INI MAKNA LAHAD DATU
LAHAD DATU
RANCANGAN UNTUK
MENGOLAH PERSETUJUAN
SANDIWARA AL - LAHAD DATU
Untuk sementara waktu saya meminta para pembaca jangan
ketawa apabila terbaca berita bahawa Lokman Adam sebenarnya ialah
penasehat Sultan Sulu. Pemimpin Tertinggi Pemuda United Malays National
Organisation ini memang sosok yang hebat. Malah si Lokman Adam ini telah
dianugerahkan oleh Sultan Sulu satu derajah kebesaran. Derajah yang
bernama Datuk Seri Panglima ini pada hemat saya lebih tinggi derajatnya
dari Kampong Datuk Panglima Garang di Jalan Kebun.
Saya juga meminta para pembaca untuk melupakan seketika
berita tentang Datu Akjan Ali Muhammad yang hendak dibuang keahlian dalam
parti United Malays National Organisation. Atau gambar Najib Razak
bersama Sultan Sulu yang menjadi tamu Najib. Sultan Sulu tekah dijemput
hadir ke Perhimpunan Agong United Malays National Organisation
tahun lalu.
Saya juga meminta para pembaca agar jangan marah atau naik
berang dengan kenyataan terbaru dari Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty. Anak
Lelaki Iskandar Kutty ini baru sahaja membuat seruan kepada Najib Razak agar
‘penceroboh’ di Lahad Datu diberikan ‘tendangan lebih keras’ untuk
menghalau mereka keluar. Wal hal yang memberikan kad pengenalan segera
kepada ‘peceroboh’ ini adalah Mahathir sendiri.
Apa yang saya ingin lakar kali ini ialah pelbagai SANDIWARA
telah dipentaskan dalam negara kita. Kes-kes yang akan saya lakarkan disini
semuanya melibatkan siasatan oleh pihak berkuasa. Kes–kes ini tidak ada babak
penamat – goncang-goncang tapi tak pancut. Maka saya masukan kes-kes ini
ke dalam jilid : Sandiwara Akan Disambung Hari ini terbukti
sandiwara-sandiwara yang telah dipentaskan bertujuan untuk mengolah
persetujuan dan merancang ajenda politik pada ketika ianya dipentaskan.
Saya gunakan SANDIWARA agar semua Mak Cik dan Pak Cik
Felda akan faham. Tak perlu guna bahasa pelik-pelik. Jika saya tulis -
sandiwara - maka semua orang tahu bahawa sandiwara ini dilakunkan. Dalam
sandiwara penulis skrip dan ada pengarah lakonan. Sandiwara bukan betul-betul
berlaku. Tujuan asal sandiwara untuk menghibur.
Tetapi dalam istilah politik moden Malaysia – sandiwara
dipentaskan - bukan untuk menghibur tetapi untuk mengolah
persetujuan orang ramai. Sandiwara dipentaskan agar satu ajenda politik dapat
dilahirkan diakhir pementasan.
Contoh jelas pada tahun 2003 Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty
menangis ketika mengumumkan perletakan jawatan. Ini sandiwara. Tujuan Mahathir
menangis ialah untuk meraih simpati dari Bani Melayu. Jangan
kita lupa Mahathir ini sering menangis. Mahathir sering buat muka
sepuluh sen. Semua ini sandiwara untuk menipu Bani Melayu agar Mahathir dapat
terus merompak harta kekayaan negara ini.
Untuk mamahami makna mengolah persetujuan, saya membawa pembaca
ke awal tahun lalu. Apa yang berlaku pada 9 Januari
2012 dahulu? Pada hari tersebut tiga butir bom telah meletup di
hadapan mahkamah Jalan Duta. Bom jangka ini meletup satu persatu
sebaik sahaja mahkamah membuat keputusan kes liwat Saiful. Suasana di
hadapan pekarangan mahkamah dimana ada 15,000 orang berkumpul menjadi gempar.
Ledakan bom ini memusnahkan kereta YB Elizebeth Wong dan beberapa buah kereta
yang lain.
Apa sebenarnya makna ledakan bom ini? Bom jangka ini dipasang
oleh ajen-ajen upahan United Malays National Organisation. Mungkin kerja polis.
Mungkin kerja Special Branch. Mustahil ini kerja Angkatan Muda Keadilan.
Tujuan bom ini diledakan jelas untuk menyediakan peluang
kepada Utusan, Berita Harian, TV3 dan dan dan... memburukkan penyokong
Pakatan Rakyat yang berkumpul dihadapan mahkamah. Ajen-ajen dan
burua-barua upahan ini menjangkakan Anwar Ibrahim akan didapati bersalah.
Bila Anwar didapati bersalah maka penyokong Anwar akan meledakan bom
sebagai bantahan.
