Sabtu, 30 Ogos 2008

JANGAN BOHONG HAL MERDEKA

Setiap tahun - pada bulan Ogos -  rakyat negara ini telah di tipu dan di bohongi oleh United Malays National Organisation tentang MERDEKA.  Melalui media yang mereka miliki mereka telah memekik melolong menjaja fakta bohong tentang apa yang mereka panggil sebagai merdeka.

Malaysia ditubuhkan BUKAN pada 31 Ogos. Jangan bohong.  Pada 31 Ogos 1957 ialah hari British lari setelah di perangi oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. 31 Ogos TIDAK ada sangkut paut dengan projek Malaysia.

Malaysia di tubuhkan pada 16 September 1963.  Malaysia ialah projek British.

British menjajah Tanah Melayu ( termasuk Singapura ).  Rakyat telah bangun melawan dengan mengangkat senjata. Adalah bohong apabila di tulis dalam buku sejarah dimana Untied Malays National Organisation telah mengatakan kita Merdeka tanpa tumpah darah.

Ini bohong besar.  Ribuan nasionalis telah mati berjuang melawan British.

Rakyat Tanah Melayu telah melancarkan Perang Rakyat melawan British semenjak Jun 1948. Penjajah British memanggilnya Darurat.  Ini bukan darurat.  Tidak ada sesiapa pun dalam darurat. Rakyat tidak darurat sakit perut.  Yang dalam darurat ialah British kerana mereka sedang di serang.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM), Parti Komunis Malaya (PKM),  Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angakatan Pemuda Insaf (API),  Angkatan Wanita Sedar (AWAS ),  Hisbul Muslimin adalah badan-badan politik yang lebih awal bagun berjuang untuk memerdekkan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini sejarah bukan kelentong.

Di mana United Malays National Organisation waktu itu? Taraaak lagi.

Pada tahun 1941 ketika badan dan parti-parti politik ini bangun bergerila menentang Jepun , United Malays National Organisation belum wujud.  Gerakan nasionalis ini telah mula menyususn gerakan untuk menghalau British sebelum Jepun sampai.  Apabila Jepun datang ke Tanah Melayu pada tahun 1941 mereka berlajar bergerila dengan bergerila.  Mereka belajar perang melaui perang menentang Jepun.

Ini sejarah bukan kelentong.

Dimana United Malays National waktu itu?    Taraaaaak lagi.

Badan politik yang PERTAMA menuntut merdeka ialah  KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) yang di pimpin oleh Ibrahim Yacoob.  Slogan parti yang ditubuhkan pada tahun 1938 ini ialah MERDEKA!

Apa slogan United Malays National Organisation …. Ciiis nak cakap pun malu. Parti hampeh ini di wujudkan oleh British pada tahun 1946 sesudah semua parti Nasionalis lain diharamkan atau pemimpin merek di penjara atau dibunuh.  Slogan nya ….Hidup Melayu !

Ini sejarah bukan kelentong.

Apabila parti nasionalis lain angkat senjata bergerila, United Malays National Organisation pergi berunding dengan British. Hampeh ! Ini lah pembelotan namanya.

British kalah teruk. Untuk memastikan harta kekayaan British - lombong bijeh dan ladang getah - di jaga dengan baik British telah mengangkat United Malays National Organisation untuk ‘ jadi budak suruhan’.

Ini sejarah bukan kelentong.

Sesudah British lari dari Tanah Melayu timbul pula gerakan nasionalis di Borneo. Rakyat Sabah, Serawak dan Berunai ingin Merdeka. Mereka memanggil negara mereka Kalimanta Utara dengan gerakan gerila bernama – PARAKU – Pasokan Rakyat Kalimantan Utara.

British melihat ini bahaya. Harta mereka di Tanah Melayu telah dapat di selamatkan kerana ada barua mereka di sini. Lalu projek Malaysia di telurkan. Malaysia ialah sebuah projek British untuk memastikan harta kekayaan mereka dapat dijaga terutama minyak di Berunai.

