Isnin, 26 Julai 2010

MALAYSIA KAH KAH KAH MALAY SIA APA ? KAH KAH KAH





TAK KAN KETAWA KAH KAH KAH PUN HARAM !





MARI KETAWA KAH KAH KAH - TAK KAN KETAWA PUN DIHARAMKAN






KENYATAAN ZUNAR/MALAYSIAKINI MENCABAR PENGHARAMAN BUKU OLEH KDN DI MAHKAMAH



KENYATAAN

Malaysiakini dan Zunar hari ini memfail dua permohonan berasingan kepada mahkamah untuk mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri yang menharamkan dua buku, “1 Funny Malaysia” and “Perak Darul Kartun” yang mana kedua-duanya menampilkan kartun-kartun politik karya Zunar.

LATAR BELAKANG

Pengharaman tersebut adalah di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan penerbitan tidak sesuai) (No.5) Order 2010 [P.U.(A) 208 / 2010] yang digazetkan pada 17 Jun 2010. Pengharaman ini dilakukan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman bin Yusop "bagi pihak dan atas nama Kementerian Dalam Negeri."

Satu-satunya alasan pengharam tersebut dinyatakan dalam arahan itu sendiri, iaitu kedua-dua buku dikatakan “boleh mengencam ketenteraman awam”. Arahan tersebut dikatakan dibuat mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

1Funny Malaysia adalah koleksi karya-karya pilihan kartun Zunar yang tersiar dalam ruangan Cartoonkini dalam portal web Malaysiakini dari tahun 2005 hingga 2009. Perak Darul Kartun buku terbitan syarikat yang dimiliki Zunar sendiri, Sepakat Efektif Sdn Bhd menampilkan karya-karya Zunar bersama beberapa kartunis dan penulis tempatan.

Oleh kerana kedua-dua buku tersebut adalah berbeza dan diterbitkan oleh dua syarikat yang berbeza, kami dinasihatkan untuk memfail dua semakan kehakiman yang berasingan.

ALASAN PENCABARAN

Kedua-dua Malaysiakini dan Zunar berpendapat pengharaman tersebut adalah percubaan kerajaan untuk mengekang hak kebebasan bersuara dan menghalang hak kebebasan untuk bertukar-tukar pendapat serta idea diantara rakyat Malaysia.
Kerana kedua-dua hak ini dijamin dalam Artikel 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan, kami berpendapat pengharaman ini adalah tidak wajar dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.
Kami juga berpendapat pengharaman ini adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan untuk membisukan kritikan terhadap polisi kerajaan dan Perdana Menteri sekarang.

Kami tidak dapat memahami bagaimana kartun-kartun politik yang secara satira memberi komen mengenai politik serta ahli-ahli politik Malaysia boleh mengancam ketenteraman awam. Tidak ada bukti bahawa mengenai ternacamannya ketenteraman awam yang ditunjukkan kepada kami (oleh pihak kerajaan). Begitu juga kami tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan sebelum pengharaman tersebut dibuat.

Kami juga tidak diberitahu sebarang alasan mengenai pengharaman tersebut melainkan melalui kenyataan media bahawa buku-buku itu mengancam ketenteraman awam.
Tindakan kerajaan mengharamkan buku-buku ini tidak konsisten dengan representasi yang dibuat kepada dunia mengenai hak asasi. Tambah mengecewakan Malaysia adalah ahli The United Nation’s Human Rights Council bagi penggal 2010 hingga 2013.

TUNTUTAN

Kami mencabar pengharaman ini atas alasan berikut:

a. Pengharaman ini tidak sah, kerana ia bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

b. Pengharaman ini tidak sah kerana ia bersifat ultra vires (tidak terdapat dalam skop) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 memandang buku-buku tersebut tidak mengancam ketenteraman awam.

c. Pengharaman ini melanggar undang-undang sejagat dan tidak dilakukan dengan adil kerana kami tidak diberi peluang memberi penjelasan sebelum pengharaman ini dibuat dan tidak diberitahu mengenai alasan pengharaman.

d. Pengharaman ini adalah satu bentuk tindak balas yang tidak wajar terhadap buku-buku kami.

Kerana itu kami memohon arahan mahkamah seperti berikut:

1. Arahan untuk membatalkan pengharaman ke atas kedua-dua buku tersebut.

2. Pengistiharan bahawa pengharaman tersebut adalah tidak boleh diterima pakai dan tidak sah serta tidak boleh dikuatkuasa kerana ia bersifat ultra vires bagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan bertentangan dengan hak kami yang dijamin dalam Artikel 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.

3. Kos Kerugian dan kerosakan kerana tidak dapat menjual buku-buku tersebut.

Kami diwakili oleh Edmund Bon Tai Soon, Amer Hamzah Arshad, Edward Saw, K Shanmuga, Aston Paiva dan Fahri Azzat.

Tarikh: 26 Julai 2010.

Zunar (kartunis politik)
( Zulkiflee Anwar Ulhaque)
Email: zunar49@gmail.com
Tel: 03 22724045

Premesh Chandran (Bagi pihak Malaysiakini)
Email: prem@malaysiakini.com
Tel: 03 22843367


nota:

betul tak ramalan tt
komik komik ini akan menjadi
cult dan collector items.
siapa ada simpan baik baik
siapa belum ada menangislaa
sampai dapat kah kah kah

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bro,

ini malaysialah...
nak ketawa kena ada permit....
tak lama lagi,

berak, batuk, nak ngongkek semua kena repot polis dulu.. amik permit... kita semua kena maklum, langkah ini adalah untuk menjaga keselamatan awam.

begitu juga mana2 artikel atau karya yng mengganggu gugat keselamatan awam wajib diharamkan penerbitannya..

--

Tanpa Nama berkata...

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2010/07/belum-ke-putrajaya-tapi-muntah-dan.html

BRO isham,kita kahkahkah dulu dengan entry lu kali ni.

huhuhu betul la aku kalau berita ni betul.naik bebulu aku yang gi stadium mencari berita2 pembangkang ni.bende ni yang merosakkan momentum pembangkang.

kalau salah nahas blog mamat tu. aku hentak dengan ayat manja ala robert del-niro dalam taxi.

ko ulas sedikit bro. lu punya ulasan bikin gua pecah perut.

generasi bundle

distrobuku berkata...

Tumpang iklan.

Kalau yang belum dapatkan majalah ni, boleh dapatkan disini ek;

http://distrobuku.com/store/index.php?route=product/category&path=37

thanks tukar tiub

Tanpa Nama berkata...

kartun pun nak diISAkan...memang kartun lah negara nie...

this is goood berkata...

edmund dah tak rupa manusia, bengkak mata lawan kes kes...hehehe...blystor