Rabu, 26 Disember 2012

WAJIB BACA SEBELUM TURUN KE JALAN RAYA






MELAWAN SISTEM SPR

Dalam beberapa tulisan yang lalu saya telah menulis tentang sistem mengundi dan pemilihan dalam pilihan raya di Malaysia. Tulisan ini bertujuan untuk mencerahkan lagi pembaca jika kurang faham dengan apa yang saya maksudkan dengan ayat: Dalam PRU13 ini Pakatan Rakyat sedang melawan sistem SPR dan bukan menentang United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional.

Justeru : Apakah  dianya  sistem pilihanraya SPR itu?

Mari kita fahami dahulu lembaga  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Lembaga ini  ditubuhkan oleh Parlimen sebagai sebuah lembaga bebas. Pengerusi dan pegawainya  dilantik  oleh Agong. Ini sebenarnya  hanya sandiwara. Hakikatnya SPR ini adalah lembaga yang dilantik dan dipilih oleh United Malays National Organisation. Memang betul  Agung melantik Pengerusi SPR. Bunyinya cukup indah. Cukup molek.  Tetapi hakikatnya yang memberi nama  kepada Agung untuk mengepali SPR  ialah Perdana Menteri. Perdana Menteri ialah Najib Razak.  Najib Razak ialah Presiden United Malays National Organisation. Period.

Justeru mustahil nama Karpal Singh  atau nama Saifudduin Nasution akan dicadangkan oleh Najib Razak  kepada Agung untuk menjadi Pengerusi SPR. Apa yang saya tulis ini bukan fitnah. Bukti telah ditemui bahawa  Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR hari ini adalah ahli United Malays National Organisation.

Pada ketika ini Parti United Malaya National Organisation  sedang bernafas dalam lumpur.  Presidennya Najib Razak dikatakan terlibat dalam kes bunuh. Presiden parti ini juga akan disapina oleh mahkamah Peranchis untuk kes rasuah jula beli kapal selam Scorpene.  

Awal bulan Disember ini, Deepak - adik angkat kepada Isteri Presiden Parti ini telah membuka mulut. Terhambur  pelbagai rahsia termasuk keterlibatan kakak angkatnya dimalam Altantuya dibunuh. Kesah-kesah ‘ngeri’ dari Deepak Jaikishan ini telah menjadi induk perbualan rakyat Malaysia

Dalam masa yang sama - budaya tikam menikam dan sobotaj -   sedang menjadi-jadi dalam United Malays National Organisation. Orang ramai telah melihat poster dan kain rentang   yang mahu menobatkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.  Malah direncanakan agar Najib Razak tidak bertanding lagi pada PRU13. Ini sebagai jalan untuk memenangi hati pengundi yang amat-amat membenci isteri Najib.

Perbincangan dan rancangan  ‘mengundurkan Najib’  sedang hangat dibincangakan dalam alam siber dan juga dalam media baru. Malah ada berita yang telah melaporkan    strateji ‘ undurkan Najib ‘ ini  telah sampai ke tahap perbincangan dikalangan ahli Majlis Tertinggi parti ini.

Parti United Malays National Organisation sedang nazak ini bukan cerita dongeng. Perebutan untuk menjadi bakal calon dikatakan sedang menjadi-jadi. Pertempuran Najib dengan Muhyiddin hanya menunggu masa untuk terbarai. Bayangkan dari India Najib Razak telah menembak  ‘ peluru berpandu’ ke dada Muhyiddin. Najib mahu nama bakal calon ditapis oleh SPRM.  Muhyiddin dengan tangkas membaca bahawa arahan ini bertujuan untuk meminggirkan calon-calon yang  dianggap kurang setia kepada Najib dan Rosmah.  Atau lebih tepat pagi calon-calon pro-Muhyiddin.

Kalau semua ini fakta dan bukan fitnah – apa pula sangkut pautnya dengan SPR dan PRU13? Apa pertalian parti yang sedang nazak dengan PRU13?