Dalam masa yang sama Parti Rakyat Berunai yang anti British di bawah pimpinan Al Zahari menang dalam pilihanraya. Parti Rakyat di haramkan. Al Zahari di tangkap. Anak raja yang berumur 9 tahun ketika itu di nobatkan. Tentera British dan Ghurkha menjaga Berunai. Sultan Tua yang bersimpati terhadap nasionalis di ketepikan. Berunai menjadi tanah jajahan syarikat minyak Shell/BP. Berunai tidak masuk dalam gagasan Malaysia.

Singapura yang semenjak beribu-ribu tahun ialah sebahagian dari Tanah Melayu keluar dari Malaysia pada tahun 1964. Ini juga projek British berjangka panjang. Singapura diperlukan untuk memainkan peranan seperti Isreal dalam dunia Arab. Singapura kini adalah ‘Israel’ dalam dunia Melayu.

Dunia Melayu – Indonesia/Tanah Melayu/Selatan Siam - adalah sebahagian dari konsep Melayu Raya yang di bawa oleh KMM pada tahun 1938.

Ini sejarah bukan kelentong.

Jadi apa kena mengena 31 Ogos dengan Malaysia. Taraaaaaakkkkk!!

Ini kelentong. Rakyat Sabah dan Serawak di paksa masuk Malaysia oleh British. Kerana itu hingga ke hari ini majoriti rakyat Sabah dan Serawak ingin merdeka dan berkerajaan sendiri. Mereka tidak ambil pot tentang 31 Ogos.

Apabila United Malays National Organisation bungkus nanti – kita wajib menulis kembali sejarah perjuangan kaum agama, kaum nasionalis, kaum kiri, kaum buruh, kaum tani dan kaum komunis yang telah berjuang dan berkorban mati untuk memerdeka kan Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura.

Esok 31 Ogos tidurlaaaa sampai meninggi hari. Tidak ada apa-apa yang hendak di sambut. 31 Ogos BUKAN hari Malaysia. Itu pesta kelentong United Malays National Organisation.

( Cuba fikirkan sejenak kenapa nama parti ini United Malays National Organisation - Ini nama Mat Salleh kan? Period.)

45 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku setuju apa yg diperkatakan oleh tukar tiub walaupun aku jahil sejarah tanah melayu ni..

hmm... sape yg karang buku teks sejarah masa belajar di sekolah dulu ek?

aku rasa kita kurang belajar dari sejarah sebab sejarah yg diceritakan banyak 'corner lipat'..

terima kasih abg hisham...

Tanpa Nama berkata...

Saudara Isham,

Sama juga dengan fakta-fakta tentang Parameswara, Hang Tuah dan gengnya. Adakah dimanipulasikan?

Ya, Malaysia Boleh, dulu, kini dan selamanya.

Dah baca logo merdeka ke-51 yang ditiru 50% dari Logo Taiwan? Silalah ke malaysiakini/Malaysia Today.

kulupSakah berkata...

tu belum masuk part lagu Negaraku yang dicedok dari lagu Hawaii "Mamoola Moon"..you tube pun ada lagu tu..hampeh kunyit!
bayangkan kalau Malaysia menang pingat emas di Olimpik(entah bilee...) tiba2 negaraku dimainkan..kita punyalah tegak hormat, orang hawaii bantai menari romantik!

aku dari dulu tak berkenan bendera Malaysia macam bendera Usa!

Panglima berkata...

Saudara Isham,
Aku nak tambah sikit lagi..
Pemimpin kita dari yang pertama hingga ke 'enam' bernaung di bawah panji2 British malahan banyak bakal pemimpin sekarang belajar di UK-maknanya diasuh dengan cara pemikiran orang British hatta dah 'merdeka' pun masih lagi terikat dengan British ( Komanwel, Reid, etc ).Penjajahan ini bukan lagi melalui peperangan tetapi melalui perdagangan (Shell, BP,
Esso, Projet dsb ).Kita sebenarnya belum merdeka sepenuhnya.Kita masih dijajah melalui pemikiran serta tindakan kerajaan terhadap rakyat ( ISA,mahkamah sivil,kuasa raja2,dsb)
Aku x pernah rasa negara sudah merdeka selagi hukum2 British masih digunapakai.Prinsip aku senang," Negara Berkebajikan kepada rakyatnya itulah kerajaan sebenar Malaysia"

kulupSakah berkata...

lagi satu bro isham,
lagu Jalur Gemilang tuu..

semua dia jelaskan apa maknanya:-
1. warna merah, putih biru dan kuning

2. 14 melintang jalurnya

tapi makna bulan dan bintang yang kita belajar masa sekolah rendah dulu dia tak jelaskan..
apasal? dah takde makna ke? tak belajar Tatarakyat ke?
inilah lirik SISO yang paling aku tak suka selain lagu mengampu "Keranamu Malaysia"..
Tengok blog aku ada cerita nii!!

