BERSIH ROCKS
UCPAN AMBINGA PENGERUSI BERSIH DI BERSIH ROCKS
Kawan- kawan dan penyokong BERSIH 2.0,
Selamat Datang ke Konsert Bersih 8T. Anda sedang bergumbira! ANDA sedang seronok
dengar musik!
Terima Kaseh kerana datang ke konsert BERSIH. Hari ini kita bukan sahaja berpesta gumbira TETAPI kita memberi ingatan kepada kerajaan untuk menunaikan kesemua LAPAN
TUNTUTAN BERSIH 2.0. Tunaikan sebelum Pilihan Raya Umum ke 13. Tidak ada sebab kenapa 8 TUTUTAN ini tidak dapat ditunaikan. Enam bulan telah berlalu sesudah PSC membuat laporan ke Parlimen.
Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya – SPR - terlalu lambat untuk membawa perubahan.
Dalam masa yang sama BERSIH 2.0 telah menemui banyak kecurangan dan kesilapan dalam
senarai pengundi. Kita temui pengundi yang jantinanya yang tidak menentu, ada yang memiliki
number kad pengenalan lama yang sama, ramai pengundi telah ditukar tempat mengundi
tanpa mereka tahu, banyak pengundi telah meninggal dunia, ada number kad pengenalan yang muncul berbilang-bilang kali. Malah kecurangan dan kesilapan ini terus berlaku hingga ke senarai yang paling terbaru. Kecurangan ini wajib di hentikan. Kesilapan ini jangan diteruskan.
Justeru hari ini – kita mengingatkan kerajaan dengan senikata dan lagu. Dengan musik dan
gendang. Mungkin ini irama yang mereka faham.
Hari ini kita merayakan masyarakat madani. BERSIH 2.0 sedang merayakan anda semua –
anak-anak muda dan semua warga yang berada dalam padang ini. Kita sedang merayakan
kekuatan moral yang dijana oleh BERSIH.
Kita merayakan warga Malaysia yang mahu melahirkan sebuah Malaysia yang lebih baik.
Kita semua mahu mendirikan Malaysia yang berlandaskan demokrasi.
Kita mahu mendirikan Malaysia yang menghormati agama dan bangsa-bangsa.
Kita mahu Malaysia yang menobatkan nilai intergriti, nilai ketelusan dan bertanggung-jawab.
Kita mahu pemimpin negara kita bertangung jawab kepada kita semua.
Kita mahu pemimpin kita beradab, bersopan dan bertamadun.
Saya pernah berkata bahawa warga Malaysia – anak semua bangsa – adalah insan yang baik.
Diharapkan pemimpin kita akan sedar pekara ini. Lagi cepat mereka sedar lagi baik. Jangan
layan kita macam kanak-kanak. Apa yang kita lakukan hari ini adalah untuk masa depan
anak-anak kita. Untuk jenerasi masa depan. Jenerasi akan datang wajib mendapat yang terbaik.
Kita semua mahukan Malaysia yang BERSIH. SATU MALAYSIA - adalah slogan yang baik dan
dengan BERSIH ianya akan menjadi satu realiti. Hakikatnya bumi ini adalah MALAYSIA
KITA. Bumi yang kita pijak dan langit yang kita junjung adalah Malaysia - milik kita semua!
Kita mahu Malaysia yang Bersih. Kita mahu Pilihan Raya ke 13 yang Bersih.
BERSIH BERSIH BERSIH!
BERSIH ROCKS
13 ulasan:
kena mengaku
kena kritik diri
mmg Bersih rocks
mmg konsert best
tapi kenapa stadium besar
banyak kerusi kosong
apa yg jadi?
suku padang pun x sampai
applause to the hardworking organizer. now the concert has finished, but
the battle is not yet over, and that there is still work to be done.
WHAT IS TO BE DONE???
Pilu hati den...sikit ajo yang datang. Kalau jomput bik mama sebagai artis undangan den gerenti mesti ponuh stadium.
Kenapa tak kah..kah..kah kan diri sendiri bro..takde sambutan bro..kah..kah..kah la lagi..kah..kah..kah..la sampai abis nyawa..sambutan camni nak take over putrajaya..pegi ajak anwar menyontot lagi sedap..kah..kah..kah
Kali ni betul-betul...KAH...KAH...KAH....
MANA PEGI GENG BERSIH??????? SUDAH LENYAP DITELAN BIK MAMA....HA...HA...HAA.....
Hujan yang turun semalam mesti kerja UMNO, upah bomoh hujan nak sabotaj konsert bersih ni...ha...ha,,ha?
PAdan muka lu Isham!!
Lu fikir Rock jela boleh gabungkan rakyat dan melawan.. HAHAHA!
lu buat abg najib ketawa terkekeh kekeh je la bebb...
kalo 500 org dtg baik tak yahh buat....memalukan sajaaa..
pak sedara wa buat keje kawin pon 1000 org dtg... hahahaha
Pak Lebai PAS tak diberi upah kot supaya datang sebab tu lengang aje?
Bang Nuar harus melenting kat Isham sampai pengsan kerana tak ramai yang datang ....HA...HA..HA
zaman2 konsert dah berlalu bro.. org dah x de masa nak buang masa kat tempat konsert2 ni.. tp kalau ade ceramah Ustaz Azhar Idrus dgn selingan konsert.. mmg penuh stadium tu..
Aku rasa ko kena sedar diri sikit.
Kami penyokong pr bukan bodoh mcm penyokong umno.
Demo kami memang turun.
Tp konsert, mintak maaf la, hati umno je suka berpesta.
Kami bukan menyokong semua tindak tanduk kamu.
Benda baik kami ikut.
Tahi, lu sendiri makan, jgn ajak kami yg dah cerdik politik.
Pentadbiran negara perkara serius, bkn suka2 bhai.
Ini bukan konsert, ini joget lambak kenduri kawen anak pak baharom
Catat Ulasan