Untuk saya United Malays National Organisation sebagai sebuah parti politik telah lama terkambus.  Dalam PRU12 yang lalu  – Pakatan Rakyat telah mendapat  lebih banyak undi keseluruhan berbanding dengan  Barisan Nasional. Hari ini orang ramai  melihat dan sedar bahawa ombak rakyat menyokong Pakatan Rakyat bukan sahaja memuncak malah kini ampoh membanjiri seluruh negara. Jika PRU13 dijalankan minggu hadapan , pasti Putrajaya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Awas! Mustahil? Mustahil  untuk Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya. Biar saya terangkan dari mana kemustahilan ini muncul. Dalam satu segi saya membuktikan bahawa sokongan melimpah ruah. Dari  segi yang lain saya berani pula berkata yang Pakatan akan gagal ke Putrajaya. Ini satu ayat yang bercanggah.

Sebenarnya kemustahilan Pakatan Rakyat untuk sampai ke Putrajaya ini tidak ada sangkut paut dengan sokongan pengundi. Kerana dari kiraan undi, Pakatan seharusnya telah berkuasa bermula dari tahun 2008 dahulu. Pakatan Rakyat gagal dihalang. Siapa yang menghalang?

Yang menjadi batu penghalang untuk Pakatan mencapai kemenangan hakiki ialah SPR. Lembaga SPR ini sedang menjadi tembok besar untuk  memastikan tidak ada parti-parti politik lain yang boleh menang dan mengambil alih kuasa dari United Malays National Organisation.

SPR ini adalah tembok  pertahanan akhir yang memustahilkan pilihan raya dimenangi dengan cara mengundi. SPR telah mewujudkan satu sistem yang  lengkap dimana musuh United Malays National Organisation tidak mungkin akan dapat mengambilalih kuasa.

Lihat  tarikh pilihan raya – ianya hanya diketahui oleh Presiden United Malysa National Organisation. Ini untuk memastikan  parti-parti  lain boleh diperanjatkan dengan tarikh pilihanraya.

Warga asing dalam dunia ini semua tahu bila pilihan raya akan diadakan dalam negara mereka. Pakistan, walau pun sedang   diserang oleh ‘drone’ setiap hari tetapi rakyatnya  tahu bulan May tahun hadapan ialah  bulan pilihan raya. Warga  Iraq  dan Afghanistan  yang sedang  berperang tahu berbulan-bulan lebih awal tarikh  mereka keluar mengundi. Ini TIDAK pernah belaku di Malaysia. Ini yang saya maksudkan dengan sistem SPR yang diwujudkan untuk menipu.

Lihat pula pengunaaan dakwat kekal. Di Malaysia ini pengunaannya amat pelik dan memeranjatkan. Dalam dunia ini  warga mengundi dahulu kemudian sesudah mengundi baru dicelup jari dengan dakwat kekal. Dakwat hitam membuktikan Si Polan dan Si Polan telah mengundi.

Ini tidak berlaku di Malaysia. Dalam negara ini  satelah ada dakwat di jari baru dapat kertas undi. Celup dakwat dahulu baru dapat kertas undi. Ini melanggar lojik penggunakan dawat kekal. Dakwat kekal dijari bertujuan untuk  menafikan dapat kertas undi sekali lagi.   

Di Malaysia semuanya terbalik. Jari yang ada dakwat kekal  boleh  dapat kertas undi. Bayangkan berapa ramai hantu-hantu yang telah disusun oleh SPR akan  datang mengundi.  Mereka yang telah dihitamkan jarinya akan berpusing-pusing mengundi berkali-kali. Justeru, inilah sistem yang telah diwujudkan oleh SPR  bertujuan untuk menipu undi.

Orang ramai tahu bahawa ramai Mat Indon, Mat Bangla dan pendatang haram yang telah diberi kad pengenalan segera untuk membolehkan mereka mengundi. Untuk memastikan ‘ pengundi haram’  ini selamat SPR telah membuat peraturan  bahawa tidak ada sesiapa boleh menghampiri tempat mengundi. Wakil parti atau Pondok Panas wajib diletakkan sejauh 100 meter dari tempat mengundi.