Karipole berkata...

asal saja hari merdeka tv pun sibuk tayang filem sarjan hasan dan bukit kepong. Sarjan Hassan tu pejuang kemerdekaan ke? setahu aku yang lawan jepun tu komunis dan force 136. Kalau mengikut cerita tu Hassan ni mungkin force 136 yang ditubuhkan oleh british untuk menghalau jepun. Jauh bezanya antara pejuang kemerdekaan dan tali barut british.
Polis bukit kepong semuanya kerja dengan british, apa kena mengena dengan merdeka.
Minta bro isham buat filem pejuang kemerdekaan seperti Ahmad Boestamam atau Dr burhannudin supaya rakyat lebih faham.

Truckster berkata...

Bro kupaskan lagi "kelentongan" sejarah oleh gerombolan united malays national organization....kami sesungguhnya sudah muak dengan ini semua...

kami orang muda hanya membaca buku sejarah sekolah rendah dan menengah....yg banyak kelentongnya...

gerombolan ini harus dikuburkan

EQUILIBRIUM berkata...

mofirha,

sejarah sebegini ada jugak diajar dlm sekolah tapi cuma luaran saja. cuma utk menunjukkan gerakan kemerdekaan malaya masa itu.

kalau kita nak tahu sejarah negara kena rajin beli buku ataupun pi library. buku memang banyak cuma kita belum baca.

memang utk org malaya yg tak pernah ke borneo...mereka tak tahu sentimen org borneo ttg 31 ogos. mereka juga tidak tahu perjanjian pembentukan malaysia. org borneo sendiri pun ramai tidak tahu.

pernah kah kita terfikir kenapapangkat ketua polis sabah sarawak lbh besar dr selangor?
sesetengah pendapat menterjemahkan sabah = sarawak = semenanjung = spore pada masa pembentukan malaysia. sabah tidak sama selangor. sarawak tidak sama perak.

mereka org borneo tidak mahu org malaya dtg ke borneo utk jadi tuan. mahukah org selangor terima arahan dr org melaka dlm mentadbir negero mereka?

EQUILIBRIUM berkata...

kulupsakah,

negaraku = mamula moon tu teman rasa tak berapa betoi. dr segi sejarah teman rasa negaraku = lagu negeri perak yg diambil dr ciptaan org perancis tak salah teman. lagu tersebut dicipta hujung 1800 kalau tak salah.

sejarah lagu mamula moon tak berapa jelas. cuma mula direkod ke piring hitam dlm awal 1940an. kalau tak salah teman pun penciptanya tak sama dgn lagu asal negeri perak tu.

cuma yg teman pasti lagu negaraku = lagu negeri perak = lagu ciptaan org perancis di seychelles sewaktu raja abdullah sultan perak dibuang negeri.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa ramai orang tak kisah tentang sejarah kemerdekaan janji sampai je 31 ogos setiap tahun MERDEKA , MERDEKA , MERDEKA . Kira ok lah tu.

Tanpa Nama berkata...

karipole..


kalu nk tgk tayangn atau nk tahu citer force 136 setiap kali konvo uiam silalah ke uia. ade satu mlm budak2 wataniah akan lakonkan balik perjuangn force 136. setiap tahun kami buat!!

filem2 pasal ni byk.. tp byk buh kt muzium lah filem ni.. tak ditayangkn sgt kt tv..

semua org cuma amu sonok2 jd tv tygkan lah citer2 ringan tu ulang2 kali.. huhuhuu

rotan berkata...

Rakyat Malaysia tidak kisah pun sejarah kemerdekaan , janji cukup tahun 31 OGOS MERDEKA,MERDEKA , MERDEKA.

