Perkembangan terbaru siasatan suruhanjaya diraja (RCI) menyiasat dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk undi di Sabah memerlukan daftar pemilih dibersihkan seboleh yang mungkin sebelum pilihan raya umum ke-13, kata bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Simon Sipaun.

police abuse suhakam pc 050808 simon sipaunKatanya, ia adalah langkah terbaik yang boleh dilakukan sekarang, walaupun langkah yang lebih sempurna, ialah menangguhkan pilihan raya untuk membersihkan daftar pemilih sepenuhnya.

"Kita kesuntukan masa, sekurang-kurangnya perlu ada usaha untuk membersihkan pengundi hantu yang jelas dari daftar pemilih," kata bekas setiausaha negeri Sabah itu ketika dihubungiMalaysiakini.

Sebelum ini, dua bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara - dalam keterangan mereka kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah - mendakwa menerima arahan untuk mengeluarkan resit sementara kad pengenalan kepada warga asing di Sabah untuk membolehkan
mereka mengundi.



KALAU TIPU
TURUN KE JALAN RAYA