Selasa, 13 April 2010

SAH ZAID IBRAHIM - TAPI SIAPA LAWAN DIA




DIA PUN MELAYU





ZAID IBRAHIM CALON PAKATAN DI HULU SELANGOR


Zaid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah Anwar Ibrahim pagi ini.

“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata PKR menamakan Zaid kerana beliau dilihat sebagai calon berwibawa yang mampu mempertahankan kerusi Hulu Selangor itu.

Zaid adalah bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet Abdullah Ahmad Badawi.




15 ulasan:

dr lalo' berkata...

apa ni bro...cakap dulu kalau palatnivel calon bn baru letak zaid. Ni dengar cite bn letak us.farid ravi...bahaya ni beb. Us farid ravi tu dah la anak tempatan, alim pulak tu, india melayu mesti sokong dia.
Zaid blh menang ke bro..? Mcm tak yakin je. Lebih baik bagi shamsul ke, us badrul amin ke baru sesuai..
kalu kalah kali ni habis bro..habis wa cakap lu...ramai yg akan mereng cakap sorang2...

Bigfish berkata...

Saya sokong 100% Zaid jagi calon. Ada prinsip dan berpotensi utk gegarkan parlimen. Biar BN kecut telur.

Tanpa Nama berkata...

Atas kertas PR melalui Zaid Ibrahim sepatutnya boleh menang, ketrampilannya memang tiada dari calon UBN boleh tandingi, kecuali UBN suap semua 30% pengundi yang masih bermaustatin di luar Hulu Selangor, kerana UBN tiada apa nak melalakan kekurangan Zaid Ibrahim ni termasuklah dari Ezam Lembu, Nordin Abstrak, Zaharin Obes, malahan Mat Sembab mahupun si Najis Albino tu.
Peniaga kecil dan sebahagian penduduk Hulu Selangor akan dapat durian runtuh, ini pasti selama kempen nanti.
TT mesti kasi laporan terkini setiap 6 jam akan perjalanan pilihan raya kecil OK?

Tanpa Nama berkata...

Pilihan yang Tepat!!!!
Teatp menang kerana rakyat
yang bijak akan pilih beliau.

BE END/AMNO akan membuat jutaan janji yang tidak akan ditunai..macam janji janji terang bulan di Bagan Pinang, diManik Urai, diBukit Selambau. Kalau kita selidiki tidak ada satu pun janji ditunai kerana be end tertandus dalam PRK itu.


Mochik mochik Pochik Pochik diBagan Pinang mosih menunggu janji be ende. Mat ISA jarang melawat Bagan Pinang. Semenjak PRK di Bagan Pinang Mat ISA hanya melawak satu kali je!!! Ini la tabiat be end.

Wahai rakyat diHulu Selangor minta preuntukan banyak banyak tapi undi ditangan kamu.

Allahuakhbar Allahuakhbar.

Tanpa Nama berkata...

bagus....diharap beliu dapat berdepan dan membelasah hakim2 tikus yg pandai kencing merata-rata.....

Unknown berkata...

Dia pun melayu tapi bukan spesis Perkasa...

Tanpa Nama berkata...

lawan tetap lawan!!!!!

Tanpa Nama berkata...

teruja sangat kalau samy novalue menyahut cabaran pertanding lawan zaid.hello samy ada beranikah?sg siput serupa jugak hulu selangor.mic tarak gaduh semua suka sama lu!!.

Unknown berkata...

madey kutty....reezal....nor yakob...dan parpukari ada melayu juga...kah...kah...kah....

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH Zahid ibrahim.....

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

saya juga melayu... tapi

Tanpa Nama berkata...

kepada dr lalo'
Us Farid Ravi, ini mesti kes rabun atau tak baca akhbar. Calun BN dari MIC beb !!!!

mosabit berkata...

aku pulak agak malu nak ngaku melayu lah.....

ini disebabkan kebanyakan melayu tidak kembang mekar..semuanya kuncup dan melayu....dik disirami air umco...eh umno......kalu dah dasar layu maka ia akan terus melayu sebelum berkembang.......

kah kah kah kah kah kah .......

Tanpa Nama berkata...

"Mochik mochik Pochik Pochik diBagan Pinang mosih menunggu janji be ende. Mat ISA jarang melawat Bagan Pinang. Semenjak PRK di Bagan Pinang Mat ISA hanya melawak satu kali je!!! Ini la tabiat be end."


wahai anon 2010 April 13 17:57

mat ISA sibuk cari bini baru la wei....dengar citer nak kawin soon....paper STAR hari nie dah kuar berita dia dapat mak jan..

Tanpa Nama berkata...

huhu..aku akan cari buku kau zaid...macam besh jer buku tu...