Tanpa Nama berkata...

en tukar tiub...

dr bebel kt sini..
pe kata ' hantar pojek paper betuikan sejarah mesia..' tu pon kalu en tukar tiub bebetul lah pejuang negara era modern.. huhuhu.. memperjuangkan sejarah mesia yg sebenar...

kalu pojek paper en tukar tiub kena reject nnti.. leh lah org2 di pihak en tukar tiub wat demo lg yer...

bgtau dunia UMNO itu karut!~ huhuhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

ya hidup anwar.... aku tak sabar bila la anwar nak jadi PM nie.. cepat2 la melompat...

camne la muka mahathir ngan abdullah time tu,, hahah

aku dah tak kesah pasal hal anwar meliwat tu,, biarpun die meliwat orng depan mata aku sendiri aku akan tetap sokong anwar sebagai pemimpin aku... hata jubur aku sendiri menjadi habuan nya.. anwar tetap aku angkat sebagai pemimpin..

Hidup anwar.

Tanpa Nama berkata...

betul....tu fakta sejarah

Tapi bagi UMNO semua tu tak penting asalkan ENJOY dan duit masyuk dalam poket mereka.Tu lah kerja mereka.

Kalau tanya dia orang istilah merdeka pun masih tak reti nak jawab.

Yang dia orang boleh jawab "Hidup UMNO untuk poket AKU"

Karipole berkata...

truckster,
Kalau nak study sejarah perjuangan kemerdekaan aku suggest ko baca buku Memoir Ahmad Boestamam: merdeka dengan darah dalam api. buku adalah kompilasi tiga buku allahyarham; Lambaian dari puncak,Merintis jalan ke puncak dan 7 tahun malam memanjang. satu lagi buku memoir pak said zahari. baca buku2 ni baru kita tahu betapa hampehnya umno

Tanpa Nama berkata...

mesti tengok..

10 tahun sebelum merdeka

Tanpa Nama berkata...

Syok habis baca tulisan bung Hisham ni.

Patutlah Bung Karno marah marah dan mengejek kemerdekaan kita ... mereka melanyak orang Belanda dan menghalau kolonialis. Kita? senyap senyap "berunding".

Biarpun mereka miskin, tetapi tulen. Kita dah termakan bohong United Malays National Organization ni sekian lama. Masa untuk mengobati diri daripada penyakit buta sejarah.

Tanpa Nama berkata...

mesti tengok.. 10 tahun sebelum merdeka

Tanpa Nama berkata...

hurm.
tergerak hati saya untuk celebrate 16 sept.

Tanpa Nama berkata...

Bagi kita yang dilahirkan sebelum merdeka ni UMNO tak boleh kelentong.Tapi budak2 baru ni. Belajar disekolah pun ikut apa yg ditulis oleh british/ pengampu mereka.Sebenarnya yang bermati2an berjuang melawan penjajah ialah para ulama, melayu saperti datok bahaman, mat kilau, tok gajah dan lain2, tapi mereka semua dicap penjahat/pengganas olih british. Pasal tu la british tak bagi merdeka pada mereka ni. Merdeka diberi pada UMNO kerana sudi ikut telunjuk british. Kata orang puteh kita dapt merdeka atas silver platter! Yang berjuang mati2an ditenggelamkan. Itu lah sebabnya merdeka kita kurang bernilai. Cuba tanya budak2 muda sekarang, apa dia merdeka? Fakta sejarah di autakan.

kulupSakah berkata...

en paloi bin mulau,

ye ke? tapi ciplaklah ye tak..
aku ada dengar masa nak buat lagu tu depa terdengar sebuah lagu di sebuah pulau...
yelahh lagu Perak Terang Bulan!
Tapi masa konfrantasi dengan Indon dulu, Presiden Indon waktu tu kutuk Malaysia negara merdeka yang punyai lagu ciplak..dimainkan Lagu Mamoola Moon

malaysian sabahan berkata...

