Ahad, 14 Oktober 2012

MUHYIIDIN TELAH BERSEDIA UNTUK MENGGANTIKAN NAJIB


GEORGE SOROS 
PENGERAK 
POLITIK MALAYSIA

 KOMENTAR TUKAR TIUB
apa maknanya berita ini?
maknanya najib razak sudah di perangkap
maknanya muhyiddin  tak setuju dengan najib
maknanya perbalahan najib dan muhyiddin makin jelas
soros ini hanya tabir untuk memperlihatkan

dalam kes soros
muhyiddin suci bersih
muhyiddin tidak dicermar oleh  ajenda asing

muhyiddin adalah ketuanan melayu yang soleh
muhyiddin adalah benteng ajenda melayu

muhyiidin bergerak pantas masuk menikam
untuk membuktikan kepada orang melayu
bahawa najib juga jumpa soros

APA TUJUAN NAJIB JUMPA SOROS?
minta bantuan selesaikan kes diparis?
minta bantuan soros untuk sokong dirinya?
apa ?apa? apa?
ini yang ditimbulkan oleh muhyiddin

MUHYIDDIN TAK SABAR MENANTI
semua sudah sedia untuk
memastikan najib di talkan kan
muhyiddin senyum menunggu



MUHYIDDIN DAKWA ISU SOROS BUKAN UNTUK KEUNTUNGAN POLITIK - mkini

             
Timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin mendakwa BN tidak menggunakan isu jutawan George Soros – yang didakwa membiaya NGO tempatan untuk menjatuhkan kerajaan – demi keuntungan politik parti.

Beliau dipetik akhbar Mingguan Malaysia sebagai berkata, perkara itu hanya ditimbulkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir sebagai peringatan bahawa bantuan Soros itu "tidak membantu negara."

"Rakyat boleh menilai, kalau kita biarkan bermakna kita mahu kuasa asing menguasai negara dan Soros mahu menggunakan kuasa wang untuk menimbulkan masalah dalam negara kita.

"Kita tidak menggunakan itu (demi keuntungan politik) tetapi kenyataan yang perlu dijelaskan," katanya dalam laporan akhbar milik Umno itu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyatan timbalan menteri pengajian tinggi Saifuddin Abdullah pada Khamis lalu yang bimbang serangan BN ke atas Soros akan "memakan diri sendiri".

Dalam laporan edisi hujung minggu Utusan Malaysia itu lagi, Muhyiddin berkata isu sama ada perkara itu menimbukan kesan buruk kepada BN tidak timbul kerana dakwaan tersebut telahpun dipersoalkan banyak pihak.

"Umum mengetahui peranan Soros di banyak negara, ini satu kenyataan yang perlu kita sedari kerana kalau rakyat tidak menyedarinya, ia adalah sat perkara bahaya.

"Peringatan Tun Mahathir adalah satu kenyataan dan badan yang mengharap bantuan Soros perlu sedar tindakan itu tidak membantu negara," katanya.

ANAK BERANAK SEMBAH SOROS
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... TERBAIK.... kah kah kah..

kaha kah kah... TERBEST.... kah kah kah..

kah kah kah..INI LAH YANG KITA TUNGGU TUNGGU.... kah kah kah....

kah kah kah ...UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION TUDUH MENUDIH...kah kah kah..

kah kah kah...TIKAM MENIKAM.... kah kah kah..

NOTA:
bijak sungguh sosok yahudi ini
dia boleh menjadi ajenda politik negara malaysia

6 ulasan:

ABU berkata...

Senang2 Najib bubar je la Parlimen secara mengejut, biar rakyat Malaysia yang putuskan siapa yang patut tadbir Malaysia nih..

average joe berkata...