Sayang sekali sandiwara ini gagal kerana Anwar didapati
TIDAK bersalah. Tetapi bom jangka yang telah dipasang waktunya.
Maka ledakan berlaku. Maka rancangan ‘pasang bendera salah ‘ ini menjadi
lawak. Mustahil penyokong Anwar akan meledakan bom kerana Anwar telah
dibebaskan. Adalah kerja bodoh untuk membuat kacau apabila telah dalam
tangan. Sandiwara mengolah pesetujuan ini gagal meleset.
Kes ledakan 3 butir bom menjadi sandiwara klasik.
Pihak polis membuat kenyatan bahawa kes ledakan ini akan disiasat dengan rapi.
Pooorah. Sampai hari satu hampeh pun tak ada laporan atau tangkapan.
Mustahil Mamat Lanun akan membuat siasatan keatas Mamat Perompak.
Mustahil Rahim Tambi Chik akan berani menuduh Rais Yatim sebagai perogol.
Satelah memahami apa itu sandiwara dan apa makna mengolah
persetujuan maka saya hendak membuka surah tentang apa yang sedang
berlaku di Lahad Datu. Saya cukup yakin apa yang berlaku di Lahad
Datu ini adalah sandiwara yang dipentaskan oleh United Malays National
Organisation. Sandiwara ini saya nama Sandiwara Al-Lahad Datu. Ini untuk
mengingati sandiwara Al-Maunah yang dipentaskan pada tahun 2001.
Satu Malaysia menjadi Hairan bin Pelik apabila hanya polis
yang ditugaskan untuk menyelesaikan masalah ini. Kenapa polis yang
dipanggil dan bukan soldadu dan tentera? Kenapa si Penulis Skrip ini memerlukan
polis dan tidak askar? Pada hemat rambang saya mungkin kerana hanya
polis yang memiliki pengalaman dalam hal rasuah merasuah. Pihak tentera
tidak tahu menahu hal rasuah. Manalah tahu, mungkin ‘orang dalam’
gerila Sulu ini boleh dirasuah. Jika ini berjaya dilakukan
maka akan selesai dengan aman. Atau kerana semua ini perancangan dari 'mata-mata' suruhan. Atau Najib lebih percaya pada Lidah Pendek dari Mat Jawa?
Hari ini apa yang jelas ialah tujuan sandiwara ini dipentaskan.
Latar sandiwara ini ialah PRU13. Seluruh negara tahu bahawa sokongan
warga Sabah terhadap United Malays National Organisation telah pupus. Rakyat
Sabah telah mengeluarkan slogan – ini kali lah. Kerajaan Barisan Nasional hari
ini hanya menang dengan undi tipu dari Sabah. Jika undi Sabah lari maka
kerajaan haram United Malays National Organisation akan runtuh.
Justeru sandiwara ini dipentaskan untuk membuat onar dan kacau
di Sabah. Tujuan akhir sandiwara ini ialah untuk menggantung pilihan raya
di Sabah. Lihat apa yang sedang berlaku. Suruhanjaya Siasatan
Di Raja tentang kes kad pengenalan palsu telah ditangguhkan kerana apa yang
berlaku di Lahad Datu. Wal hal Suruhanjaya Siasatan Di Raja ini didengar
di Kota Kinabalu yang beratus-ratus batu jauhnya dari Lahad Datu.
Tetapi sandiwara ini telah berjaya mengolah persetujuan orang orang ramai
agar Siasatan Di Raja ini di tangguhkan. Orang ramai telah menjadi
bebal sehinggakan TIDAK bertanya berapa jauh Lahad Datu dari
Kota Kinabalu?
Saban malam dikaca Tv Najib Razak telah bersilat lidah dan
menelan sebotol Viagra untuk menegakkan sandiwara Al-Lahad Datu yang semakin
lembik. Mengikut lojik Najib, mustahil apa yang berlaku di Lahad Datu ini
kerja orang dalaman kerana wujudnya kematian. Ada polis telah
terkorban. Dari lojik Najib kalau ada yang terkorban maka ini menandakan
bukan sandiwara.
Kah kah kah. Biar saya terangkan disini. Dari tahun 2003
hingga ke 2007 pihak Polis DiRaja Malaysia telah merakamkan 1535
kematian. Kematian ini berlaku dalam rumah pasong, dalam lokap, dalam pusat
serenti dan dalam kem tahanan imigrisen. Ada Najib peduli dengan jumlah
kematian ini? Kenapa dengan tetiba Najib tersedu sedan dan meraung menangis
tergolek terguling apabila mendengar ada kematian di Lahad Datu. Kah kah kah.