Saudara Hisham, You are truly Malaysian.Kami Malaysian di Borneo sentiasa cuba mengingatkan Kerajaan Persekutuan supaya 16 sept dijadikan MALAYSIA DAY TETAPI MALANGNYA UMNO LANGSUNG TIDAK MEMBERI PERHATIAN BAHKAN DILEBELKAN PULA KITA INI ANTI PERSEKUTUAN. TELAH TIBA MASANYA MALAYSIAN DARI SEMENANJUNG MEMBANTU KITA MEREALISASIKAN MALAYSIA DAY. HORMATILAH HARI YANG PALING BERSEJARAH INI.

helmyhashim berkata...

wow... mmg terer la HR pasal bab sejarah, kalu jd cikgu sejarah aku sure bole dapat A++ plus 3 bintang... muahahaha... ye la aku pun x bodo mcm kebanyakan orang... takkan la senang2 jeks british bagi merdeka... UMNO pegi UK utk nego membentuk kerajaan ikut acuan british... setelah kerajaan islam di melaka diorang dah tumbangkan bersama geng potugis dan belanda.. sekarang ni melaka dibwh Be-eNd bela babi banyak kt melaka... susah kalau nak samak dah melaka nie... harap kerajaan baru dapat betulkan fakta sejarah dalam buku teks... pak lah bodoh lagi kasi naik cukai rokok...

Tanpa Nama berkata...

All friends here,

See this http://zul4kulim.blogspot.com/2008/08/10-tahun-sebelum-merdeka.html

Ada persamaan dgn bro Isham katakan ttp UMNO telah sengaja menutup sejarah perjuangan org-org terdahulu drp mereka.

Thanks

CHee XtheMan berkata...

Umno, MCA and MIC ini semua puak kelentong .... bila cakap lawan .... diapa ini akan lari macam angin dengan ekornya tergulung.

dimana puak-puak yang benar-benar berjuang dan terkoban lupa begitu saja.

Unknown berkata...

Patutlah forumer-forumer Indon kata kita dapat kemerdekaan dengan menjilat p***mak Ratu British...

Tanpa Nama berkata...

aku baca artikel ko baru aku faham. maknanya buku sejarah sek. men. dah jadi hampeh daa... bro, jom ngeteh? pow kretek lu jela..

Tanpa Nama berkata...

dato seri isham,

hang ni kena jadi menteri penerangan selepas 16 sept.

aku sokong hang!

Yan berkata...

UMNO sekarang ni jgn nak berlagak mendewakan diri yg mereka memerdekakan tanah melayu, sbb UMNO yg dikatakan memerdekakan tanah melayu tu dah pun diharamkan (tak silap tahun 89-90) oleh Tun dr M & di perkenankan oleh Sultan Johor yg memegang jawatan Agong ketika itu.So UMNO yg ada ni adalah UMNO baru jer...sbb itu ada parti serpihan SEMANGAT 46 ketika itu...(sila betulkan kalo sy silap).

Tanpa Nama berkata...

aku dah lama tahu benda2 ni. sebab itu bila aku berkenalan dengan orang luar aku tak pernah ckp "im from Malaysia" aku ckp "im from Kelantan!" bila orang tanya kelantan tu kat mana..aku ckp "Kelantan terletak di Malaysia...

isham..adakah kita perlu melancarkan revolusi dan membentuk negara baru?

Tanpa Nama berkata...

Kita tidak lagi Merdeka pada hakikatnya kerana rakyat masih di jajah UMNO parti didik Inggeris.
Undang2 rakyat Malaysia sendiri belum lagi diguna-pakai. Banyak hukum undang2 kini diceduk dari Inggeris salah satunya ISA yg menghukum rakyat cara tidak adil.
Pemerentahan rakyat yg sebenar ada terkandung dalam * Perlembagaan Rakyat * yg diban Inggeris dahulu.
Perlembaggan Rakyat ini tidak ada pada UMNO yg memerintah dgn unsur2 penjajah Inggeris.
Lihat bendera Malaysia sudah tahu ada mirip bendera USA (Amerika Syarikat)