Apa maknanya ini? Ini  adalah satu lagi contoh sistem yang diwujudkan oleh SPR untuk memastikan pekerja parti dan aktivis Pakatan tidak akan dapat melihat muka Mat Bangla dan Mat Indon  yang datang menyamar sebagai pengundi.  Seratus meter mustahil dapat dikenali muka pengundi – kecuali dengan teropong jarak jauh.

Didalam bilik mengundi ada  PACABA ( Polling Agent, Counting Agent dan Barong Agent) dari Pakatan Rakyat. Kali ini SPR telah membuat undang-unadng kecil untuk memastikan pekerja PACABA ini hanya dapat melihat bahagian belakang Si Pengundi.  Meja PACABA  diletakkan bukan untuk mengadap muka pengundi  tetapi untuk memerhatikan punggung dan belakang si Pengundi. Inilah yang saya maksudkan dengan sistem menipu yang diwujudkan untuk mengalahkan Pakatan Raklyat.

Saya berani berkata bahawa niat sistem ini bukan untuk  mengurus pilihan raya dengan lancar, teratur dan  baik. Ini bukan akidah SPR.   Sebagai tembok pertahanan akhir lembaga SPR ini telah menyususn pelbagai peraturan dan undang-undang kecil untuk memastikan United Malays National Organsiatgion  akan menang.

Apa yang saya paparkan ini belum merangkumi lagi 8 Tuntutan Bersih yang tidak dipedulikan. Bagaimana pula dengan pertambahan pengundi mendadak dipelbagai kawasan seolah-olah ada perumahan baru yang muncul setiap satu bulan. Bagaimana pula dengan nama-nama bakal pengundi yang pelik lagi lawak – Proton Saga bin Superman – ini tidak saya huraikan.

 Saya juga  juga belum menyentuh  ilmu ghaib yang dipakai oleh bakal Pengundi  yang lahir pada tahun 1974 tetapi mendaftar pada tahun 1972. Atau Pengundi  yang  lahir tahun 2004 tetapi mendaftar tahun 2009.  Atau pengundi yang telah mati pada tahun 1975 tetapi masih datang mengundi pada tahun 2008. Semua ini adalah sebahagian dari sistem SPR.

Semua yang saya tulis ini bukan pekara baru. Berkali-kali saya tunjukan bahawa inilah yang saya takrifkan sebagai  satu sistem. Justeru saya katakan bahawa dalam PRU13 ini Pakatan Rakyat bukan menentang United Malays National Organisation dan kuncu-kuncu dalam Barisan Nasional tetapi menentang  sistem yang telah diwujudkan oleh lembaga SPR.

Dari sekarang saya berani berkata – jika sistem SPR ini wujud – mustahil Pakatan Rakyat akan dapat mengambil alih pentabiran negara.  Sistem ini cukup kebal kerana ianya tidak diketahui ramai. Ianya  juga bertopengkan Parlimen. Orang ramai hanya tahu memangkah. Satelah memangkah  mereka menganggap diri mereka telah  mengamalkan demokrasi.

SPR dan United Malays National Organisation wujud bantu membantu. SPR hidup kerana United Malays National Organisation. Dan parti ini masih wujud  kerana sistem pilihan raya yang diwujudkan oleh SPR. Justeru untuk sampai ke Putrajaya SPR wajib dihapuskan dahulu. Menghapuskan SPR yang wujud hari ini adalah juga  Bersih.

Untuk memastikan PRU13 berjalan  bersih dan adil  orang ramai wajib memberi amaran kepada United Malaya National Organisation dan SPR. Amaran ini ialah – jangan menipu  di PRU13.  Amaran ini datang dari satu juta orang ramai  yang akan turun pada Hari Kebangkitan Rakyat. Satu juta ke  Stadium Negara pada 12 Januari  hanyalah amaran awal.(TT) 


NOTA:
tulisan inin telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa yang ingin melanggan akhbar minggun ini
sila pukul talipon 03- 22-72-40-45


 




-------

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau begitu.
Disamping kita lawan BN/Umno.
Terpaksa juga kita lawan SPR.
Pada #112 nanti, mari kita ramai2
suruh pengerusinya Abdul Aziz Yusof
dan timbalannya Wan Ahmad Omar
letak jawatan.
Kalau tak mahu,
kita berdemontrasi ramai2
didepan rumah mereka.
Katakan pada mereka,
jangan jadi anjing dan barua BN/Umno...