Saya tidak mempertikai kematian itu. Untuk mereka yang gugur dan
terkorban kita hulurkan Al-Fatihah. Tetapi saya tidak sanggup
menahan kentut apabila melihat Najib menangis sedih mendengar kematian di Lahad
Datu. Najib mahu orang ramai percaya yang berlaku di Lahad Datu
ialah benar dan bukan sandiwara. Najib menangis untuk mengolah persetujuan.
Lalu saya bertanya adakah Najib meraung menangis apabila diberitahu yang
kekasihnya Altantuya yang sedang mengandung 3 bulan telah dibunuh dalam hutan di
Puncak Alam? Hanya Rosmah seorang yang dapat menjawab soalan saya ini.
Para pembaca wajib sedar bahawa gulungan kaya , kaum pemodal,
elit politik dan kaum pemerentah tidak ambil peduli siapa yang mati dan
siapa yang selamat. Dalam mementaskan sandiwara untuk tujuan politik
‘kematian’ hanyalah angka statistik.
Sila tanya Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty kenapa dia percaya ledakan WTC 9/11 adalah kerja CIA dan Orang Dalam. Ledakan WTC
itu bertujuan untuk mengolah persetujuan warga Amerika agar bersetuju
untuk menyerang Afghanistan dan Iraq. Tujuan akhir sandiwara 9/11
dipentaskan ialah untuk menaklok semua telaga minyak di Timur
Tengah.
Lebih dari 3,000 warga Amerika terkorban pada pagi 9/11 itu.
Kemudian hampir 1 juta warga Iraq mati akibat serangan tentera Amerika.
Bush, Clinton, Dick Chenny dan dan dan tidak pula menitiskan air
mata kerbau. Malah mereka tersenyum melihat kejayaan sandiwara yang
mereka pentaskan. Telaga minyak menjadi milik syarikat Amerika. Negara Arab
tunduk. Dan kempen ‘war on terror’ di teruskan. Jika Mahathir percaya 9/11
sebagai sandiwara kenapa di Lahad Datu ini bukan sandiwara.
Akhirnya satu soalan untuk Najib. Ajenda pertama telah berjaya - Suruhanjaya Siasatan Di Raja tentang kad pengenalan segera telah ditangguhkan. Peranan jahat Mahathir Anak Lelaki Iskandar
Kutty memberikan kad pengenalan kepada pendatang haram telah ditutup dari telinga umum. Justeru, apakah Najib akan meneruskan
babak kedua sandiwara ini : Menggantung pilihan raya di Sabah? (TT)
KERJA ORANG DALAM
------
18 ulasan:
Aah...tu semua aku tak peduli. Politik ke hape ke pegi mampus..! Yang aku nak penceroboh Sulu tu kena sula dulu..! Berani nak tuntut Sabah. Wa hal Sultan Sulu dulu yang gadai kat omputih.Pastu terhegeh-hegeh nak claim balik. Pegi mampus la..! Lepas settle hal ni baru la citer balik politik-politik ni.Ptuihh..!
Ohhhh gitu......mati mati aku ingat aper tadi....jadi kemungkinan bom yang meledak 4 butir aku tahu mcm mana dorang buat....sebelum subuh...puok ni tanam 4 biji bom jangko...paginyer...jet dari langkawi disuruh lalu je....nampak je jet lalu...terus tekan swiss....KABOOOOOOMMMM......itu pasal takder yang mampus....hahhahhahaa...buli tahan aku berteori....heheheeh...aku ganti hishamudin hussin lah....hehhehehe.......terkikikikiki...adzimudin kiram hisap kretek pilipin tengok....hehehehehehe
Aku salute TT di atas tulisan nih. Memang nampak sangat Najib dah gabra. Harap2 UMNO BN bungkus dalam PRU nanti. Woooiii pok jib, bila nak bubar parlimen?
Mamposs jadi rakyat Mlysia, dah kena tanggung makanminumkongkek 9 raja, sekarang nak tambah 1 lagi raja sabah. Tak cukup susah, beras makanminumkerja terpaksa berebut dgn pendatang. Amno rembat duit rakyat mcm hantu hisap darah, semua budget kira round figure. Jambatan Pekan Semerah saiz 30'x80' harga 5juta, buat jalanraya 1km harga 5-6juta. Aku haramkan tangan aku pangkah dacing.
KEPALA OTAK HANG !!!!!!!
Aku dah lama geram tengok hang ni ..artikel panjang2 siap ada "DAN..DAN,,DAN " awt hang gagap ka ..
mcm MB Selangor -Khalid Gagap.
Hang jng duk jadi sombong bodoh sangat Tukartiub oi ... jng hal org lain hang masuk campur .. tapi perihal dalaman dikalangan hangpa hang tak berani nak cerita .. PUIIIIIII g jahanam MAMPOS ..