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said…
Where is the justice & freedom of expression because all our MSM News are suppressed or spun, where have the Truth and Merdeka gone to, perhaps the Dogs under BN Government ok??? Malaysia is going backwards after 51 years instead of going forward under the Racist UMNO, calling the "Chinese Squatters" to leave and "Babi Cabinet" if Anwar wins Permantang Pauh and if he forms the Pakatan Rakyats’ Federal Government.
The UMNO Government is afraid that more cans of worms will be spilled by RPK and therefore they banned his blogsite which is a futile attempt to block information in this IT age, of course this is because of this Present Moronic Government is corrupted and dirty therefore on the pretext of helping the Rakyats, they could swindle and plunder more money from the Budget Deficit and with most of the Deficit Money coming from Petronas. Beware that the Money allocated is for their BN own Prime Minister’s and Cronies’ pockets expenditure and not for helping the Rakyats. Look for example at the Crystal Mosque’s and Mariner Club’s Fiasco in Terengganu’s Billions in Wang Ehsan, Billions had been lost as white elephants. The cancellation of the Johore Scenic Bridge, Penang Second Bridge and LRT Projects at the whims and fancies of the Flip Flop, Incompetent and Sleeping PeeM at the last minutes is wasting Multi Millions Ringgits in Public Funds had shown proof of the PeeM’s mismanagement of the Government and wastage of the Public Financial Resources and all these wasted funds could not be salvaged to aid and assist the Malaysian Poor Citizens of all races. If Malaysia still keep him in power will further damage and erode the Wealth of our Nation and our National Wealth could be decimated in no time.
The same could happen to all the empty promises of aid and help to the Rakyats these could all be lip service only unless it is monitored by reputable NGOs. On the irreversible Food Prices inflation, the unnecessary Moronic previous price hike on Petrol & Diesel had caused great permanent damage to the Food Price Structure and even if the price cut to Petrol and Diesel revert to their original prices prior to their hike, it will not revert the Food prices back to their original state and only the PeeM is to be solely blamed for his unwarranted Fuel Price Hike. His 2009 budget did not help the Rakyats’ quelled their immediate hardship suffered nor did that help them solve their Transport Problems immediately with multiple schemes but none available immediately with all the empty rhoterics but nothing concrete that could solve their immediate problems after years of neglect from this incompetent sleeping PeeM. Come Sept 16, 2008 send him home to sleep forever he is no longer needed.

Tanpa Nama berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=c2wx0C5UqRE

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Ada betul apa yg saudara katakan..
Tentang tarikh kemerdekaan itu dan beberapa lagi fakta.. Tetapi kita yang CELIK sejarah tahu apa rasional dan sebabnya berlaku sesuatu atas tarikh-tarikh tersebut.. 31 Ogos 1957 benar, bukan tarikh kemerdekaan tetapi lebih tepat untuk dikatakan Tarikh Permasyuran Kemerdekaan tetapi selepas tahun 1957, takkan kita nak kata tarikh permasyuran lagi???
Sebenarnya, apa yg saudara nyatakan tentang semuanya pembohongan oleh UMNO, adalah bersifar politik semata-mata tanpa memikirkan tentang semangat patriotik dan negarawan sebagai seorang warganegara Malaysia..

Semua ini sudah terjadi sebab itu dikatakannya sebagai sejarah..
Dan semua itu benar terjadi walaupun tarikhnya tidak selari..

Persoalan disini, adakah MERDEKA itu satu pembohongan?? Adakah perundingan kemerdekaan di London itu dengan menggunakan senjata?? Ada kah mana-mana buku sejarah yang menafikan perjuangan KMM, API dan AWAS?? Cuma perjuangan mereka dikatakan pemberontak oleh British.. Memang benar UMNO tidak perjuang secara gerila seperti pejuang-pejuang lain tetapi perjuangan UMNO dengan diplomasi, penulisan dan perpaduan itu yang telah membawa kepada kemerdekaan dan perpaduan kaum selama ini.. Adakah ini juga saudara ingin katakan sebagai BOHONG?? Cukuplah..
Jangan saudara BOHONG mereka-mereka yang tidak mempunyai ilmu yg dalam mengenai sejarah..

Soalnya, bagaimana kita menghargai apa yang kita miliki pada hari ini dan bagaimana kita bersedia untuk mempertahankannya.. Macam saudara, mungkin tidak ada masalah, apa-apa yang buruk akan terjadi nanti, saudara boleh larikan diri keluar negara..

Bagi yang tak berapa pandai atau minat dengan sejarah.. Masa sekolah dulu lari ikut pintu belakang bila cikgu sejarah masuk.. Pegi rujuk hal-hal sejarah ini dengan ahli nya.. Bukan dengan yang berkepentingan..