Tanpa Nama berkata...

tt, pakcik aku yang dah meninggal 9 thn lepas masih mengundi. walaupun dah dimaklumkan kpd jpn dan spr. siap beri salinan surat kematian. bezanya dia mengundi kat bintulu.

Tanpa Nama berkata...

Salam bro TT....
Benda yg bro tulis tu, umumnya kita orang dah faham dah... Ok lah kalau untuk pencerah semula. Cuma ada beberapa pekara atau petua yang rasanya bro TT kena beritahu kepada bakal peserta yang belum tahu.
1. Di mana dan masa nak kumpul.
2. Macamana nak menangani masalah macai umeno yg buat provokasi.
3. Peraturan yang mesti diikuti semasa menyertai perhimpunan ini.
4. Barang yang boleh/ mesti di bawa dan barang yang tidak boleh/ dilarang untuk dibawa.
4. Apa tindakan bila kena gas dan air kimia.
5. Apa tindakan bila kena tangkap oleh polis/ anggota penguasa yg lain.
6. Kemudahan peguam jika ada.
7. Dan lain-lain yang penting bagi menjayakan perjumpaan ini.

Harap maklum bro!!

Tanpa Nama berkata...

Apakah reaksi kepimpinan PR terhadap rencana tipu SPR ini? Malang sungguh nanti jika PR tak bawa perkara ini ke pengetahuan pihak berkenaan dengan segera segala kerja tungkus-lumus nak menguasai Putrajaya menjadi bak mata putih. Tapi mana agensi kerajaan yang boleh dibawa mengadu? Pasti tiada jalan lain melainkan rakyat keluar dan BERPILIHAN JALAN RAYA! PR bagaikan tersepit dengan kerja kotor SPR ini.Dan yang boleh membersihkan kerja kotor SPR ini adalah afdalnya melalui pilihanraya jalan raya, jika tidak warga PR akan putih mata hitam dan mengeluh dan terkilan sepanjang hayat.

DIDI KOTA BELUD yang sebenar berkata...

jangan lawan SPR dengan kata kata kosong.jangan lawan SPR dengan demo saja.jangan lawan SPR dengan maki saja.jangan lawan SPR dengan darah dan air mata.jangan lawan SPR dengan perundangan rimba.jangan lawan SPR dengan rundingan taik.Jangan lawan SPR dengan kekerasan.jangan lawan SPR dengan senjata dan rusuhan...dan yang paling utama,jangan lawan SPR KERANA ANDA DIPERINGATKAN oleh TT...jangan jangan jangan.....KITA LAWAN SPR DENGAN KEMARAHAN,KEJIJIKAN dan KEBENCIAN..ITU CARA KITA......SUBURKAN PERASAAN BENCI,JIJIK DAN MARAH KITA PADA SPR...12 JAN 2013...BUKTIKAN..!!!!!!!!...kita LANGGAR STADIUM MERDEKA.......BERGEGARRRRRRRRR STADIUMMMMM MERDEKAAAAAA.....KHALAS.

Tanpa Nama berkata...

Bersih, tolong bawa spr ke mahkamah antarabangsa.Tuduhan bersubahat untuk menipu demokrasi...

Tanpa Nama berkata...

Aku amat bimbang jika sistem yang menipu digunakan dalam PRU akan datang, maka rakyat akan turun membantah secara besar-besaran sepertimana yang berlaku di Dataran Tahrir Mesir tempohari...

Harap sgt moga ianya tidak akan berlaku yea...

Peace No War...

Tanpa Nama berkata...

Aku percaya dgn kenyataan TT, jika PRU itu bersih dan suci...

Maka sudah lama Umngok itu jadi pembangkang di negara ini...

Kalau kalah dgn cara betul ramai org yg boleh terima dan redha, tapi kalau kalah disebabkan tipu, bak kata trademark pelawak Nabil...LU PIKIRLAHHH SENDIRIIII....

Tanpa Nama berkata...

Kepada SPR, berlaku adillah kamu...

