Khamis, 22 November 2012

TANGKAP ANAK NAZRI - TERLIBAT KES BUNUH








KES BUNUH ALTANTUYA INI
ADALAH KES INDUK
YANG AKAN MEMBAWA KEHANCURAN
 KEPADA  NAJIB
RAMAI AHLI GEROMBOLAN JUGA
SEDAR MEREKA SEDANG MEMIKUL BIAWAK HIDUP

NOTA:
masa nya telah tiba
untuk dibuka kembali
kes bunuh dimana dikatakan
anak nazri terlibat
JANGAN SEKALI KALI LUPA KES INI

apabila pakatan mengambil alih
pentabiran negara maka banyak kes kes wajib di buka kembali
1 - memali
2 - anak sami velu bunuh pelakon tv
3 - anak nazri
4 - razak baginda bunuh altantuya
5 - najib razak bunuh altantuya
6 - siapa bunuh teoh beng hock
7 - siapa bunuh sarbani
ini hanyalah contoh contoh
ada beratus ribu lagi

di indonesia salepas suharto jatuih
kes bunuh anak suharto pun di buka kembali

bila kerajaan pakatan buka kes kes bunuh ini
maka inilah dia welding besi untuk
menanamkam united malays national organisation
untuk selama lamnya

DELEGASI PKR SERAH BUKTI BARU KEPADA ICAC UNTUK BUKA SEMULA KES RM40 JUTA MEMBABITKAN DATO’ SERI MUSA AMAN

Delegasi PKR ke Hong Kong mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan James To, pemimpin Parti Demokrat di dalam Majlis Perundangan Hong Kong pada 21 November 2012. Beliau adalah Naib Pengerusi, Panel Keselamatan (Vice Chairman, Security Panel) Majlis Perundangan Hong Kong yang bertanggungjawab memantau kebebasan dan keberkesanan badan penguatkuasa undang-undang di Hong Kong, termasuklah Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC).

Dalam pertemuan itu, beliau telah mengaturkan supaya satu perjumpaan segera diadakan dengan pegawai-pegawai ICAC untuk menerima bukti baru dari Malaysia berhubung kes dakwaan rasuah RM40 juta yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Musa Aman.

James To juga telah menyatakan sokongan beliau untuk membawa kes ini dan telah hadir bersama-sama dengan delegasi PKR untuk menyerahkan bukti baru kepada ICAC pagi ini, jam 9 pagi.

Mengambil kira kenyataan terbuka Kevin Zevros, Ketua Pendakwa Hong Kong bahawa beliau bersedia untuk membuka semula siasatan sekiranya mendapat bukti baru, delegasi PKR telah menyerahkan satu laporan (dan dokumen sokongan) mengenai 3 perkembangan baru yang boleh membantu siasatan ini:
1.      Kenyataan Dato’ Seri Lajim Ukin bahawa beliau tidak pernah tahu menahu bagaimana Umno telah mendapat sumbangan derma RM40 juta, seperti alasan yang digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan ICAC
2.      Kenyataan Dato’ Seri Wilfred Bumburing bahawa beliau tahu wang RM40 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorang (bukannya akaun Umno) yang menguatkan lagi pandangan ramai bahawa wang itu bukanlah derma kepada Umno
3.      Pendedahan bahawa anak Dato’ Seri Nazri Aziz telah mendapat habuan dalam bentuk sebuah kereta mewah menimbulkan keraguan bahawa Dato’ Seri Nazri Aziz mempunyai kepentingan di dalam kes ini yang boleh mempengaruhi kesahihan maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC

Delegasi PKR percaya bahawa ketiga-tiga bukti baru ini mengesahkan bahawa dakwaan pihak berkuasa Malaysia bahawa wang RM40 juta itu merupakan derma kepada Umno adalah tidak benar. Oleh kerana ICAC terpaksa menutup penyiasatan sebelum ini kerana pihak berkuasa Malaysia memberikan gambaran yang tidak tepat, bukti-bukti baru ini diharapkan dapat membuka semula kes RM40 juta membabitkan Dato’ Seri Musa Aman.

Selain dari perbincangan mengenai ketiga-tiga perkembangan tersebut, delegasi PKR telah bersetuju untuk menyerahkan lebih banyak bukti termasuklah bukti transaksi di Hong Kong kepada ICAC dalam tempoh tiga minggu akan datang untuk membantu siasatan ICAC.

Saya percaya isu ini tidak akan mati seperti sebelum ini dengan sokongan dan minat yang ditunjukkan oleh pimpinan Hong Kong dan media di sini. Misi delegasi ini telah pun mendapat liputan di dalam media tempatan dan satu sesi penerangan khas kepada pihak media akan diadakan pada jam 3 petang ini.

Dengan perkembangan-perkembangan ini, saya berharap siasatan kes ini akan membuahkan hasil. Sewajarnyalah pihak berkuasa di Malaysia pun menunjukkan minat dan komitmen yang sama untuk menyiasat kes ini dengan sempurna.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha..makin bertambah tinggi lah darjah kepanasan punggung Nazri lepas ni..Da la tak brkenyataan jujur dlm Parlimen tempoh hari..isu ni kita goreng perlahan-lahan,biar si Nazri ni menjadi liabiliti total kpd juak BN khususnya..makin haru la pencacai BN lepas ni utk berhujah isu Nazri ni..hahaha..

Tanpa Nama berkata...

apa lah bro lu nie, itu nadir bumi sudah sampai kuantan 100 kontena bro. itu polis kuat kuat jaga lah. ada masuk juga sikit sikit. inilah malaysia sebenarnya...kah kah kah

ABU untuk kesejahteraan Malaysia berkata...

Jangan lupa Tun Fuad Stephens di Sabah, bang oi.

Tanpa Nama berkata...

Hisham
Apa hang dah gila.tudoh anak Nazri bunoh orang.Tudoh Najib bunoh orang.Ini fitnah bro.Jika tak betul masok Neraka.
Bagaimana pula dengan Girl friend you masa di Kampus,Si Rosmah Gemok.Dia bunoh siapa?.

Aku ingat dia ini alim juga,baca Quran bulan puasa.Dia tidak berani bunoh orang tapi hanya akan bunoh Masa Depan Najib sabagai PM.

Ha ha ha

Asal Bukan Penjual Agama berkata...

Anak Nazri dituduh bunuh Darren Kang di restoran. Tetapi yang ditangkap adalah pekerja-pekerja restoran warga Thai. Benarkah Darren Kang dibunuh oleh anak Nazri?

didi kota belud berkata...

tiga batang king,dua batang ace....FULL HOUSE....siapa berani lawan...harap harap ROYAL FLUSH boleh makan dorang ni pada pru 13.......ROYAL FLUSH SAMA ERTI DENGAN RAKYAT FLUSH......???

Tanpa Nama berkata...

Najib, nazri & nadir bumi (3N) = punah BN