Satu soalan buat semua, kalau anda semua mengatakan semuanya bohong dan tidak ingin mengiktiraf tarikh kemerdekaan kita sbg contoh, apa dan dimanakan harga diri anda sebagai manusia yang mengatakan dirinya warganegara Malaysia, pemegang KPT Malaysia, org yg mendapat hak istimewa sebagai warganegara Malaysia..

Celik mata semuanya.. Jgn sesekali benarkan diri kita dimanipulasi oleh orang-orang suka memperbodohkan dan mengambil kesempatan ke atas kelemahan org lain.. Sekurang-kurangnya, UMNO mengambil tempat sebagai pejuang dlm kemerdekaan negara ini berbanding PKR, DAP dan parti kepaa kerbau.. (masa tu lagi tarakkkkkkk) Ilmu itu penting sebagai senjata seseorang mukmin..

Salam..
Maaf jika saya menyinggung perasaaan mana-mana pihak..
Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-51 Tahun..
Selamat menjalani ibadah puasa..

Tanpa Nama berkata...

Patutkah Tanah Melayu merdeka ???? Patutkah Malaysia ni wujud ????

Tanpa Nama berkata...

ya saudara Azrul buku sejarah tidak menafikan tetapi menunjukkan seolah-olah hanya UMNO yang memperjuangkan Tanah Air dari British. Bukan buku sejarah sahaja malah media massa setiap kali 31 ogos akan "menyorok"kan fakta(bukan menafikan) tentang pejuang2 tanah air yang lain. Memang benar UMNO menggunakan pendekatan diplomasi tetapi perjanjian2 yg dibuat lebih memenangkan British dan UMNO. Bukan rakyat Tanah Melayu keseluruhannya pada waktu itu.

ambo berkata...

kalau sape2 rujuk balik buku2 sekolah rendah ngan menengah bab sejarah tu,memang byk betulnye apa yg diperkatakan oleh isyam tu...cubo pinje nga adik2 kito tu es,baco bia abih,pah bru sedak kecek..hm,bahyo lako klu laguni nis..
rusing2..meme acak kali doh ambo dok miki,kito ni merdeko keh ado pakate lain nga sek2 penjajohni..hoktu ya slow2 pakak dok ikut /jadi punoh supo mat saleh tu,pah hok jelas nyo lo ni jadi sekular doh,pahni keno mace turki gak bru kaba,klu kaba la..nyo keno lako klu de trun balo ni gak huhuhuu..

Tanpa Nama berkata...

mata pelajaran sejarah ni mmg patut dirombak. Memperbodohkan rakyat je selama ni.

Kita nak mintak abg isham tulis sejarah balik. Abg isham memang ada kelayakan dalam bidang sejarah masa study dulu.

Aku memang suka sejarah. Masa sekolah tak pernah dapat markah bawah 85% untuk sejarah.

Tanpa Nama berkata...

azrul commented;
"...Celik mata semuanya.. Jgn sesekali benarkan diri kita dimanipulasi oleh orang-orang suka memperbodohkan dan mengambil kesempatan ke atas kelemahan org lain.. Sekurang-kurangnya, UMNO mengambil tempat sebagai pejuang dlm kemerdekaan negara ini berbanding PKR, DAP dan parti kepaa kerbau.. (masa tu lagi tarakkkkkkk) Ilmu itu penting sebagai senjata seseorang mukmin.."

sdr azrul,
MAAF! bukan takat UMNO jek yg terlibat...klo ko kasi contoh segala parti PKR la, DAP la...mmg la depa x masuk dlm perjuangan kemerdekaan...

PKR tertubuh tahun bila? DAP lahir tahun berapa? ini soalan ko kne jawab dulu baru ko bleh kasi komen panjang2. aku rase ko yg cube nak kasi putar belit sejarah kat sini.

yg terlibat ngan segala rundingan mak nenek tu mmgla UMNO. UMNO yg dulu, bkan UMNO yg kini (yg ternyata lebih haprak lagi hapak sbb kuat 'kencing' rakyat).

aku sokong inche' isham - kita REFORMASIkan pengkisahan sejarah negara kita. asyik2 UMNOOOOooOOOOooo jek...jelak aku!

ambo berkata...

