah dan tohmahan ke atas YABhg Bik Mama.
YABhg Bik Mama merupakan seorang wanita cekal yang berkebolehan di dalam pelbagai bidang. Sebagai FLOM, pastinya YABhg Bik Mama dicemburui dan dimusuhi oleh banyak pihak yang sentiasa tidak berpuas hati, meskipun beliau telah banyak menaikkan imej negara di peringkat antarabangsa.
Selain berperanan sebagai suami dan ibu, YABhg Bik Mama juga berkemahiran dalam pelbagai bidang. Ini termasuklah, pentadbiran awam, pengurusan politik, pendidikan, pembangunan wanita dan kanak-kanak, hubungan antarabangsa, sains kesihatan, alam sekitar, sains nuklear, teknologi hijau, seni suara dan pembangunan fesyen Islamik. Segala kebolehan ini pastinya telah digunakan oleh YABhg Bik Mama dalam usaha memartabatkan maruah negara di mata dunia terutamanya di kalangan negara-negara Islam seperti Tunisia, Mesir, Libya dan Bahrain yang telah jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek jika dibandingkan dengan Malaysia.
Oleh yang demikian, kami mewakili rakyat Malaysia dengan ini mengisytiharkan sokongan serta taat setia yang tidak berbelah bagi kepada YABhg Bik Mama, suami kepada Perdana Menteri Malaysia yang amat dikasihi.
Dengan ini, kami juga ingin mengumumkan penubuhan Kelab Bik Mama atau dalam bahasa Inggeris disebut Bik Mama Club (BikMaC) sebagai medium dalam membela serta menyokong perjuangan YABhg Bik Mama dalam memartabatkan maruah negara dan kerajaan secara glokal.
Kepada yang berminat untuk menjadi ahli BikMaC, anda dijemput menyertai kami di laman FB "Kelab Bik Mama (BikMaC)" atau di laman Twitter dengan mengikuti @Bik_MaC.
PROF. DATO' DR. IR. NAZREE YATIM
Pengerusi
Jawatankuasa Penaja
Kelab Bik Mama (BikMaC)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
Hahahaha...lawak siot....
Sktn3t ,
U account has been hacked ! hahaha! kesian bik mama . . . orang nak men fesbuk , dia nak fesbuk , orang nak joging , dia pn nak joging.. kesiannn . nak men fesbuk pn kena godam .. ish ish ish ! hahaha
Selain berperanan sebagai suami dan ibu, YABhg Bik Mama juga berkemahiran dalam pelbagai bidang. Ini termasuklah, pentadbiran awam, pengurusan politik, pendidikan, pembangunan wanita dan kanak-kanak, hubungan antarabangsa, sains kesihatan, alam sekitar, sains nuklear, teknologi hijau, seni suara dan pembangunan fesyen Islamik
bersesuaian dgn "satu" malaysia kesukaan dia & isteri, tambah lah satu lagi bro tt,
YAB (Yang Amat Besar) Bik Mama juga memegang peranan sebagai Ketua Besar Persatuan Sepanjang Tahun Tadarus Malaysia (PeSeTaT)...
-average joe-
klakka-la.blogspot.com
'BIG MAC, BIGMAC, BigMac.. Bravo !
inilah berita terbaik/kenyataan tercemerlang yang aku tunggu dulu, kini & selamanya dari tt.
langkah yang amat suci dari tt, yang selama ini selalu provokosi tahap fitnah kepada YABhg Bik Mama yang amat disayangi oleh ummah termasuk flora & fauna.
aku tarik balik segala kata kesat aku kepada tt seperti "fukc' & 'poyo' kerana selama ini dengan gaya dan bahasa yang dipelbagaikan tt telah menajiskan lidahnya kerana selalu bersangka buruk kepada Big Mama.
percayalah, rakyat malaysia alaf ini amat bertuah lagi diberkati kerana kita telah dianugerah seorang wanita pertama Bik Mama yang citranya seperti ; muslimat alkamilah, isteri solehah, ibu mithali, pemimpin anggun wanita malaysia, pengasih/penyayang, wajahnya terpamer tawadduk/warak,zuhud.
sifat suci Maryam & pengorbanan Khadijah terserlah pada seluruh citra Bik Mama. Maka benarlah seperti penaakulan yang ditegaskan oleh D. S. Nazri Aziz yang maha arif itu supaya jangan terdengar lagi sebarang butir fitnah-mehnah/tohmahan kepada Bik Mama.
Bik Mama simbol perpaduan, kasih sayang & maruah negara global/lokal.Aku & tt bersama makmun2nya menyokong sekeras2nya pengerusi jawatankuasa penaja Kelab Big Mac
Salam tt,... no more fuck
matalembu@gmail.com
Kah kah kah..
Gua dah search entire Facebook, takde pon Fan Page "Kelab Bik Mama"..Ke mata gua juling??
Kah kah kah
Saya ni orang panggil budak itam... boleh saya join club ni tak.. saya suka la club yg boleh nyanyi2 nie..
By SHINO YUASA and ERIC TALMADGE, Associated Press – 36 mins ago
FUKUSHIMA, Japan – Japan said radiation levels in spinach and milk from farms near its tsunami-crippled nuclear complex exceeded government safety limits, as emergency teams scrambled Saturday to restore power to the plant so it could cool dangerously overheated fuel.
The food was taken from farms as far as 65 miles (100 kilometers) from the stricken plants, suggesting a wide area of nuclear contamination.
jeng jeng jeng!
By SHINO YUASA and ERIC TALMADGE, Associated Press – 36 mins ago
FUKUSHIMA, Japan – Japan said radiation levels in spinach and milk from farms near its tsunami-crippled nuclear complex exceeded government safety limits, as emergency teams scrambled Saturday to restore power to the plant so it could cool dangerously overheated fuel.
The food was taken from farms as far as 65 miles (100 kilometers) from the stricken plants, suggesting a wide area of nuclear contamination.
jeng jeng jeng!
tak jumpalah FB gantian ni
macam sial.
Catat Ulasan