Humban tetap humban
setuju TT ..mmg semua ini sandiwara perawok belaka. pada pakcik2 makcik kampg n felda. terima kenyataan ini. yg saya kesalkan disini pada pakcik2 n makcik kmpg n felda. mereka harus lebih dibagitahu. untuk anak2 remaja m'sia, mereka dah tahu dgn olahan politik m'sia n dunia.
Harap lebih ramai yang akan cerah dengan tulisan TT ni.
TT, you are the best :)
Kesian kat Talk With Hand bukan Tak With Head. Apasal tak 'cakap dengan kepala otak'?
kalau Amerika buat sandiwara 9-11, akhirnya dapat jugak dia alasan untuk serang Iraq dan Afghanistan. kalau dah dapat serang Iraq dan Afghanistan tentulah Amerika dapat pula telaga minyak dan sumber gas asli di Iraq dan Afghanistan....kalau dah dapat kuasai telaga minyak dan sumber gas asli....maknanya Amerika dapat menguasai dunia....sebab dunia tidak dapat bergerak tanpa minyak dan gas asli...ini memang logik dan masuk akal.
tapi kalau BN buat sandiwara al-lahad datu, apa yg BN dapat? dapat gantung PRU Sabah? kalau BN gantung PRU Sabah lepas tu apa yang BN dapat? Dan sampai bila dia nak gantung? Lagi lama dia gantung lagi marah rakyat Sabah...kalau rakyat Sabah dah marah...hilang la undi untuk BN dan kalau dah hilang undi maknanya hilanglah juga kuasa BN!
membuat sandiwara lahad datu untuk gantung PRU Sabah supaya BN terus dapat berkuasa, itu tak logik sebab kalau PRU Sabah di gantung, bukan setakat orang Sabah marah, malah seluruh Malaysia akan marah dan ini tentulah akan mengurangkan undi rakyat kepada BN. jadi tak logik untuk BN nak buat sandiwara lahad datu sebab sandiwara yang dibuat ini akan menggali kubur BN itu sendiri!
jadi bila say fikir balik hujah abang TT ni saya rasa tak logik sandiwara...sebab akhirnya apa yang BN dapat ialah kehilangan kuasa! tidak seperti sandiwara 9-11 yang akhirnya Amerika dapat ialah menguasai sumber alam terpenting dunia!
susah nak terima la hujah abang TT kali ni. kecualilah para strategis politik BN ini terlalu bodoh sampai tak le nak fikir sebab banyak sangat makan duit rasuah!
Afghan dan negara teluk ada minyak maaaaa...sabah tadak minyak kerrr...sabah ada minyak sama 2 juta suluk.....fikir maaaaaaa.....masuk ansur ansur maaaaaaaa.........
Terlampau baca blog orang dah tu tadak yang layan....ini lah kesannya.....jiwa kosong dan kesunyian....kikikikikikiki....gi kawan kah kah kah kahlid...gi...dio bakal IG.......hhehehehe.....HATI SEPI SEORANG PERINDU.....kakakkaakkakakak
TALK WITH HAND TU APASAL? KECEWA KE SAMA TULISAN TT. OR DIA TAK BOLEH TERIMA KENYATAAN YG TT POST? PASTU KOMEN TARAK POINT LANGSUNG. BUAT SEMAK KOMEN BOX AH LU TALK WITH HAND! TULA LAIN KALI CAKAP PAKAI OTAK, BIOL!!
kahkahkahkah
soalan:selama mana pilihanraya akan digantung?
jawapan:sehingga krisis sabah selesai.
kahkahkahkah
soalan:bila krisis sabah akan selesai?
jawapan:kan dh cakap UMNO DULU KINI DAN SELAMA-LAMANYA
kahkahkahkah
macam sial UMNO BN buat drama -lahad datu, sauk, memali. Mahathir bapa drama swasta yg bahlol pasal bagi idea yg sama utk skrip DRAMA UMNO BN LAPOK.
tugas polis dan tentera yg memburu saki baki 'penceroboh' amat sukar.
mcmana nak kenal muka penceroboh?
muka memang melayu, boleh menyamar pakai mcm org biasa dan dan dan ada IC biru!
takkan nak tembak pengundi sendiri??
kah kah kah padan muka
kah! kah! kah! Kelebihan pencacai pkr adalah spin.... org bodoh jer kot yg percaya penulisan ni! bawak2lah bertaubat, hidup bukan lama sangat dah....
Bab 3
TT kena tangkap kerena menghasut
bukan terpancut....
dgr2 org kuat army darat masuk PKR..
adakah ini tanda "sesuatu" x sedap berlaku dlm army sikalang???
Adakah akan ada lg org kuat army rata2 dari koler merah masuk PAKATAN??????
Tunggu.........hanya org dalam spender army tahu cerita kain dalam army...kihkihkih
Catat Ulasan