tapi prasan x klu kite cuba selidiki betul2/prati elok2..macam de laluan je kesemua peristiwa ni berlaku,satu perkare yg ambo napok las,prase dop klu kite kelih arini,apo yg dibuat oleh krajae klate bowoh tokguru nis,slow2 diikuti oleh pusat..dan klate ni merupokan kubu paling kuat islam stakatni..ambo dok napok ni,semua ni mcm ingin memperbaik pulih semula kemerdekaan sebenar negara melayu yg berbile kaum ni dan mungkin dengan kenaikan dato sri anwar ni lah carenye..klu capur tolok pom ni semua sebab kito berbile kaum,so xleh drastik prubehe tus,kne slow2/main angin bia seleso blako..sebenarnyo semua bleh trima islam ni,tgk tokguru la,cino,india,sie breh jah nga dio..hok puok2 jahat jah tokse keh bengong(mungkin ngaji tarikat tok abih ko,jadi iseng huhuhuhu) dan lagi satu krana kite mungkin sudah terikat dengan penjajah dlu,(mungkin ado perjanjie rahsio hok kito ore biaso toktau)so kne buat la semua ni sapa punoh jane akidah umat melayu di negara ni,ikut hok barat nu slow2,pemimpin pom tok lare,ya puok2 ulamok(hok make gaji) plok,nunduk mace kne nasi kangkang ...tra wak brani mace ramlang porigi,taib azamuddin,harussani dll tus..jenih tok cayo ko rezki hok allah wi bekali..sio2 ngaji tinggi...
ambo rusing lo ni takuk nyo trun balo jah,de keno,semuo keno la,wak main2 jah peraturan dan nama ALLAH SWT nis..mace ore takdok ime lasung klu tgk lo ni gak..
sempeno bule poso ni kito semuo pakak2 doa la,moga2 kito senang dan bahgio dunio dan akhirat dan moga tetap hati2 kito semuo /iman kito semuo dengan agama ALLAH ni..
arini ambo gi smaye di perkarange stadium,berimankan imam dari mesir,dibawa oleh tokguru sendiri,alhamdulillah,lamo doh tok raso nikmat smaye dengan kusyuk dan zub,tokletih pom,mace dok mekoh doh rasonyo..harap2 suasano begini kekal dan bertamboh baik lagi..amin..

Johnny B. Rempit berkata...

Happy Malaysia Day! 16 September 2008!

Tanpa Nama berkata...

Terlalu lama kita disuap dengan penipuan.Malaysia cuma terbentuk pada 16 Sept 1963.Malaya (Tanah Melayu telah sama sama membentuknya bersama dengan Sarawak,Sabah dan Singapura.Bererti Sabah, Sarawak, Malaya (selepas Singapura keluar - sebab mereka ini nampak sudah permainan dan penipuan Malaya) adalah 3 komponen sahaja.

Sekara Sabah dan Sarawak adalah sama seperti Melaka dan Perlis.Ini cukup jelas sudah lari dari sejarah.

Yang DiPertua Negera masa itu bergelar "Yang DiPertuan Negara" tapi atas sebah untuk mengecilkan imej sabah maka jadilah Yang diPertua Negeri.

Generasi baru tidak tahu perkara sebenar.

Kita undilah UMNO penipu ini beramai ramai supaya anak cucu kita kekal jadi ulun dan hambah Malaya.



GONZALES
Ex Beret Hijau Pertama

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya ada juga yang terlalu taksub dengan UMNO Baru ini.Tidak heran sebab mungkin mereka ini telah ditanam kefahaman UMNO Baru dan agak lupa UMNO Asal tidak sebegini.

UMNO Baru adalah kaya raya,bergaya dan bergetah.Lihat saja Puteri UMNO Baru - masa PRU terlompat lompat macam beruk,inilah budaya UMNO Baru.

Hidup dan mati mereka untuk UMNO Baru, iman mereka adalah UMNO Baru dan begitulah agama anutan mreka.Biarkan mereka dengan UMNO Baru dan labu labunya.



GONZALES

Tanpa Nama berkata...

lau nak faham bersih,sila donlot citer cult,ngeri,seram ni.


http://www.movieposterdb.com/posters/10_02/2001/272020/l_272020_55330a7f.jpg