Khamis, 22 November 2012

BERHIMPUN AHAD INI DI DATARAN MERDEKA











JEMPUTAN UNTUK SEMUA
sesiapa ingin bersama berjalan
sila datang ke tol gombak/uia
petang sabtu ini jam 4:00

jika ingin berjalan sama
sila datang dengan teksi
atau di hantar oleh kawan 

dari tol gombak berjalan ke markas tarbiah pas
malam nya ada ceramah mat sabu dan anwar ibrahim
semua di jemput hadir

esoknya akan berjalan ke sentul
singgah di kuil kampong railway
dari sana bergerak ke dataran merdeka

bermalam di datran merdeka










Kenyataan Media

HIMPUNAN HIJAU BERJALAN LESTARI

21 November 2012



Kami dari Himpunan Hijau telah memulakan Berjalan Lestari pada Hari Dewali dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Kami memilih Dewali sebagai sempena  hari pencahayaan.  Himpunan Hijau ingin membawa cahaya pencerahan tentang  alam sekitar.

Himpunan Hijau ingin menyedarkan anak semua  bangsa  tentang kerosakan alam sekitar yang akan memusnah kita semua. Alam sekitar yang rosak akan memudaratkan – China, Melayu, India, Dayak, Iban, Kadazan dan lain-lain.

Kami telah berhimpun di Kuantan dan Gebeng menuntut kilang santau radioaktif Lynas ditutup. Kami telah berhimpun di Raub untuk  menuntut kilang sinide di Bukit Koman ditutup. Kami telah berhimpun di Pengerang menuntut agar tanah orang kampong tidak dirampas.

Kali ini kami berjalan ke Kuala Lumpur untuk menghebahkan kepada dunia bahawa anak semua bangsa di Malaysia mahu hidup dalam suasana aman damai dengan  alam sekitar yang bersih sehat untuk jenerasi hari ini dan yang akan datang.

Petang kelmarin kami singgah di Bentong. Hari ini – 21/11/12 – kami meneruakan perjalan ke Kuala Lumpur.

Pada jam 4:00 petang hari Sabtu 24/11/12 – Himpunan Hijau akan sampai ke kawasan tol Gombak/UIA. Disini  Himpunan Hijau akan disambut oleh Ngo-Ngo dan pencinta alam sekitar yang sama menyokong kami. Kami menjemput semua pemimpin parti  dan ahli parlimen datang bersama dengan kita. 

Tuan Rumah kepada Himpunan Hijau di Kuala Lumpur ialah Pas Bahagian Batu yang dipimpin oleh Ustaz Ishak Surin. Dari Tol Gombak kami akan berjalan ke Markas Tarbiah Taman Melewar dimana pada malamnya  Anwar Ibrahim dan Mat Sabu akan menyambut kami. Program ceramah sedang diatur. Kami akan bermalam di Markas Tarbiah Pas.

Ahad 25/11/12 kami akan berjalan menuju ke Dataran Merdeka. Kami akan singgah di Kuil Kampong Railway di Sentul. Pada petang Ahad kami akan bermalam di Dataran Merdeka.

Pagi Isnin 26/11/12 pada jam 9:30 pagi Himpunan Hijau Jejak Lestari menjemput para YB Ahli Parlimen  dari semua parti politik  datang ke Dataran Merdeka. Himpunan Hijau ingin bertemu dengan Ahli Parlimen. Himpunn Hijau mahu meluahkan perasaan kami tentang alam sekitar.

Kami menyeru, menjemput dan mengajak anak semua bangsa – warga Kuala Lumpur – untuk  datang sama-sama berhimpun di Tol Gombak dan berjalan bersama kami menuju ke Dataran Merdeka. Bermalam bersama kami di Dataran Merdeka.

 HIMPUANAN  HIJAU


BERJALAN 
UNTUK BERSEDIA
 



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

anda
tidak jemu
tidak putus asa
tidak kering idea
tidak lelah
tidak meminta-minta
tidak pernah puas
tidak pernah keseorangan
menghalau gerombolan

moga dunia malaysia
kembali cerah
kembali aman
kembali saksama
kembali bersih
kembali bererti
tanpa gerombolan

tahniah anda semua