Rakyat kini bukan lagi rakyat di zaman batu...

Sebilangan besar sudah celik politik dan mendapat info hanya di hujung jari sahaja...

Hormatilah hak rakyat utk mendapatkan satu sistem yg adil dan memuaskan hati semua pihak...

wawitikat berkata...

Tribute untuk:
Nik Arief - Boss SPR Kelantan 1990.
Assistant2 beliau yang masih remaja masa tu....
Adnan Ismail - sekarang Kastam KLIA
Halimi Halim - Kastam Johor
Zamani - no idea his whereabout/
22 tahun yang lalu mereka adalah antara segelintir kakitangan fulltime/part time SPR yang xboleh di beli oleh UMNO dan itu juga antara faktor tumbangnya BN diKelantan.

Tanpa Nama berkata...

Assaamuailaikum wbt.

Banyak undang2 yg ada di Malaysia ni mengelirukan..contohnya hukuman penjara yg dijatuhkan boleh ditangguhkan pelaksanaannya..Jadi yg dapat menafaat hanyalah orang2 yg berduit dan berpengaruh sahaja..Saya sunggung tidak faham kenapa Tarikh untuk mengundi perlu dirahsiakan..strategi ini memang terang2 untuk mengelakan parti2 disebelah pembangkang membuat persediaan awal..dan ternyata sistem ini tidak demokrasi langsung dan sudah ketinggalan zaman..Apabila rakyat membiarkan perkara ini berlaku ianya dengan nyata menunjukkan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia ini masih tidak maju (advance) jika mengikut standard dunia..Rakyat Malaysia mudah diputar belit ataupun dikelentong oleh Para Pemerintah..Dan Para Pemerintah pula tanpa segan silu menggunakan kesempatan untuk memperbodohkan rakyat hampir setiap hari dengan menggunakan semaksimumnya Media2 yang berada didalam kawalannya..Nak buat apa pun tak takut langsung seperti ekploitasi Pasukan Polis, Tentera, Pensyarah2, Guru2, Kakitangan Kerajaan dan apa saja sampaikan keJawatankuasa Kampung, Jawatankuasa Jemaah Masjid dan Surau2..Sampaikan Sultan2 dan Raja2 pun menjadi mangsa kepada Sistem mereka ini..SEMUA ini yang ada pada sistem di Malaysia adalah kerana RAKYAT MALAYSIA hanya diam dan tunduk merelakan..Kita lihat saja mereka menguasai segalanya..Kita lihat sahaja kehidupan mereka seperti seorang Jutawan yang menguasai perniagaan besar..Kita biarkan saja mereka mengendalikan Negara kita seperti sebuah Syarikat yg diwarisi daripada Emak dan Bapa mereka..sedangkan walaupun didunia ini hanya ada satu negara yang ada entiti. SYARIKAT (AMERIKA SYARIKAT) tetapi pemimpin2 mereka tidak pula mengeksploit hasil pendapatan Negara mereka.. Kita biarkan saja mereka menganak tirikan Negeri2 yg tidak dikuasai dengan menghukum rakyat2 di Negeri tersebut dengan menafikan hak yang sepatutnya dapat..Contoh aling nyata dan terang lihatlah Trengganu..apabila jatuh ketangan pihak lain maka Royalti yang sah pun ditarik balik..Jaat sunggu sistem mereka ini..Kita tidak boleh diam lagi..kita harus bebaskan Media..bebaskan Polis dan Tentera..bebaskan Mahkamah..bebaskan Guru2 dan Kakitangan Kerajaan Awam..bebaskan diri kita dari DIPERBODOHKAN..kita harus bebas memilih setiap 5 tahun..tak bagus..kita bebas tukar lagi..Barulah kita tidak malu lagi pada Dunia kerana kita BEBAS dan BIJAK..

Sekian Wassalam..Ir Shukof

insafdoh67 berkata...

Molek blke doh komen di atas... Lepas kita ni kita Desak Spr sapai beraaaak.. Makin lama makin Nazak doh Umno... Humbam je spr ni dlm lobang 3... Sendiri mau ingt apa patut kita buat... Kl112... Kih.kih.kih... Jom seme turun