Peringatan Tun Mahathir adalah satu kenyataan dan badan yang mengharap bantuan Soros perlu sedar tindakan itu tidak membantu negara," katanya

maksud ayat moohideeen:
Peringatan dari batukepalahotak saya sendiri tapi saya tonggangguna mamakhatheeer supaya orangtua tu yg canangheboh, adalah satu kenyataan; dan badan gemokbulat pendekbuntal beratgedempol & bini, yang mengadap dan mengharap bantuan Soros perlu sedar tindakan itu tidak membantu negara mahupun diri dan kedudukan mereka sendiri untuk pru13 nanti," katanya sambil tersengih2 kecil sedangkan dalam kepalahotaknya ketawa berdekah2 sambil bergolek2 puas memuji keligatan otakgeliga autarbelit miliknya yg akhirnya berjaya buat pertamakalinya setelah bertahun2 mencuba, untuk menonggang melaga menelanjang dan menonggengkan kedua2 pihak yg sekian lama menjadi batuhalang untuknya memanjat anaktangga kejayaan mutlak.

sengih sumbing yg tersorok di celah2 pipibuntalnya tiba2 bertransformasi menjadi senyumlebar seluas laut hindi bila dalam telinganya terngiang2 kembali ayatsakti yg sempat dicuridengar ketika dipertuturkan oleh seorang pendita yg tidak dikenalinya:

biar koros macam soros
jangan boros macam kakros

-average joe-
klakka-la.blogspot: HOW ADVANCED! Part 3 (MAJU LAH SANGAT! Bhg 3)

Militia Buruh berkata...

Apalah Najib dan mahathir. depan makcik felda, bukan main lagi tuduh orang tu org ni ejen soroslah, disokong soroslah. Last2 mintak bantuan SOros.

Sekor mintak untuk selesaikan kesnya di Paris yg hampir terbukti dia bersalah. Sekor lagi, mintak tolong Soros jayakan projek forum keamanan global dia supaya dia jadi lebih popular di depan student2 Bangla dan Somalia. Mintaklah tlg Erdogan ke, Yusuf qardawi ke, atau org2 lain yg lebih berhemah, tapi ia mintak soros yg kaki spekulate mata wang? Dasar berjiwa penjenayah Madey dan Najib ni. Depan2 konon bermusuh nak tunjuk hebat depan makcik fleda dan student Bangla, tapi blkg2 menyembah Soros mintak tolong. Kata cai UMNO, itulah realitinya, macam mana nak kaya kalau tak macam tu. Aku jwb, itulah realitinya, rakyat mmg nak tendang BN keluar dari Putrajaya.

ps: alah, kalau Muhyidin dpt jadi PM pun, kitorg takanak dia gak, cukup2lah dgn UMNO. Muhyiddin macam tak pernah buat seleweng? Bukanke dia pernah paksa sebuah syarikat cina Singapore kasi sebahagian besar saham kat Syed Mokhtar Al-Bukhary?

Tanpa Nama berkata...

UMNo ni siang malam nak buat takut orang2 Melayu.....tiba-tiba soros dijadikan "Godzilla" yg akan hancurkan Malaysia !!

siapa taukeh Soros ni ??? ramai yg tak kenal siapa dia ni lah.

boring betul UMNO ni.....lain kali Madey akan tuduh "Ultraman" akan bantu PR tukar rejim di Malaysia, maka UMNO akan hantar Ibrahim Ali bersama Hasali ALi ke Matahari utk mengelapkannya dengan naik Private Jet Najib !!

Tanpa Nama berkata...

demokrasi yang tak diamal dinegara lain di dunia,nak bubar parlimen suka suka PM.ternyata orang malaysia tak pernah baca buku demokrasi.pentabiran negarapun aneh,negara takde legislatif,eksekutif dan yudikatif.sapa yang urus negara,dan sapa yang buat control pentabiran,cara macam neh macam cara zaman batu.yang menang selalu menang,yang kalah merana selamanya,betul tak BRO,....

Tanpa Nama berkata...

Bro..Muhyiddin berani.ade telur